My Authors
Read all threads
"Topeng Kematian Wabak Pertengahan."

Ada filem seram dan thriller, yang menjadikan topeng ini sebagai identiti antagonis. Sebenarnya, sejarah yang sangat menarik mengenai topeng tersebut sehingga ia digunakan sebagai simbolik kepada kematian dan ketakutan.

Oleh: Helmi Effendy
Sejarahnya ada kaitan dengan Eropah ketika di penghujung zaman kegelapan yang melanda mereka. Sebuah wabak penyakit yang sangat dasyat. dikenali dalam sejarah sebagai Black Death yang telah memakan nyawa sebanyak 75 juta orang yang berlaku ketika dipenghujung abad ke-14 masihi.
Wabak ini menjadikan mereka yang menderita penyakit ini, memiliki kulit yang kehitam-hitaman sehingga menjadi ilham kepada nama tragedi yang sangat menyayat hati ini.
Mereka percaya bahawa wabak ini disebarkan melalui bau busuk, yang dikenali sebagai miasma theory yang membahaskan tentang bahawa penyakit dan wabak yang berlaku ketika itu disebarkan melalui bau busuk yang datang dari mayat dan pesakit yang sedang mereput.
Mereka percaya bahawa bau busuk ini akan mencemarkan udara, sekaligus mendatangkan penyakit kepada mereka yang menghidunya.
Teori ini kemudiannya silap apabila sains moden mendapati punca utama kepada penyebaran wabak ini bukanlah bau busuk, tetapi tikus yang membawa bakteria Yersinia Pestis.
Pakaian ini mula diperkenalkan ketika abad ke-14 oleh para doktor di Rom dan Venetia, ketika wabak ini bermula, namun mula menjadi popular di Perancis ketika wabak yang seumpama dengan yang berlaku pada abad ke-17 melanda Eropah.
Terima kasih kepada Charles de Lorne, seorang doktor pada pertengahan abad ke-17 yang mencipta kostum ini. Setiap bahagian pada kostume doktor zaman pertengahan ini mempunyai fungsi yang dicipta berdasarkan miasma theory ketika itu.
Sebagai contoh, topeng yang membentuk seperti paruh burung ini diciptakan dengan fungsi untuk menapis bau-bau busuk yang ditakuti akan menjangkiti doktor yang bertugas merawat wabak penyakit.
Dalam paruh itu, ia akan dipenuhi dan diisi dengan herba-herba yang menyebarkan bau wangi. Ia dipercayai pada zaman itu apabila pemakai topeng tersebut dikelilingi oleh bau wangi...
...daripada herba ubat-ubatan yang diletakkan pada paruh itu, ia sedikit sebanyak mampu melindungi pemakai dari bau busuk dan udara yang tercemar.
Topi yang dipakai pula tanda kelayakan dan status mereka sebagai seorang doktor. Mereka juga akan memakai kaca mata yang diletakkan pada lubang mata pada topeng mereka.
Doktor ketika era itu juga dilihat membawa kayu yang digunakan untuk menyentuh pesakit mereka dari jauh dan juga menghalau kebanjiran mereka yang dijangkiti yang biasanya akan menyerbu ke arah doktor-doktor ini dan merayu agar mereka diselamatkan.
Mungkin sebab itu, doktor-doktor yang memakai kostum jubah hitam panjang, dengan topeng yang membentuk seperti paruh seekor burung, mereka dianggap juga membawa perlambangan kepada kematian dan sebagai bentuk balasan daripada TUHAN ke atas manusia.
Mungkin sebab itu, di zaman moden ini, pembunuh bersiri, manusia-manusia psiko yang membunvh tanpa ada perasaan juga digambarkan memakai topeng ini kerana pada sejarahnya, terdapat jutaan nyawa yang tidak dapat diselamatkan. Ia adalah lebih kepada simbolik kesengsaraan tragedi.
RUJUKAN:
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!