Beliau berpesan agar, menjauhkan diri dari orang ramai dengan perintah Allah. Begitu juga nafsu yang menguasai diri dengan perintah-Nya. Sama juga halnya dengan kehendak dan perbuatan diri dikawal ikut sunnatuLlah.
Macam mana nak tahu, diri ini tak ada hubungan dengan orang ramai? Sebab diri telah memutuskan segala hubungan dengan orang ramai dan fikiran juga bebas
Manakala tanda putus dari nafsu, bila diri telah membuang segala usaha dan keinginan untuk dunia. Sama juga halnya dengan perhubungan dengan dunia bagi tujuan memperolehi faedah hendaklah jauhi.
Usah sekali-kali melindungi dan menolong diri sendiri. Segalanya serahkan kepada Allah kerana Dialah yg menjaga dan memelihara segala-galanya,
Dialah yang menjaga semasa dalam perut ibu sehingga kamu semua dilahirkan. Allah juga yang jaga dan memelihara kita semua ketika bayi.
Pada waktu ini, akan lahir ketenangan dalam hati, fikiran bertambah luas, wajah akan berseri-seri dan jiwa
Tika ini diri akan terlepas dari keperluan kebendaan kerana diri telah berhubung dengan yang Maha Pencipta.
Kuasa Allah akan menggerakkan diri yang benar-benar suci bersih bagi mereka yang hanya mengharap redha Ilahi.
Setelah itu, kosonglah diri dari semua kelakuan manusia dan tidak lain hanya menurut kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala semata.
Inilah yang dikatakan fana. Semuanya terletak pada kuasa Allah semata-mata. Daripada-Nya datang baik dan buruk, sebab Dia yang menentukan segala-galanya semenjak dari awal lagi.
Jadilah dirimu titik tumpuan baik dan sumber keberkatan, kebahagiaan kesentosaan, nur, keselamatan dan keamanan.
Pada pendapat mereka adalah satu dosa menyengutukan kehendak mereka dengan
Sekiranya merka lupa, diri dikuasai oleh emosi dan ketakutan, maka Allah yang Maha Kuasa akan membantu dan menyedarkan mereka. Mana ada manusia yang bebas dari pengaruh ego sendiri kecuali Malaikat.
Wali terpelihara dari nafsu badaniah dan abdal dari kekotoran kehendak ataupun niat.
Semoga bermanfaat.
#KitaMestiMenang #kitajagakita #MalaysiaBoleh