Adab Rasul SAW Profile picture
Mengimbau kembali sunnah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam kepada masyarakat zaman moden ini...
Apr 29, 2020 8 tweets 3 min read
CARA RASULULLAH MENANGANI MAKANAN YANG DIHINGGAPI LALAT

RasuluLlah bersabda:

أحد جناحى الذباب سم والآخر شفاءٌ، فإذا وقع فى الطعام فامقلوه فإنه يقدم السم ويؤ خر الشفاءَ

"Sebelah sayap lalat itu adalah racun manakala sebelah sayap lainnya adalah ubat. Jika ia terjatuh dalam makanan, benamkanlah ia, sebab boleh menyuntik racun dan sekali gus boleh menyuntik ubat dan penawarnya"

Hadith di atas diambil dari Said bin al-Khudri. Dikutib dalam Kitab Sunan Ibnu Majah. Hadith ini diriwayatkan oleh An-Nasaie, Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi.
Apr 19, 2020 8 tweets 2 min read
BERSELAWAT BANYAK MANFAATNYA

Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam ada bersabda: "

إن اولى الناسِ بي يومَ القيامةِ اكثرهم صلاةً عَلَىَّ

"Sesungguhnya orang yang paling utama di hari kiamat bagi bagiku adalah yang paling banyak berselawat untuk-ku" Satu kisah di mana ketika baginda sallaLlahu alaihi wasallam duduk di masjid, masuk seorang lelaki muda, lantas baginda sallaLlahu alaihi wasallam memuliakannya dan mempersilakan duduk berdekatan dengan tempat Abu Bakr As-Siddiq radiayaLlahu anhu.

Baginda memberi tahu kepada
Apr 15, 2020 21 tweets 3 min read
KELEBIHAN DAN KEBESARAN BERSELAWAT:

Ada ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa selawat ini begitu besar sekali fadhilatnya. Mana tidaknya, Allah Subhanahu wa Ta’ala bersumpah bahawa Allah dan para Malaikat sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

Secara tidak langsung memerintahkan kita semua sebagai hamba yang beriman untuk berselawat sama ke atas baginda sallaLlahu alaihi wasallam.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: