My Authors
Read all threads
INDONESIA - BOM JANGKA COVID SETERUSNYA?

Sekarang ini, perhatian dunia tertumpu bukan saja di AS dan India tetapi Indonesia. Kenapa? Ketiga-tiganya merupakan tempat berpotensi bom jangka Covid-19. Dan Indonesia tak bersedia langsung dengan benda ni.

Ini thread
Masa negara-negara ASEAN tengah sibuk deal kes Covid-19 masa Januari & Februari 2020, Indonesia lenggang kangkung tak buat apa. Kalau ada kes, siap disembur dia kata itu fitnah.
Malah, Menteri Kesihatan Indonesia Terawan Agus Putranto kata Indonesia tak terkena Covid-19 sebab orangnya berdoa. Dengar kenyataan macam kenyataan orang tabligh, Shincheonji atau Haredim kan?
Tapi all bets are off bila kes pertama Covid-19 dilaporkan pada Mac lepas. Dan sejak itu, ada 2,092 kes positif dan 198 kes kematian Covid. Tapi ramai syak bilangan kes sebenarnya jauh lebih banyak dari dilaporkan.
Sebab kes Covid-19 sukar dikesan di Indonesia ialah kekurangan kapasiti untuk uji. Malaysia boleh uji lebih 1,400 kes per sejuta populasi. Jakarta? 28 kes. Ya, bloody 28 kes per sejuta!
Malaysia dah buat saringan hampir 50k, jumlah kes terkumpul 3,483 kes dan 61 kes kematian. Indonesia kalau tak bertindak pantas boleh dapat kes setinggi 106,000 kes menjelang Julai seperti dilaporkan badan perisikan mereka.
Dari segi bilangan katil hospital pula, Jakarta hanya mempunyai 1.2 katil per seribu penduduk. Jumlah ini amat sedikit berbanding Malaysia (1.9 per seribu), Singapura (2.4 per seribu), China (4.2 per seribu) dan Korea Selatan (11.5 per seribu).
Manakala dari segi bilangan doktor per seribu populasi, Indonesia hanya mempunyai 0.4 per seribu. Ini meletakkan Jakarta jauh ketinggalan di belakang Malaysia (1.5 per seribu), China (1.8 per seribu), Singapura (2.3 per seribu) dan Korea Selatan (2.4 per seribu).
Sebagai langkah berjaga-jaga, Jakarta memang buat PKP seperti kita & arahkan penjarakan sosial. Masalahnya, ramai sukar patuh berikutan tinggal bersesak-sesak di kawasan kejiranan atau kampung yang padat.
Indonesia juga ikut langkah kita arahkan pekerja-pekerja untuk bekerja dari rumah. Masalahnya, tak ramai yang akur berikutan bilangan penumpang yang masih ramai dalam pengangkutan awam & akses untuk kerja di rumah tiada.
Bagi tempat terpencil dan mempunyai kemudahan kesihatan yang daif macam Papua, diorang tau diorang takkan dapat tangani Covid-19. Buktinya, dua daripada 202 kemudahan pengasingan diorang sahaja yang dapat pengesahan WHO.
Jadi, solusi mereka ialah tidak benarkan orang luar masuk ke wilayah mereka. Itu nak tunjuk betapa terdesaknya mereka nak elak Covid-19 masuk ke tempat mereka.
Dan bagi yang baca The Star, pasti maklum 18 orang yang mati akibat Covid-19 ialah petugas barisan hadapan. Tak ramai tahu mereka tak dapat PPE yang mencukupi. Ada sampai ubahsuai baju hujan jadi PPE sementara.
Ada pula cerita mereka kena berkongsi gogal atau topeng & basuh PPE sementara tu sebelum digunakan semula untuk kerja di barisan hadapan. That's madness! This is REAL!
Dan terima kasih kepada kelewatan Indonesia bertindak tangani Covid-19, ramai yang mati di hospital sebab Covid-19 tetapi tidak dihebahkan. Alasan Pak Jokowi ketika itu ialah nak elak panik. What panic? Now, all hell breaks loose...
Sekarang, Jakarta umum rakyat boleh balik kampung sempena raya. Alasannya ialah faktor ekonomi & faktor iklim yang boleh bunuh Covid-19. Who the f*** you're trying to kid with?!
Apa yang Jakarta buat sebenarnya ulangi kesilapan Itali dan fasa awal PKP kita yang menyaksikan ramai balik kampung. Bila orang balik kampung, Covid-19 juga akan tersebar ke seluruh negara & menjangkiti ramai orang termasuk warga emas.
Terima kasih kepada tindakan 'bijak' ini, tidak terkejut the next outbreak berlaku di Indonesia. Dan ramai lagi warganya akan menjadi mangsa melainkan Jakarta bertindak tegas & bersikap decisive dalam memerangi Covid-19.
Bersyukurlah kerana Malaysia tegas dalam soal PKP walaupun ramai merungut kalah Hantu Kak Limah. Itu cuma pengorbanan kecil jika dibandingkan berapa banyak nyawa yang dapat diselamatkan bila kita patuh PKP & duduk di rumah.
Jadi, sila jadikan kisah Indonesia ini sebagai pengajaran. Nak hidup normal, patuhi arahan PKP & duduk di rumah. Kita menjadi hero negara dengan duduk di rumah.

@theoutlookasia @thepatriotsasia #StayAtHome #HapusCOVID19 #kitajagakita
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Mohamad Azim

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!