My Authors
Read all threads
MALAYSIA LEGENDARY BLACK OPERATION
OPERASI SABAH SELAMANYA

Kisah ini saya dapat daripada Satu Artikel Ketika saya research dulu.

Dan Thread ini telah diringkaskan untuk spesifik kpd Operasi itu.. Untuk baca full you can click the link down Below

Ini ialah Thread 👇 ImageImage
Saya Hendak Clarified di sini yg Thread ini fully from that article dan Saya Akan beri that link down below for full reading and telah diringkaskan
NOTA PENULIS : Artikel ini ditulis untuk bangsa saya, untuk saudara-saudara kita di Sabah yang sedang hebat diracun dengan perpecahan ia juga ditulis untuk para pejuang Islam Melayu Moro dan pasukan komando kita yang sentiasa mendapat tempat di hati saya.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah, operasi penuh getir angkatan tentera kita yang tidak diketahui umum diceritakan penuh detail oleh saya, Shahpaskal (Google tak akan jumpa punya, hehehe).
Saya fikir sudah sampai masanya artikel ini ditulis, tambah lagi, saya lihat elemen-elemen untuk menghasut rakyat Sabah dan Sarawak semakin kencang bertiup dalam internet termasuk Facebook.
Saya kesal kerana petualang-petualang ini masih berleluasa dan saya harap kerajaan bertindak sekeras-kerasnya terhadap elemen ini.
Artikel ini juga ditulis untuk menyedarkan generasi muda Sabah punca-punca kepada suara-suara hasutan ini berarak dalam dunia siber dan banyak lagi pendedahan akan menyusul selepas ini, Insya Allah.
Tahun 1981, Tun Mahathir Mohamad mula berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Allahyarham Tun Hussein yang meletak jawatan.
Tun tahu bahawa para pejuang Moro ini sudah lama meminta bantuan Malaysia dan Tun tahu, Tun Abdul Razak (ayah Najib) sudah menjalinkan hubungan yang istimewa dengan para pejuang Moro ini.
Tidak ada tempat lain untuk para pejuang yang teranianya ini untuk mengadu nasib dan meminta perlindungan, latihan serta senjata kecuali kepada saudara-saudara mereka yang berada dalam Malaysia ini.
Bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan Malaysia terus diberi tetapi harus dirahsiakan kerana ini akan menjejaskan hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dengan Manila malah jika ia bocor, ia akan memberikan imej yang kurang menyenangkan mengenai negara ini di mata dunia.
Rakyat tidak ramai yang mengetahui kisah ini dan saya seringkali merasa sedih kerana ramai rakyat mudah memperlekehkan pemimpin sendiri, negara sendiri dan angkatan tentera kita.
Ya saudara-saudara, Amerika Syarikat (AS), Peranchis dan banyak lagi negara tersungkur di bawah kaki komunis, tetapi Malaysia, kita menjadi satu-satunya negara yang berjaya menewaskan para petualang tanahair ini.
Anak isteri tidak tahu ke mana suami-suami mereka bermalam, ayah dan ibu tidak tahu ke mana anak-anak mereka ini bermain sebagai anggota tentera.
Para komando ini tahu, jika tertangkap, mayat mereka akan berkubur di laut atau ditanam di tanah bumi asing tanpa sebarang kibaran bendera, tanpa sebarang tanda kecuali tangisan isteri dan anak-anak yg bakal kehilangan suami serta bapa-bapa mereka dengan alasan yg diterima akal
Tun juga tahu dari maklumat yang disampaikan oleh para pejuang MILF ini, bahawa Filiphina masih mahu menuntut Sabah dn mempunyai bukti serta dokumen-dokumen yg kukuh utk mendapatkan Sabah hasil dokumentasi yg diperolehi apabila kesultanan Sulu berjanji dgn SHTI dulu.
Tun Mahathir kemudian memanggil komander-komander komando ini untuk memberikan amanat penting demi untuk menyelamat negara dari terjebak ke dalam satu kancah yang akan memberikan impak besar kepada Penubuhan Malaysia
Sekarang Tun Mahathir mengarahkan komando-komando ini untuk berjumpa dengan kontek dan membawa keluar dokumen tersebut dengan selamat.
Maka pasukan komando menghantar 7 orang anggota terbaik pada zaman itu ke Manila untuk membuat hubungan dan menyelamatkan dokumen tersebut, mereka semua sudah berlatih dalam model istana tiruan Malacanang yang dibina khas untuk tujuan penetrasi di Pahang.
Kehadiran komando ini dibuat melalui jalan laut dengan bantuan para pejuang Moro kerana kedatangan secara rasmi sebagai pelawat akan mendedahkan komplot tersebut.
Dokumen bertukar tangan tetapi tanpa disedari, malangnya, pasukan khas  Filiphina sebenarnya sudah mula menghidu rancangan rahsia ini.

Para komando Malaysia itu terperangkap.
Tujuh lelaki Melayu yang gagah berani terpaksa lawan puluhan mungkin ratusan  komando dan para pengawal Istana Presiden.
Peluru berganti…tembakan bertalu-talu dilepaskan…jerit pekik dan kekalutan berlaku,
trafik dari saluran keselamatan tentera Filiphina tiba-tiba menjadi kelam-kabut dan penuh aktiviti.
Pihak perisikan ATM yang memantau saluran radio tentera Filiphina mula berasa tidak kena, jantung mereka berdengup kencang kerana nasib negara bergantung kepada tujuh lelaki Melayu tadi.
Segala-galanya menjadi sengal, tiba-tiba keadaan yang pada mulanya berpihak kepada negara kita kini hampir berpusing 360 darjah apabila para komando Malaysia yang gagah berani ini terkepung.
Masa hadapan negara kita benar-benar “TERGANTUNG” dalam keadaan yang sangat bahaya dan kritikal jika para komando ini tertangkap.

Bekalan peluru yang sangat sedikit tidak memungkinkan para komando Melayu ini membuat perhitungan yang lebih jauh.
Dengan segenap tenaga yang ada dan dengan izin Allah juga, para komando kita berjaya menyelamat diri dan seterusnya membawa pulang dokumen yang sangat-sangat penting untuk kestabilan Malaysia.
Sebelas orang yang terdiri dari pengawal Istana Presiden dan komando Filiphina terkorban dalam insiden yang berlaku sekitar tahun 1980an itu.
Kejayaan ini Malaysia menyelamatkan dirinya dari malu besar disambut secara kecil-kecilan dikalangan orang-orang kepercayaan pihak tentera dan Perdana Menteri.
Filiphina berterusan menuntut Sabah sehingga ke hari ini tetapi ibarat ayam berkokok,
kokoknya dipandang sinis, sehingga sekarang negara itu tetap menjalankan perang sarafnya tetapi ini episod lain yang akan saya cerita kemudian hari.
Segalanya hampir selesai, kini masalah Sabah sudah diselesaikan dan Filiphina pula terus dihantui oleh serangan siang malam para pejuang Islam Moro Filiphina.
Operasi Itu berjaya dan memastikan Kestabilan Penubuhan Malaysia. Operasi ini saya pernah dgr time Borak borak dulu. Tapi tak sangka Diterbitkan dalam bentuk artikel
Sekali lagi saya Clarified. Tiada sebarang perubahan yg dibuat. Semua fully from that artikel. Cuma ringkasan kerana hendak spesifik to that Ops.

P/s SHTI: Syarikat Hindia Timur Inggeris
Link Full Article Down Below

Sekiann

militaryofmalaysia.net/2013/01/black-…
Feel Free to Read, RT Share and like my Thread below

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Irfan_newboys

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!