My Authors
Read all threads
Pesanan Syeikh Muhammad Idris alMarbawi alAzhari alMalayuwi

1. Zaman ini adalah zaman haru biru dengan perkelahian dan berbunuh bunuhan. Lebih dahsyat lagi sesama Islam.

Peristiwa pertama berbunuhan ialah pembunuhan Sayidina Othman bin Affan r.a

#UngkapanSangatCermat
Walau bagaimanapun, Sayidina Othman tahu ada orang hendak membunuh dirinya. Lalu khalifah ketiga dalam Islam ini berkhutbah:

انشد كم الله أتعلمون أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا يحل دم امرىء مسلم إلا باحدى ثلاثٍ

Aku mahu bertanya kalian semua dengan nama Allah Subhanahu
wa Ta’ala, tidakkah kamu sekalian ketahui bahawasanya Rasulullah telah bersabda: "Tidak halal ditumpahkan darah seseorang muslim melainkan dengan salah satu daripada tiga sebab ini:

i. زنا بعد إحصانٍ : berzina dengan sengaja bagi yang sudah berkahwin.
Syeikh Muhammad Idris menjelaskan: Yakni, apabila seorang lelaki yang sudah berkahwin dengan akad nikah yang sahih, kemudian memasuk ia akan hasyafah zakarnya ke dalam faraj perempuan yang bukan isterinya, maka ialah seorang yang diharuskan syarak menumpahkan darahnya dengan
merejam yakni: hujankan batu ke atasnya sampai mati.

ii. أو ارتد بعد الا سلام : atau murtad kemudian daripada Islam. Yakni seseorang yang di dalam Islam kemudian kembali jadi kafir ia dan tiga kali telah ditaubatkan tak mau juga ia bertaubat.

Pada ketika ini,diharuskan syarak
menumpahkan darahnya dibunuh dipancung lehernya.

iii. ّأو قتل نفسا بغير حقٍ : atau pun membunuh ia akan seorang dengan tiada mustahak dibunuh. Maka boleh balas bunuh dengan sebab perbuatan membunuh tersebut.

Adapun aku, apa sebab kalian mahu bunuh? Soal Sayidina Othman kepada
hadirin yang datang untuk membunuh beliau.

Beliau menjawab: Maka demi Allah aku tidak pernah berzina sekalipun dalam masa jahiliah dan dalam Islam, dan aku juga tidak pernah murtad semenjak aku mengaku Islam pada RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam & tidak pernah aku membunuh
orang yang diharamkan membunuh.

Maka ikut jalan syarak, tiada satu sebabpun kamu boleh membunuh aku.

Dengan sebab apa dan jalan apa hendak membunuh sekalin kamu akan daku? "

At-Tirmizi meriwayatkan hadith ini daripada Abi Umamah bin Sahl.

Perbagai nasihat dan ingatan dibuat
oleh Sayidina Othman, namun tidak diendahkan oleh para pembunuh tersebut.

Akhirnya pembunuh masuk ke dalam rumah Sayidina Othman lalu terus membunuh khalifah ketiga ini.

Inilah kematian yang sangat zalim dan tragis, menjadikan haru biru para sahabat RasuluLlah sallaLlahu alaih
wasallam.

Pada ketika pelbagai peristiwa berlaku, antara berlakunya peperangan besar antara Sayidina Ali dengan Siti Aisyah isteri RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.

Disamping itu juga timbulnya peperangan yang besar juga antara Sayidina Ali dengan Muawiyah.
Inilah kisah huru hara bunuh membunuh sesama Islam selepas kewafatan baginda sallaLlahu alaihi wasallam. Semua kisah ini telah diberitahu oleh RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam sebelum baginda wafat lagi.

Nasihat Syeikh Muhammad Idris alMarbawi kepada kita semua, usah
menghukum mana yang betul & mana yang salah daripada sahabat nabi sallaLlahu alaihi wasallam.

Begitu juga USAH melemparkan kutukan & cerca nista ke atas mana yang salah. Usah melakukan kelakuan bodoh ini. Kerana kita tidak tahu selok-belok punca berlaku perselisihan tersebut.
Ingat, mengutuk dan melaknat muslim itu berdosa besar & mengkafirkan seseorang jadi kafir.

Inilah pesanan ringkas & padat daripada Syeikh Muhammad Idris alMarbawi alAzhari alMalayuwi.

Dirujuk dari kitab ringkas Nizom al-Hayah

#BongkarKitaLama
#KITAJAGAKITA
#HormatiBulanBarokah
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Abdullah Hj Masod™🇲🇾

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!