Bolehkah saya beli ubat Chloroquine sebagai persediaan sekiranya dijangkiti COVID19?
(Thread)
Jawapan:
TIDAK BOLEH.
Benar, ubat ini adalah salah satu ubat yang digunakan dalam rawatan pesakit COVID19. Terdapat beberapa jenis ubat lagi yang digunakan dalam usaha untuk merawat pesakit seperti Kaletra, Hydroxychloroquine, Ribavirin dan lain-lain.
Keberkesanan rawatan-rawatan tersebut masih dinilai memandangkan tiada rawatan spesifik yang terbukti berkesan merawat jangkitan COVID19.
Rawatan tersebut akan dipreskrib oleh doktor sekiranya pesakit benar-benar dijangkiti serta memerlukan rawatan berdasarkan keadaan pesakit.
Jangan cari ubat ini secara sendiri. Lebih-lebih lagi jika ubat ini dibeli secara atas talian. Dapatkan rawatan yang tepat di fasiliti kesihatan yang sah.
Pernah tak bila kita minat satu jenis kereta, tiba-tiba rasa macam banyak pula kereta tu atas jalan? Atau bila pilih warna baju raya, terasa ramai orang pakai warna sama?
Ini bukan kebetulan. Ini fenomena Baader-Meinhof atau ilusi frekuensi. 🧵👇
Fenomena ini berlaku bila kita mula minat atau belajar tentang sesuatu, minda kita jadi lebih peka terhadap perkara itu.
Otak fokus pada apa yang kita minat (selective attention), buat kita rasa benda tu makin banyak di sekeliling kita.
Kita juga ada kecenderungan untuk percaya yang orang lain pun mengalami perkara yang sama (confirmation bias).
Walaupun hakikatnya, secara statistik, mungkin tiada perubahan pun pada bilangan sebenar kereta atau warna baju tersebut.
Beberapa minggu lepas, tular laporan mengatakan IF berbahaya kerana meningkatkan risiko kematian.
IF umumnya adalah kaedah diet secara berpuasa untuk tempoh tertentu bagi beberapa hari dalam seminggu.
Ia agak mirip dengan puasa sunat...
yang diamalkan oleh orang Islam.
Laporan ini adalah berdasarkan satu kajian yang dibentangkan dalam bentuk poster dalam satu perjumpaan persatuan American Heart Association.
Ia bukanlah satu kertas kajian saintifik lengkap yang diterbitkan di dalam jurnal berwasit.
Pembentangan tersebut bukanlah melihat kepada kesan IF. Kajian tersebut adalah berdasarkan tinjauan NHANES yang melibatkan pelbagai topik termasuk soalan berkaitan diet.
Jika dilihat, soalan tersebut bukanlah secara spesifik mengenai IF. Ia lebih kepada habit pemakanan.