Akif Basri Profile picture
Author: Kekok
2 subscribers
Sep 18, 2023 5 tweets 1 min read
Conversation saya dengan anak (4+yo) dalam kereta otw hantar pergi tadika:

Kid: Nak daddy pickup saya early.

Me: Early? Kenapa nak pickup early?

Kid: Nak daddy jadi the first daddy yang pickup.

Me: Maksudnya daddy paling early daripada mommy daddy yang lain?

Kid: Iyya.

1/4
Me: Kenapa nak daddy paling early?

Kid: (no answer)

Me: Well I can try but I can’t promise.

Kid: Kenapa tak boleh promise?

Me: Because I don’t know what time other daddies pickup their children 😂 but I can try my best.

Kid: Daddy try ok?

Me: Okay.

2/4
Feb 9, 2023 10 tweets 2 min read
“Nama siapa?”
“Umur berapa?”
“Tadika mana?”

Ini soalan yang biasa kita tanya pada kanak-kanak untuk mula “engage” dengan mereka.

Tapi soalan2 “adult” ni agak membosankan bagi mereka.

Ini 7 tips untuk komunikasi dengan kanak-kanak dengan lebih berkesan: 1. Perhatikan apa yang dia suka buat & join aktiviti dia.

Lompat? Lari2? Menari? Main train toy? Main teddy bear? Main puppet? Main cak-cak?

Apa yang dia suka, kita join.

Kita yang masuk dunia dia, bukan “tarik” dia masuk dunia kita dengan soalan2 dewasa.
Mar 1, 2021 6 tweets 1 min read
Budak2 sangat suka bila dia tengah main, kita:

1. Duduk berdekatan & beri perhatian penuh
2. Perhatikan setiap gerak geri mereka
3. Sebut apa dia buat (waa, adik ambil kereta merah la..)

Elakkan:
1. Beri arahan mcm dewasa
2. Betulkan cara dia

Ini asas prinsip “play therapy.” Dalam play therapy, kita masuk dunia kanak2 & jadi kawan dia.

Kita bukan dewasa yang berautoriti. Kita tak dominasi peraturan permainan.

Kita iktiraf sahaja cara dia bermain.

Dengan cara ini, kita dapat:
1. Masa berkualiti
2. Bina kepercayaan
3. “Validate” emosi
Jan 21, 2021 11 tweets 2 min read
Ada yang tanya, kenapa perlu “call out” kesilapan lalu doktor itu?

Bukankah dia sudah minta maaf?

Begini, tuan2 & puan2.

Saya jelaskan satu per satu. 1. Kata jangan serang peribadi, tetapi kenapa buka sejarah kesilapan dia?

Serang peribadi dengan mendidik masyarakat tentang idea2 beliau yang menyimpang adalah dua perkara yang berbeza.
Jan 21, 2021 8 tweets 2 min read
Dr Muhaya telah melakukan permohonan maaf secara terbuka pagi ini.

Kita hentikanlah serangan peribadi.

Marah tu takpe, tapi jangan benci maki kutuk2 peribadi ya. Cumanya, saya masih rasa kita perlu berhati-hati dengan sebahagian content Dr Muhaya.

Ini bukan kali pertama Dr Muhaya melanggar disiplin ilmu bidang lain.

Sebelum ini, beliau pernah langgar bidang:

1. Pergigian
2. Psikologi
3. Agama Islam
Jan 16, 2021 10 tweets 2 min read
IF I GET DEMENTIA...

1. If I get dementia, I want my friends and family to embrace my reality.

If I think my spouse is still alive, or if I think we’re visiting my parents for dinner, let me believe those things.

I’ll be much happier for it. 2. If I get dementia, I don’t want to be treated like a child.

Talk to me like the adult that I am.

3. If I get dementia, I still want to enjoy the things that I’ve always enjoyed.

Help me find a way to exercise, read, and visit with friends.
Jan 15, 2021 10 tweets 2 min read
Saya berkongsi sentimen yang sama. Saya kurang senang melihat video itu. Saya yakin semua orang ikhlas nak bantu, cuma caranya kurang sesuai.

Seseorang yang baru kehilangan orang tersayang akan melalui lima fasa "grief": 1) Mula2, bila baru dapat berita mengejut itu, kita akan rasa "in denial."

Betul ke dia dah meninggal? Doktor dah check betul2 ke? Doktor silap orang kot?

Kita akan mempersoalkan banyak benda waktu itu.
Aug 18, 2020 4 tweets 1 min read
Cuba perhatikan jenis pujian ini:

1. You’re so smart!
2. Your painting looks beautiful!
3. You worked really hard on that!
4. You’ve tried your best!

1 & 2 kita puji orang atau pencapaian.
3 & 4 kita puji proses atau usaha.

Kajian menunjukkan pujian 3 & 4 perlu melebihi 1 & 2. Kenapa?

Sebab pujian 1 & 2 ada risikonya, iaitu anak boleh rasa panik, tekanan atau anxiety untuk sentiasa mencapai yang prestasi yang tinggi.

Anak mungkin boleh rasa “mak sayang saya kalau saya berjaya, tapi mak tak sayang kalau saya gagal.”
Jul 27, 2020 15 tweets 6 min read
Seramai setengah juta, atau prevalens 2.3% orang dewasa di Malaysia mempunyai kemurungan (1).

Secara global, setiap 40 saat, seorang mati kerana bunuh diri (2).

Ada tak kemungkinan pemakanan kita dalam kehidupan seharian mempengaruhi kemurungan?

Jawapannya dalam thread ini. Sebelum itu, perlu ditekankan:

Kemurungan ialah kecelaruan mental yang kompleks.

Biasanya, ada pelbagai gabungan faktor berisiko yang membawa kepada kemurungan, bukan hanya satu.

Antaranya:

1) Genetik
2) Pengalaman zaman kanak2 yang pahit
3) Stress yang berpanjangan
Jul 20, 2020 5 tweets 1 min read
Ramai orang suka bagi kata2 semangat.

"Fikir positif je!"
"Yakin boleh!"
"Benda kecik je ni.. Jangan mengalah!"
"Jangan fikir negatif sangat"
"Aku boleh, takkan kau tak boleh?"
"Orang lain lagi teruk"
"Be happy"

Adakah kata2 ini membantu? Mungkin, dalam sesetengah keadaan tertentu:

1) Kalau orang yang cakap tu orang yang rapat, dipercayai, memang kenal, faham masalah sepenuhnya & kata2nya memang bermakna

2) Kalau dalam pertandingan sukan untuk beri motivasi jangka masa pendek
Jul 15, 2020 13 tweets 2 min read
Selalu overthinking?

Fikiran ini, dia datang dan pergi.

Ada yang kekal lama, ada yang sementara sahaja.

Tak semua apa yang berlalu dalam fikiran itu betul.

Fikiran hanyalah fikiran.

Apa contoh jenis pemikiran yang tidak sihat? Antaranya ialah:

Black or white thinking.

Maksudnya, cara fikir dikotomi (antara dua ekstrem) sama ada hitam atau putih sahaja.

Tiada kelabu, tiada pertengahan.

Cara fikir ni biasanya ada dalam kalangan mereka yang ada depression, anxiety dan suicidal ideation.
Jul 8, 2020 5 tweets 1 min read
"Saya nak jumpa psikologis tetapi parents saya tak bagi. Diorang tak percaya benda2 ni. Diorang kata saya tak gila."

Beritahu mereka,

Mak, abah...

1. Sesiapa sahaja boleh jumpa psikologis. Jumpa psikologis bukan bermakna orang tu gila. 2. Saya memang tak gila. Apa tu gila? Orang nak jumpa psikologis sebab nak faham apa yang mengganggu fikiran saya ni. Saya perlu bantuan sebab saya dah cuba nak kawal tapi tak boleh.

3. Nak bawa saya jumpa ustaz? Ok, saya ikut. Tapi saya nak juga jumpa psikologis. Deal?
Jun 25, 2020 11 tweets 2 min read
Anak saya umur 1 tahun 6 bulan.

Dia dalam fasa nak explore semua benda.

Main cabut plug elektrik, sepahkan baju dalam almari, sepahkan barang dapur, main dengan makanan.

Ikutkan hati, memang sentiasa menguji kesabaran.

Ini sedikit tips nak urus tingkah laku negatif anak. Kita kena faham, budak2 ni, memang akan sentiasa buat "salah."

Sebabnya dia dalam fasa nak cuba semua benda.

Kebanyakan benda yang dia buat itu memang akan "salah" berbanding "betul."

Tetapi, takkan semua benda kita nak marah?
Jun 21, 2020 9 tweets 2 min read
10 Fakta tentang Pengaruh Bapa terhadap Anak: Perspektif Psikologi

1. Kajian menunjukkan anak yang ada bapa yang lebih rapat dengannya sewaktu kecil menunjukkan kurang tantrum, kurang masalah disiplin dan lebih popular dan disukai di sekolah. 2. Bagi latihan anak bercakap, bapa lebih berpengaruh daripada ibu dalam membantu perkembangan bahasa anak sekiranya ayah lebih banyak menggunakan perkataan (vocabulary) ketika bermain dan membacakan buku.
Jun 12, 2020 12 tweets 2 min read
Ali baru keluar daripada bilik boss. Mukanya pucat.

Nafasnya tercungap-cungap.

"Kau dah kenapa ni Li?" tanya Siti, rakan sekerja Ali.

"Aku kena buang kerja. Boss kata nak 'downsize' company ni."

"Habis masa depan aku. Anak bini aku nak makan apa?" luah Ali kepada Siti. Siti risau melihat Ali.

Termenung, pandangan kosong. Dahinya berkerut.

Siti nak bantu tenangkan Ali.

Siti pun berkata:

"Jangan 'overthinking' sangat Ali. Adalah tu rezeki tempat lain."

"Takkan kau takde saving langsung selama ni."

"Relaks la. Kau boleh survive punya."
Jun 10, 2020 13 tweets 2 min read
Cuba perhatikan dialog antara dua orang ini:

Situasi 1

Ali: Aku mood tak ok la harini. Rasa down. Boss pulak marah tak tentu pasal. Stress aku weh.

Abu: Aku pun sama. Aku dah lama tak puas hati dengan boss kau tu. Dia tu memang ****! Situasi 2

Ali: Aku risau gila exam dah nak dekat. Rasa berpeluh, berdebar jantung, susah nak tidur. Sikit habuk pun belum study!

Abu: Kau cakap je belum study. Jap lagi exam skor je. Pointer bapak gempak. Aku ni ha, langsung tak study. Pointer pun ke laut!
May 25, 2020 14 tweets 3 min read
Ramai pelajar rajin study, tetapi tak ramai yang tahu cara study yang paling berkesan.

Biasanya kita belajar cara yang berkesan melalui "trial & error."

Tahukah anda, ada tips study yang telah terbukti berkesan secara saintifik?

Thread tentang Tips Study Berkesan untuk Exam. Teknik study yang paling popular ialah:

1) Rereading: baca benda sama berulang kali (dengan harapan untuk ingat)

2) Highlighting: sambil baca sambil highlight point penting

3) Buat nota sendiri & summarize
May 21, 2020 21 tweets 5 min read
Mula-mula bercinta memang bahagia sehingga langit kesembilan, lama-lama semakin banyak perselisihan faham.

Mengekalkan hubungan yang bahagia jauh lebih sukar daripada memulakannya.

Bagaimana nak mengekalkan hubungan?

Ini tips berdasarkan kajian sains. Sebelum ini saya ada berkongsi tentang beberapa tanda-tanda hubungan akan gagal menurut Dr. John Gottman.

Thread kali ini, saya akan berkongsi tentang 7 tips bagi mengekalkan hubungan yang bahagia.

Gottman menamkannya sebagai "The Seven Principles for Making Marriage Work."
May 15, 2020 12 tweets 2 min read
Peringkat awal hubungan percintaan, semuanya indah.

Text, call setiap masa. Rindu.

Nak jumpa setiap masa.

Lama kelamaan, hubungan semakin pudar.

Tanpa disedari, hubungan menjadi "emotionally disconnected."

Apa tanda-tanda hubungan akan gagal?

Ini kata kajian sains. Dr John Gottman telah mengkaji hubungan percintaan dalam kalangan beratus pasangan berkahwin.

Beliau senaraikan beberapa tanda-tanda negatif yang boleh "predict" bahawa perhubungan akan gagal.

Beliau namakannya sebagai "Four Horsemen of the Apocalypse."
May 7, 2020 12 tweets 3 min read
Semangat betul saya tengok orang kongsi keputusan ujian #LeftOrRightBrainTest.

Berapa % left brain, berapa % right brain.

Sebenarnya kefahaman yang manusia ada otak kiri atau kanan yang dominan ini adalah pseudosains.

Kenapa?

Thread. Kenapa pula pseudosains?

Kan sudah ditulis dalam website ujian itu, ada bukti sains:

"American neuropsychologist Roger Sperry won the 1981 Nobel Prize in Physiology and Medicine for his work in split-brain research"

arealme.com/left-right-bra…
Apr 30, 2020 16 tweets 5 min read
Pernah dengar Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD)?

ADHD bukan setakat "hyper" & susah fokus.

ADHD bukan sahaja didapati dalam kalangan kanak-kanak.

Ramai tidak tahu, sebenarnya orang dewasa juga boleh ada ADHD.

Thread ini tentang ADHD orang dewasa. ADHD dewasa biasanya "undiagnosed" sebab salah faham yang ADHD hanya untuk kanak-kanak.

Apa itu ADHD?

Ada tiga komponen utama:

1) Attention-Deficit (AD)

Contohnya susah fokus, tidak "detail," "careless," susah "perah otak" fikir panjang2, mudah "distracted" & mudah lupa