My Authors
Read all threads
OPERASI DAWN RAID
SERANGAN SEUSAI SUBUH

TAKKAN DIBIAR MARUAH NEGARA DIPERKOTAK-KATIKKAN

Kisah Yang Merentap Maruah dan Ego British sebagai Penjajah

Operasi demi Anak Bangsa dan Negara

Ini Kisah Pejuang Bangsa di Medan Ekonomi

Ini ialah Thread 👇
Thread Ini mungkin agak panjang. I wi try my best To compressed it..at the same time tak terlepas Info Penting
Operasi ini merupakan Salah satu Sejarah Malaysia yang dilupakan. Detik ini Menjadi bukti kewibawaan Malaysia sebagai Negara Berdaulat.
Operasi Ini Merupakan Misi Negara untuk mendapatkan Semula Hak ke atas tanah tanah Negara yang dikuasai British walaupun Malaysia telah Merdeka pada 31 Ogos 1957

Operasi ini diketuai oleh Tun Mahathir, Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Ismail Ali(Gabenor Bank Negara) dan Ku Li
Ku Li tu Tengku Razaleigh Hamzah

Operasi ini dijalankan Sebelum Subuh pada 7 September 1981 jam 4 Petang Waktu Malaysia atau 9 Pagi Waktu London

Terdapat Beberapa Perkara yang menyebabkan Operasi Ini Terjadi

Yang membawa kepada Operasi Ini
1. Syarikat Syarikat Pegangan British iaitu Guthrie, Sime Darby and Co Serta Harrison and Crosfield menguasai Kebanyakan Tanah Di Tanah Melayu

2. Tanah Tanah itu digunakan Untuk Menanam Kelapa Sawit dan Getah
3. Penguasaan Tanah itu menyebabkan Orang Melayu Sukar untuk Menyertai Sektor Getah dan Kelapa Sawit serta mengembangkan diri dalam sektor pertanian

4. Syarikat Berkenaan tidak mahu Menubuhkan Kesatuan Sekerja dan penanaman semula pekebun getah melayu kerana menyusahkan
5. Syarikat Guthrie Menguasai hampir 190,000 Ekar tanah. Terdiri daripada Kelapa Sawit, Getah dan Teh

6. Ketidakseimbangan Ekonomi di antara Pelbagai Kaum di Malaysia. Terutama orang Melayu yg hanya mempunyai 1.5 Peratus pegangan (Daripada Syarikat Kerajaan)
7. Rundingan Untuk mendapatkan Tanah itu sering ditangguhkan oleh syarikat berkenaan dan Pihak British.

8. Inggeris memegang 60 Peratus kekayaan Negara walaupun selepas Merdeka

9. Syarikat Guthrie Menipu dgn Menjual tanah yg tidak subur serta tanah di atas bukit kepada Malaysia
Tanah itu dijual melalui syarikat Guthrie Ropel. Syarikat itu memegang 17 Peratus Saham Guthrie. Syarikat ini ditubuhkan atas desakan Bank Negara Malaysia untuk membeli Tanah tersebut

Tujuan Usaha kerajaan adalah supaya org Melayu dapat membeli Tanah Guthrie Di Bursa Malaysia
Sorry bukan 17 Peratus Saham. Tetap Saham Tanah atai Bahagian Tanah

Kemarahan Malaysia mula memuncak apabila British Menyekat Subsidi terhadap lebih 17 Ribu Pelajar Malaysia di UK

Ketiadaan Subsidi menyebabkan Yuran meningkat lebih 3 Kali Ganda
Kekurangan kelengkapan Pendidikan dan Malaysia hanya mempunyai 2 Universiti menyebabkan ramai yg belajar di UK

British Juga menghalang Malaysia daripada Mendapatkan hak Pendaratan Tambahan di Heathrow London untuk MAS.
Sebaliknya British Mencerobohi ruang udara Malaysia di Subang melalui Kapal Terbang Concorde ketika dalam perjalanan Menuju ke Singapura

Tun Mahathir memberi amaran keras bahawa Tindakan nya ini akan memberi kerugian jangka panjang kpda British namun tidak diendahkan oleh Brtish
Guthrie Buat hal lagi apabila Menjual Saham Guthrie kepada Syarikat MPH. Syarikat Hartawan Cina tanpa Rundingan daripada Permodalan Nasional Berhad(PNB) yg memegang 25 Peratus Saham Guthrie. Jualan ni pada 1981

British Juga menguasai dan Menentukan Harga Getah
Keadaan Ini menyebabkan Malaysia masih menjadi Hamba di Tempat Sendiri.. Walaupun Sudah Merdeka ketika itu. Keadaan ini tidak disukai oleh Pemimpin dan Rakyat Malaysia ketika itu

Tiba Masanya Harimau mengaum untuk menjaga Anaknya
MALAYSIA STRIKES BACK

Tindakan Tindakan ini Menyebabkan perlunya tindakan tegas demi Mempertahankan Negara ini daripada kekal dicucuk hidung penjajah

Beberapa Langkah telah diambil untuk mempertahankan Malaysia

Penjajah tersilap kerana cuba menentang Malaysia negara berdaulat
1. Pemimpin Negara tidak menunjukkan sikap mesra Inggeris. Datuk Ibrahim Ali misalnya akan sengaja dtg lewat setengah jam jika ada Mesyuarat bersama Syarikat Guthrie

2. PNB membeli Syarikat Timah terbesar dunia London Tin Corporation pada tahun 1972 ketika Zaman Tun Razak
3. Tun Mahathir menukar Cara Malaysia dgn tidak mahu menggunakan Kaedah berunding untuk mendapatkan semula syarikat ini

4. Memastikan Petronas dan Pernas mempunyai Kepentingan dalam UNBC( Salah satu bank Terbesar Negara)
5. Datuk Ismail Ali mengarahkan Agar wang wang Malaysia dipindahkan daripada Bank bank British dan disimpan ke dalam Bank Bank Tempatan

6. Modal 282 Juta pound diperuntukkan untuk misi ini. Sumber daripada Petronas, Pernas dan Amanah Saham Nasional (ASN)
7. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru diteruskan Untuk memastikan Orang Melayu mempunyai penguasaan ke atas Ekonomi Negara ini

8. Tan Sri Khalid Ibrahim membuka Akaun bank di Switzerland Untuk mengelakkan daripada dikesan British
Tan Sri Khalid Ibrahim mengetuai Pasukan Pelaburan di PNB telah diarahkan untuk mengkaji Undang undang dan dasar Pembelian Saham British serta Kelemahan Saham British ketika itu

Kajian itu akan dimasukkan ke dalam Strategi yg bakal dilaksanakan Nanti
Tan Sri Khalid Ibrahim menggunakan pengalaman nya bekerja di Barings London(Syarikat Penasihat Kewangan Guthrie) untuk Merangka strategi

Berdasarkan Kajian. Malaysia harus membeli saham secara rahsia tanpa pengetahuan Syarikat Guthrie
Selain itu Malaysia harus Membeli saham Syarikat tersebut di dalam dan di Luar Negara secara serentak dgn persetujuan daripada Pemilik Saham berkenaan

Malaysia juga harus Bertindak di masa yg tepat untuk mengelak Guthrie daripada respon Jika dibuat terlalu awal
Berdasarkan Kajian. Malaysia mensasarkan Syarikat Guthrie sebagai Sasaran Utama

Guthrie dipilih kerana selain pelabur Inggerisnya. Syarikat itu dimiliki oleh Pelabur yg mesra dgn PNB. Antaranya BSN. Kuwait Investment Office(KIO) dan OCBC
Setelah Strategi Dirangka. Mereka menetapkan pada 7 September 1981. Waktu Subuh sebelum Market London dibuka. Waktu Subuh tu Waktu London. Waktu kita dh petang

Tan Sri Khalid Ibrahim memulakan pembelian saham Genting, KIG dan BSN.
Saham OCBC gagal dibeli walaupun rundingan dijalankan selama hampir tiga jam. Namun Mereka meneruskan serangan dgn apa yg ada

PNB memerlukan 15 Peratus saham untuk menguasai Guthrie dgn Broker yg dilantik akan membeli saham daripada Pelabur kecil
CEO PNB Mohammad Desa Pachi juga tidak diberitahu Secara terperinci Operasi ini kerana untuk mengekalkan Rahsia Operasi ini.

Pakar Pakar Pelabur Malaysia terdiri daripada Pasukan PNB bersedia Ketika itu
Dgn Saham saham itu Pembelian dimulakan. Broker yg Dilantik berjaya membeli 5 Peratus Saham Daripada Pelabur kecil dan 11 Peratus Saham M and G Investment Trust . Syarikat Pemegang Saham Guthrie.

Walaupun Malaysia tiada saham OCBC. Malaysia berjaya membeli 4 Juta Saham
Pembelian berlangsung dalam masa 4 Jam. Pembelian meningkat Kepada 8 Juta Saham dan Menguasai 50.41 Peratus syarikat Guthrie. Pada Petang Waktu London. Syarikat Guthrie jatuh ke tangan Malaysia

Malaysia terus bersedia Dgn dokumentasi untuk pastikan Guthrie tak dapat membalas
Pengerusi Guthrie Mark Gent hanya menyedari Syarikat nya jatuh ke Tangan Malaysia setelah mendengar di Radio

Kelemahan Bursa British yg dieskploitasi oleh Bekas Koloninya menyebabkan British Malu besar
Turut Kembali ke Tangan Malaysia adalah Syarikat Sime Darby dan Golden Hope milik British.

Syarikat Harrison Dan Crosfield, Highlands dan Lowlands, Serta Syarikat Barlows yg mewakili tiga Ladang terbesar British di Tanah Melayi tunduk di bawah PNB
Pengaruh Syarikat Harrisson dan Crosfield yg mempunyai Ladang ladang di Luar Negara. Menyebabkan PNB bukan sahaja menguasai ladang di Malaysia tetapi juga hampir seluruh dunia
Kesan Daripada serangan ini

1. Tun Mahathir memperkenalkan Dasar Buy British Last dan Dasar Pandang Ke Timur

2. Dasar itu merugikan British sehingga Dunlop. Syarikat pembuat tayar untuk Malaysia menjual sahamnya kepada MPH
3. Broker Broker British memuji Malaysia sebagai licik. Tetapi British melalui Perdana Menteri nya Margaret Thatcher menanggap tindakan Malaysia sebagai Backdoor Nasionalization

4. Tanah tanah dan ladang ladang Malaysia kembali kepada Malaysia
5. Saham Guthrie dijual secara perlahan lahan dalam masa 3 Bulan selepas serangan kepada PNB. PNB kini memiliki 100 Peratus Saham Guthrie

6. Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan bahawa Malaysia memperoleh keuntungan lebih daripada Kos Operasi itu.
7. Keuntungan Itu sangat besar sehingga Merasakan bahawa Malaysia mengambil Guthrie secara percuma

8. Tun Memboikot Sidang Komanwel

9. Pulangan di bawa Melebihi 36 Bilion selain tanah tanah tersebut
10. Tanah Tanah itu diambil secara sah dari segi undang-undang walaupun dibantah oleh British

11. MAS mendapat Hak Pendaratan Tambahan di Heathrow London

12. Subsidi kepada Pelajar Malaysia di UK kembali diteruskan
13. Brtish meminda undang-undang Bursanya dengan Pembelian saham harus melalui Parlimen British. Selain itu pindaan itu dibuat untuk memastikan Syarikat Syarikat strategik nya tidak diambil melalui cara yg sama lagi
14. Reputasi PNB meningkat di Persada Dunia

Trivia

1. Syarikat Guthrie diasaskan oleh Alexander Guthrie pada 1821 di Singapura. Syarikat ini memperkenalkan Getah dan Kelapa Sawit di Kuala Selangor pada 1896 Dan 1924 di Kuala Selangor
2. Syarikat Guthrie merupakan Syarikat British pertama di Asia Tenggara

3. Syarikat Golden Hope merupakan tukaran nama daripada Syarikat Harrison and Crosfield pada 1990

4. Syarikat Itu menjual tiga pemilikan ladangnya di Malaysia dgn Harga 146 Juta Pound
5. Syarikat Sime Darby ditubuhkan dgn gabungan Rakan kongsi. William Middelton Sime dan Henry Darby. Penubuhannya pada tahun 1910

6. Syarikat Sime Darby juga melabur dalam Getah, Kelapa Sawit, Kopi dan Hartanah
7. Ibu Pejabat Syarikat Syarikat British dipindahkan daripada London ke Kuala Lumpur menandakan berakhirnya Penguasaan British terhadap syarikat ini
Serangan senyap yg diinspirasikan Daripada Operasi Ketenteraan ini berjaya Memastikan Ekonomi Negara bebas dari campur tangan org Asing

Selain membolehkan Tanah ini dijalankan dgn bebas untuk tujuan pertanian dan dimajukan. Terima Kasih kpda semua yg terlibat
Maaf kepada pembaca jika agak panjang. Jika ada penambahan sila komen

Credits

1. FB 1 Malaysia Diperbodohkan

2. jomjalan.com.my

3. iluminasi.com

4. Dr Shakila Yacob
Operasi ini moga diperingati dan One Day mungkin boleh dijadikan movie atau drama untuk ingatan atau tatapan umum

Sekian Terima Kasih Assalamualaikum
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Irfan_newboys

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!