My Authors
Read all threads
AS NEGARA PALING TERUK DIBADAI COVID-19

Tatkala negara lain menunjukkan tanda pemulihan Covid-19, AS terus bergelut dengan lebih 600,000 kes & 26,000 kes. Jadi, apa punca Uncle Sam menggelupur sebegini rupa?

Ini bebenang (thread)
Pertama, situasi perkhidmatan kesihatannya yang teruk. Di sebalik status mereka sebagai sebuah negara maju bertaraf kuasa besar dunia, perkhidmatan kesihatan mereka dianggap terburuk jika mengikut kedudukan perkhidmatan kesihatan negara-negara maju.
Dan satu sebab yang mengakibatkan perkhidmatan kesihatan AS dibelenggu mslh tidak efisien & masalah ketidaksamarataan ini ialah duit. Berdasarkan Pangkalan Data Perbelanjaan Kesihatan Global WHO, 33% rakyat Amerika mengakui berdepan mslh kewangan utk mendptkan rawatan kesihatan.
Keadaan ini jauh berbeza di negara-negara maju lain seperti Perancis, Jepun, Sweden, Belgium dan Kanada. Tetapi ini realiti di mana mereka bergelut membayar atau tidak boleh menanggung bil perubatan dan pelan insuran mereka enggan meliputi tuntutan perubatan yang dibuat.
Dalam satu kaji selidik yang dijalankan Gallup pada tahun 2019, 33% responden menangguhkan rawatan perubatan atas sebab kos. Manakala 25% lagi menangguhkan prosiding penjagaan kesihatan mereka kerana bimbang soal kos.
Malah, satu kaji selidik pada tahun 2018 mendedahkan pesakit-pesakit kanser terutama wanita yang mengalami kanser payu dara enggan menjalani pemeriksaan kerana bimbang jumlah wang yang banyak akan ditolak dari pelan insuran mereka.
Tahukah anda semasa situasi Covid-19 di AS, warga mereka kena belanja duit untuk dapatkan bantuan masa krisis. Contohnya, ada dakwaan mengatakan mereka yang duduk di pusat kuarantin kerajaan AS kena bayar $4k semalam
Infrastruktur penjagaan kesihatan AS juga amat teruk lebih-lebih lagi ia dibina di atas sistem pembayaran yang teruk. Ini kerana wujud kekurangan kapasiti terutama dari segi katil hospital untuk menempatkan pesakit.
AS mempunyai purata katil per seribu paling sedikit iaitu 2.8 per seribu, jauh ditinggalkan Australia (3.8 per seribu) dan Belanda (3.6 per seribu).
Kekurangan katil ini berpunca daripada kadar penghospitalan pesakit kronik yg lebih tinggi di AS di mana dengan pengurusan teratur, pesakit tidak perlu ke hospital. Antara penyakit kronik yg sepatutnya boleh diurus dengan baik ialah penyakit asma, diabetis dan penyakit jantung.
Malangnya, perkara tersebut tidak berlaku berikutan kekurangan atau ketiadaan akses kepada penjagaan kesihatan utama dan kos penjagaan yang tinggi walaupun untuk penjagaan rutin.
AS juga turut menghadapi masalah kekurangan doktor per kapita dan jauh tertinggal di belakang negara-negara maju. Gabungkan dua kekurangan ini dan ia menghasilkan struktur perkhidmatan kesihatan yang tidak stabil, menanti masa untuk runtuh.
Atas sebab itulah, usah terkejut sebahagian daripada 23,656 kes kem4tian yang direkodkan AS sebenarnya lebih sedikit daripada dilaporkan dan bilangan yang m4ti akibat Covid-19 sebenarnya jauh lebih tinggi.
Ini berikutan ada individu yang disyaki positif Covid-19 memilih m4ti di rumah atau rumah penjagaan orang tua kerana tidak sanggup menanggung bil perubatan tinggi.
Kedua, isu kekurangan ujian Covid-19. Seperti ditekankan oleh Dr Harvey Fineberg, kunci utama untuk memenangi pertarungan menentang Covid-19 ialah melakukan seberapa banyak ujian Covid-19 bagi mengetahui situasi sebenar pandemik wabak.
Dan ini dilakukan oleh beberapa negara yang dilihat berjaya mengatasi penularan Covid-19 seperti China dan Korea Selatan sekaligus menjadi model resepi melawan Covid-19 seperti yang dilakukan Malaysia.
Malangnya, perkara tersebut tidak berlaku di AS. Walaupun pada ketika ini AS berjaya meningkatkan keupayaan pengujian Covid-19 dari 4,000 ujian per sejuta kepada 27,000 ujian per sejuta, ia masih belum mencukupi untuk sampai ke 100k ujian per sejuta.
Dan berdasarkan pandangan ramai pakar kesihatan dari Dr Anthony Fauci hinggalah Dr Thomas Frieden, AS terlepas peluang melakukan perkara berkenaan pada Januari dan Februari 2020 tatkala China masih bergelut mengatasi penularan wabak di wilayah-wilayahnya termasuk Wuhan ketika itu
Pusat Kawalan Penyakit (CDC) yang diketuai penyelidik AIDS terkenal Dr Robert R. Redfield, 68, seharusnya berjaya menghasilkan kit ujian Covid-19 yang boleh dikongsikan dengan makmal negeri-negeri.
Tetapi bila kit ujian itu didapati bermasalah pada Februari lepas, beliau berjanji masalah itu akan dapat diselesaikan dengan cepat. Masalahnya, perkara itu berlanjutan selama beberapa minggu sebelum dianggap selesai.
CDC juga turut mengawal ketat individu mana yg patut diuji dan lewat melaksanakan ujian pengawasan berasaskan komuniti, amalan biasa dalam mengesan penularan virus.
Jika perkara ini dapat dilakukan lebih awal, AS dapat mengesan titik panas Covid-19 negara itu dan segera bertindak mengekang penularan wabak itu.
Hasrat AS buat ujian Covid-19 skala besar turut terhalang akibat peraturan ketat yang dikenakan FDA. Pengerusi FDA, Dr Stephen Hahn menetapkan pelbagai peraturan ketat yang menyukarkan usaha hospital, klinik2 swasta & syarikat2 melaksanakan ujian Covid-19 semasa kecemasan
Tatkala banyak negara sibuk menguji ribuan orang per sejuta, AS hanya mampu menguji 100 orang per sejuta. Ya, 100 orang per sejuta! Fakta ini mengecewakan ramai pihak seperti pakar-pakar kesihatan, ahli-ahli perundangan dan rakyat yang semakin terdesak.
Ketiga, isu pertikaman politik dan partisan. Tidak seperti Malaysia yang dilihat berjaya mengetepikan seketika isu partisan agar fokus melawan Covid-19, perkara sebaliknya menimpa Washington. Tak habis-habis drama kalah drama pukul 7.
Yang merasa bahana ialah Setiausaha Kesihatan, Alex M Azar II. Dia ni Trump loyalist tapi banyak bertekak dengan Rumah Putih sampai disingkirkan sebagai pengerusi pasukan petugas khas Covid-19 AS.
Ramai berang dengan kelembapan dua agensinya mengendalikan isu ujian Covid-19 tetapi Azar II dilihat gagal memberi tekanan untuk mempercepat atau mengubah haluan berkenaan kit ujian Covid-19.
Tapi kalau nak salahkan Azar II, tak aci. Ramai patut dipersalahkan sebab bertekak tak tentu hala pasal polisi & ideologi sehingga apa saja usaha Covid-19 AS terbantut. Salah seorang ialah Donald 'Berus' Trump.
Siapa yang tengok PC dia hari ni & semalam mesti masak dia menyalahkan semua sebab bilangan kes positif & kematian Covid-19 yang tinggi di AS. Tapi dia sebenarnya dah diberi peluang banyak kali untuk tangani isu ni awal-awal.
Perlu diingat pada awal tahun ini, Trump berdepan banyak isu dari kes pembunuhan Jeneral Solemani sampai kes pemecatan jawatan. Jadi, boleh difahami kenapa dari awal, dia tak ambil pusing sebab keutamaan ialah kekal sebagai presiden.
Tapi dia dah diberi peluang banyak kali untuk bertindak tetapi gagal. Banyak contoh:

1. Gagal terima nasihat NSA berkenaan potensi Covid-19 sebagai pandemik & laksanakan perintah berkurung. Bulan Mac baru dia nak buat selepas diberitahu 2 bulan lepas.
2. Tak hirau memo penasihat perdagangan AS, Peter Navarro yang beri amaran Covid-19 boleh jejaskan ekonomi AS & kehilangan nyawa yang ramai.
3. Azar II beri amaran potensi pandemik masa telefon dia semasa dalam perjalanan ke Midwest. Nak tahu apa reaksi Berus? Trump gelar Setiausaha Kesihatan dia sebagai paranoid nak mampus!
Keengganan Rumah Putih mengambil serius ancaman Covid-19 bukan saja ditunjukkan oleh Trump tetapi juga pegawai-pegawai yang dilantiknya. Bukan sekali pegawai-pegawai ini bertegang urat tentang isu Covid-19 dari isu sekatan perjalanan ke China hinggalah isu penyaluran dana.
Contoh, isu sekatan perjalanan China. ini dicadangkan oleh pegawai-pegawai yang anti-China dan idea yang pada dasarnya cuba mengekang penularan Covid-19 dicemari dengan ideologi yang menolak China di setiap penjuru.
Masalahnya, perangai geng ni buat ramai mengamuk sebab berpotensi jejaskan perjanjian dagang fasa 1 AS-China. Itu sebab Trump tahan diri dari serang China & puji tindak balas Beijing tangani Covid-19.
Kedua, isu perintah berkurung. Trump sanggup tarik kaki tak nak buat sebab kalau perintah berkurung naik, habislah ekonomi AS. Dan peluang dia nak menang selesa dengan Biden terus hangus macam tu saja.
Pada tahun ini, AS bakal menjalankan pilihan raya presiden dan Trump tahu peluangnya untuk kekal bakal dipengaruhi oleh situasi ekonomi AS. Kalau situasi ekonomi teruk nak mampus, susah Trump nak kekal.
Menjelang pertengahan Mac, barulah Trump akur dengan saranan pakar-pakar kesihatan dan melaksanakan perintah berkurung seperti yang dimahukan oleh mereka. Sapa tengok PC dia umum benda tu, reaksi muka macam orang terkejut baru bangun tidur.
Itu pun masih ramai yang enggan patuh sebab bimbang ekonomi AS barai. Itu yang pakar-pakar kesihatan sound balik habis-habis & kata tak buat apa-apa, ekonomi AS akan lagi jahanam & ramai orang mati.
Perintah berkurung dan penjarakan sosial kemudiannya dilaksanakan selama dua minggu. Tapi Trump masih berharap nak buka ekonomi menjelang Easter. Apa lagi, ramai cekak pinggang & kata ini kerja gila.
Bila dapat reaksi sebegitu rupa, baru dia umum sambung lagi sampai Mei 2020. Itu pun dalam PC semalam, masih tak sabar-sabar & sedia buka ekonomi walaupun gabenor-gabenor mengaruk. Hari ini, terpaksa akur & serah kuasa buka ekonomi kepada gabenor-gabenor.
Disebabkan pelbagai masalah yang dicetuskan sama ada pentadbirannya sendiri atau masalah struktur yang membelenggu perkhidmatan kesihatan AS, satu fakta sahaja penting: bagi setiap nyawa rakyat AS yang hilang, beban kesalahan perlu ditanggung Trump sama ada beliau suka atau tidak
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Mohamad Azim

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!