My Authors
Read all threads
KELEBIHAN DAN KEBESARAN BERSELAWAT:

Ada ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa selawat ini begitu besar sekali fadhilatnya. Mana tidaknya, Allah Subhanahu wa Ta’ala bersumpah bahawa Allah dan para Malaikat sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu
alaihi wasallam.

Secara tidak langsung memerintahkan kita semua sebagai hamba yang beriman untuk berselawat sama ke atas baginda sallaLlahu alaihi wasallam.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
إن الله وملائكته يصلون على النبى، يآأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليما

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sama berselawat untuk nabi, wahai orang-orang yang beriman, berselawat dan salamlah ke atasnya".

Surah ke-33 iaitu surah Al-Ahzab, ayat ke 56.
Jika dirujuk di dalam kitab Syarah Dalail al-Khairat yg di tulis oleh Syeikh Al-Fasi, beliau menyatakan bahawa:

"Orang yang berselawat itu mendapat 10 kelebihan, iaitu:

1. Allah Subhanahu wa Ta’ala akan berselawat ke atasnya,

2. Bakal memperolehi syafaat daripada RasuluLlah
3. Malaikat sentiasa mengikutinya,

4. Dapat menghapuskan kesalahan kecil,

5. Tidak jadi munafik dan kafir,

6. Lepas dari huru hara kiamat,

7. Membantu mencapai hajat,

8. Bercahaya lahir dan batin,

9. Masyuk syurga dan kekal di dalamnya

10. Salam dari Allah azawalla.
Marilah kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, dengan lafaz

اللهم صل على محمد

Allahumma solli 'ala Muhammad
Sebuah lagi kitab Hadaiqul Anwar karangan Al-Imam As-Syaibani menyebutkan dalam kitabnya tentang faedah dan keuntungan orang berselawat.

Pengarang mengariskan 41 keuntungan bakal dinikmati oleh orang yang berselawat, antaranya ialah:
1. Ikut dan taat kepada perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala asbab berselawat.

2. Allah Subhanahu wa Ta’ala turut sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

3. Malaikat juga turut berselawat
4. Allah Subhanahu wa Ta’ala akan berselawat sepuluh (10) kali ke atas orang berselawat sekali.

5. Allah Subhanahu wa Ta’ala naikkan sepuluh darjat ketinggian bagi yang berselawat.

6. Allah tulis bagi orang yang berselawat sepuluh kebajikan.
7. Allah hapuskan sepuluh kejahatan bagi orang yang berselawat.

8. Allah kabulkan hajatnya.

9. Allah ampunkan dosa dan tutup aib orang yang sentiasa berselawat.

10. Bakal memperolehi syafaat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam di hari akhirat.
11. Diri begitu hampir dengan RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.

12. Allah mudahkan cita-cita segera tercapai.

13. Antara asbab mudahnya tercapai hajat dengan berselawat.

14. Antara asbab bagi menempati sedekah.
15. Ini yang paling best! Inilah asbab Allah Subhanahu wa Ta’ala dan RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam berselawat ke atas diri orang yang berselawat.

16. Diri beroleh keberkatan dan kesucian hanya dengan berselawat.

17. Dikhabarkan tempat orang yg berselawat ialah syurga
17. Perkhabaran awal tentang nikmat beroleh syurga kepada yg berselawat sebelum ia meninggal dunia lagi.

18. RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam menjawan selawat orang yang berselawat ke atas diri baginda.

19. Orang berselawat mendapat jaminan terlepas dari huru hara kiamat
20. Umat yang sentiasa ingat kepada baginda sallaLlahu alaihi wasallam.

21. Banyakkan berselawat akan menghindarkan kepapaan.

22. Mengharumkan tempat berselawat.

23. Memperolehi kemenangan doa orang yang berselawat.

24. Menjauhkan diri dari sifat bakhil
24. Dapat menghindarkan diri jadi bakhil bila nabi sallaLlahu alaihi wasallam disebut di hadapannya,

contoh : orang berselawat: "Allahumma solli ala Muhammad", kita jawab: "SallaLlahu alaihi Wasallam".

25. Terhindar dari bau busuk dalam sesuatu majlis bagi orang berselawat.
26. Sentiasa berada di atas jalan ke syurga.

27. Mengekali penyempurnaan dalam ucapan dengan diawali "AlhamduliLlah dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

28. Akan selamat semasa meniti titian siratal mustakim bagi yang mengekali selawat.
29. Akan mendapat rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

30. Berita gembira bakal bertemu dgn kekasih Allah Subhanahu wa Taala iaitu Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

31. Bakal beroleh keberkatan dalam hidup.

32. Tanda kecintaam yg berkekalan kepada RasuluLlah
33. Beroleh kasih sayang RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.

34. Sentiasa beroleh petunjuk dari Allah dan hatinya sentiasa hidup.

35. Dinyatakan kepada RasuluLlah bagi mereka yang berselawat.

36. Keimanannya dimantapkan.
37. Orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah.

38. Orang yang sentiasa berzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala

39. Berselawat itu satu doa.

40. Kelebihan orang berselawat, akan bersih wajah & juga hatinya, dan
41. Beroleh mahligai di syurga serta kahwin dengan bidadari hasil dari lafaz selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

Tapi kenalah lazimkan banyak kali dan istiqamah.

Inilah kelebihan berselawat yang dinyatakan oleh para alim ulama'
Jika ada penambahan dan pembetulan adalah amat dialu-alukan.

"Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad"

Sekian.

Jumpa lagi di lain siri.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Adab Rasul SAW

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!