Sebagai seorang psikologis klinikal, ramai orang tanya saya:
"Pernah belajar NLP?"
Saya jawab:
"Saya belajar ilmu psikologi 7 tahun, saya tak pernah dengar tentang NLP."
Jadi apa itu NLP? Ini thread yang panjang.
Saya belajar degree psychology 3 tahun, masters developmental psychology 2 tahun, second masters clinical psychology 2 tahun, saya tak pernah belajar tentang NLP dalam mana2 subjek.
Macam mana "teknik psikologi" yang begitu popular ini tidak ada dalam silabus saya?
Saya baca kajian ilmiah, artikel, tengok video NLP.
Thread ini tentang pandangan saya berdasarkan pencarian saya.
Thread ini khusus kepada mereka yang mahu berfikir secara kritis, bersikap terbuka, dan ingin mencari bukti.
Tahun 1996, Bandler cuba saman Grinder sebanyak $90,000,000 sebab dia nak claim hak milih penuh NLP. Tetapi, dia tidak berjaya.
Sejak itu, mereka bergaduh & ikut cara masing2.
Walaupun banyak terma yang digunakan bunyi seperti sains, tetapi itu hanyalah bertujuan mengelirukan orang awam.
Nampak bunyi macam sains, tetapi sebenarnya tidak saintifik.
Fadzli Yusof, pengasas NLP Malaysia definiskan NLP sebagai "bagaimana orang yang cemerlang berfikir & bertindak" & "bluerpint kecemerlangan."
Manusia guna sama ada sensori visual, auditori, kinestetik untuk faham dunia.
Ini mereka namakan sebagai Primary Representational System (PRS).
Untuk komunikasi efektif, kita kena ikut cara PRS orang.
Ini dinamakan sebagai Primary Representational Matching (PRM).
Nampak macam logik kan? Bunyi pun macam saintifik.
Sebenarnya, tidak ada kajian yang kata PRM efektif.
Anchoring, Rapport, Swish Pattern, Visual/kinesthetic dissociation (VKD).
Kalau teori asasnya pun tidak terbukti, apatah lagi teknik2 yang berasaskan teori tersebut.
NLP ada modul komunikasi, belajar, kepimpinan, rawatan psikologi, banyak lagi.
Pendek kata, NLP ini boleh "cover" semua benda.
"Claims" bukan main, ala2 magic pun ada.
Tapi tidak ada asas bukti sains. Hanya "claims" sahaja.
"Kawan saya join, dia kata memang berkesan."
"Saya sendiri join, memang berkesan untuk saya."
Memang akan ada orang cakap begini.
Ini namanya testimoni.
Kita sebut sebagai bukti anekdotal.
Tahap bukti paling lemah dalam sejarah ilmu pengetahuan.
NLP tidak boleh dibuktikan secara saintifik. NLP ialah pseudosains. Itu hakikatnya.
Ini bukan serangan peribadi kepada mana2 certified trainer atau sesiapa yang pernah ikuti program NLP.
Anda mungkin tidak tahu sebelum ini.
NLP mungkin telah menjadi periuk nasi anak isteri anda.
Bukan mudah nak berhenti begitu sahaja. Itu saya faham.
Saya bukan menyerang anda secara peribadi.
Supaya kita lebih kritis, mencari bukti bagi kebenaran sesuatu.
Agama mengajar kita supaya berlaku adil dengan ilmu yang disampaikan.
NLP ialah pseudosains (sains palsu).