My Authors
Read all threads
Aku tak faham kenapa ramai sangat minta aku tulis artikel pasal lipas. Katanya tak faham kenapa lipas ni wujud. Pengotor etc.

Kesian lipas kena stigma pengotor, padahal dia ni antara binatang terbersih di dunia.

Ini adalah bebenang sains serangga! Image
Ya, serious. Lipas ni sama pembersih dengan kucing. Aku tak terkejut pun kalau ratio bakteria pada tangan kita lagi banyak daripada ratio bakteria di kaki lipas.
Sebagai pemula, lipas ni dah muncul sejak zaman Jurassic dan saudara paling rapat bagi keluarga lipas ialah anai anai. Ya, anai anai. Nama saintifiknya ialah Blattodea yang berasal dari kata akar blatta. Maksudnya ialah serangga yang benci cahaya.
Lipas dari sudut biologinya adalah serangga omnivor, pemakan daging dan tumbuh tumbuhan. Walau bagaimanapun, dia punya tahap omnivor tu lain macam. Sebabnya, mereka boleh makan hampir segala benda. Dari sini, datanglah fungsi utama mereka dalam ekosistem - pengurai sisa benda.
Perut mereka juga mempunyai protozoa simbiot yang menolong lipas lipas ini untuk menghadam produk berkayu dan tumbuh tumbuhan. Ini antara persamaan ketara mereka dengan anai anai.
Mungkin di rumah lipas ni haiwan perosak, tapi bagi haiwan di hutan atau ekobiom yang lain, lipas ni penting. Dedaun dan ranting mati lipas yang makan, ada bangkai lipas yang makan. Dalam masa yang sama, mereka juga akan menjadi makanan buat haiwan di hutan. Image
Bila mereka tiada, semua benda mati susah nak reput dan binatang hierarki atas akan kekurangan makanan.

Dari sudut ketahanan, lipas dikenali sebagai antara hidupan yang mampu selamat selepas bom nuklear diletup.
Maksud aku di sini bukanlah mereka mampu tahan kesan letupan maha dahsyat nuklear, tapi radiasi nuklear tu tak memberi sebarang kesan sangat kepada mereka. Hal ini dapat dijelaskan melalui sistem pembahagian sel mereka.
Punca utama kita mendapat kanser disebabkan radiasi ialah sel kita dihasilkan dalam jarak masa yang dekat. Agak agak dalam 4 jam ke sehari. Apabila proses ini berlaku, bahan genetik kita sangat terdedah pada sinaran radioaktif yang akan merosakkan DNA kita.
Itu yang dapat kanser, anak cacat, organ hancur dan sebagainya.Berbanding kita, proses ini hanya berlaku semasa mereka bersalin kulit. Jadi, bahan genetik mereka terlindung daripada marabahaya ini.
Berkenaan sifat pembersih mereka tu, ia adalah sebab untuk kekalkan fungsi mereka agar kekal efisien. Sebagai contoh, lipas menggunakan antenna mereka untuk menghidu, merasa dan sebagainya. Ibarat segala jenis deria ada di situ.
Apabila antenna ini kotor seperti ada makanan melekat, perkara ini akan menyebabkan deria antenna mereka menjadi teruk. Itu baru antenna sahaja. Belum organ lain. Jadi, mereka akam sentiasa bersihkan diri mereka untuk kekalkan prestasi organ mereka di tahap optimum.
Tapi, kalau betul mereka ni pembersih, kenapa mereka boleh cetuskan penyakit? Jawapannya terletak pada air liur dan najis mereka. Walaupun mereka ni pembersih, tapi air liur mereka ni mempunyai protein yang boleh cetuskan allergi.
Sebab itu ada kes orang boleh kena asthma walaupun dia setakat hidu buku lama yang telah digigit lipas. Disebabkan mereka banyak makan benda kotor, maka segala jenis bakteria merbahaya akan terkumpul di perut mereka dan dibuang sebagai najis.
Ini yang menyebabkan orang dapat penyakit merbahaya daripada lipas. Lipas ni sifatnya suka menyorok di tempat sempit dan gelap, jadi kita juga kerap kali mendengar cerita telinga fulan si fulan dimasuki lipas.
Pembersih macam mana pun lipas, aku rasa ada benarnya kata kata sahabat aku. “Babi terbang tu tak wujud, tapi kalau ada, namanya lipas.”
RUJUKAN: Image
P/S: Alang alang tengah hot balik pasal TP ni, izinkan aku bagi penerangan sedikit pasal post soalan Benz Ali (gambar chat) ni.

Bendanya senang sahaja. Kami tak pernah pun suruh orang ambil artikel kami jadi rujukan ilmiah. Malah, kami tak galakkan pun. Rasanya dah berapa kali entah cakap.
Sebabnya TP ialah portal pop ilmiah. Kami tak buat kajian universiti semua tu. Kami cuma terangkan masyarakat tentang perihal ilmu dengan bahasa 'laymen'. Lepas tu kalau nak faham subjek tu dengan lebih mendalam, baca la kertas kajian semua tu. Kami cuma jambatan sahaja.
Awal penubuhan TP ni dulu dipenuhi dengan 'enthusiast' ilmu. Sekarang dah ramai penulis yang berlatarbelakangkan ilmu yang ditulis. Macam aku sendiri, biologi. @zamirmohyedin pulak fizik.
Itupun dah letak orang akademik dan berkelayakan sebagai penulis pun hangpa bising huhu. Buku Tasjil Anis Salatin yang penulis dia orang Master sejarah pun kena maki. Dah tu nak kitorang buat apa lagi? Menang Hadiah Nobel baru layak tulis?
Malah, pandangan Prof Ahmat tu sendiri pandangan minoriti dalam kalangan sejarawan (Hang Tuah). Tapi itulah ilmu, ada beza pandangan. Einstein dengan Neils Bohr pun beza pandangan jugak.

Sebab itu lerr dalam kalangan penulis TP pun dah lali dah kena soal camni huhuu.
Sekarang ni pun kami dah gembira dapat tahu ramai orang termasuk pelajar sekolah ambil disiplin sains/sejarah sebab buku dan artikel kami. Rasanya kami buat benda betul dah ni.

Nak gaduh buat apa, relaks sudah huhuu.
Nah, kalau korang nak kitorang tulis 100% ilmiah, cuba baca artikel aku pasal bau mulut busuk diabetes. Tengok korang boleh faham ke tak 😂. Inipun bagi aku ringan sangat ni.

thepatriots.asia/puasa-diabetes… ImageImage
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with ammardathinker

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!