My Authors
Read all threads
PERANG AL ASFIM MA'KUL

SAKSI AL AQSA TAKKAN REBAH

KERANA JANJINYA SENTIASA ADA DALAM JIWA

Kisah Pertarungan dan kejayaan Terhebat Palestin dalam mempertahankan tanah air mereka

Ini ialah Thread 👇
Thread ni mungkin panjang. Kalau panjang sgt saya akan Buat Part by Part

Sbb tak nak tinggal sebarang detail mengenai perang ni

Sumber semua saya akan bagi nanti ok

Let's get started
Perang Al Asfim Ma'kul merupakan perang yg berlaku pada 8 Julai 2014

Al Asfim Ma'kul merupakan nama Operasi yg dilancarkan Briged Izzuddin Al Qassam ketika itu

Operasi ini dilancarkan bagi membalas serangan Israel yg melancarkan Operasi Protective Edge
Segalanya Bermula apabila penduduk Israel menculik, mendera dan membakar hidup hidup seorang kanak-kanak lelaki Palestin bernama Mohammed Abu Khedir pada 2 Julai 2014

Israel juga turut memungkiri perjanjian Shalit
Dengan menahan semula penduduk Palestin yg ditawan sebelum dibebaskan melalui perjanjian itu

PERJANJIAN SHALIT merupakan Perjanjian Antara HAMAS dan Israel untuk membebaskan 1027 Rakyat Palestin bagi digantikan dgn Seorang anggota Pasukan Khas Israel IDF Gilad Shalit
Gillad Shalit ditangkap pada 25 Jun 2006 dan dibebaskan pada 18 Oktober 2011

Disebabkab itu protes meletus dalam kalangan penduduk Palestin

Ramai yg berazam untuk bertindak balas

Keadaan jadi lebih tegang
Apabila seorang penduduk Israel melanggar dan menggilis dua org pekerja Arab dengan keretanya di Bandar Haifa

Kerugian telah dicatatkan oleh Euro Mid Observed dgn kerjasama Palestinian Press Agency bermula 8 Julai 2014 hingga perang berakhir pada 26 Ogos 2014
JUMLAH KORBAN DAN KERUGIAN BAGI PIHAK PALESTIN

1) 2174 Syuhada

Terdiri daripada 1,743 Orang Awam(81%), 530 Kanak Kanak dan 302 Wanita, 340 Mujahidin dan 64 lagi tidak dapat diklasifikasikan

2) 1 Ogos
Peristiwa paling berdarah dalam perang ini dimana 160 rakyat Palestin syahid
3) 10,870 Kecederaan

Dianggarkan 3,033 Kanak-kanak, 2,101 Wanita dan lebih kurang 3000 kanak-kanak yang cedera akan mengalami kecacatan seumur hidup mereka

4) 145 Keluarga

Lebih kurang 145 Keluarga kehilangan 3 atau lebih ahli keluarga dalam perang ini. Jumlah semua 755 org
JUMLAH KORBAN DAN KERUGIAN PIHAK ISRAEL

1) 70 Org terbunuh

64 Askar Israel, dan 6 org awam termasuk wanita dan kanak-kanak

2) 2 Kerakyatan

Daripada 64 org askar Israel yg terkorban. 2 org Tentera pegang kerakyatan US dan Israel, 2 org warganegara Belgium dan Israel
2 org Warganegara Perancis dan Israel dan 2 tak dpt kenal pasti

3) 720 org mengalami kecederaan

KERUGIAN HARTA BENDA PALESTIN

1) Kemusnahan dan kerugian bernilai 3.6 Bilion USD

2) 62 Masjid Musnah

3) 10k Penduduk Palestin hilang tempat tinggal

4) 17,132 rumah musnah
FASILITI YG DIMUSNAHKAN ROKET DAN PELURU BERPANDU ISRAEL

1) 9 pusat Sistem Kumbahan

2) 18 Fasiliti Elektrik

3) 19 Institusi Kewangan dan Perbankan

4) 372 Industri Komersial

5) 55 Buah Bot Nelayan

6) 10 Buah Hospital

7) 19 Pusat Kesihatan

8) 36 Buah Ambulan
9) 222 Sekolah, 176 daripadanya Sekolah Kerajaan

10) 76 Sekolah United Nation Relief and Work Agency for Palestine Refugee in the Near East (UNRWA)

11) 5 buah sekolah persendirian

12) 6 Universiti

13) 48 Bangunan Badan Amal

14) Sebuah Pusat Janakuasa
JUMLAH KESELURUHAN SERANGAN ISRAEL TERHADAP PALESTIN

8,210 Peluru Berpandu Dari serangan Udara Tentera Udara Israel

15,736 Peluru Berpandu Navy Israel

36,716 Pengeboman Tentera Darat Israel
Israel menggunakan alasan menyerang Gaza kerana hendak menyelamatkan 3 Rakyat nya yg diculik pada 30 Jun 2014. Tetapi Mayat mereka telah dijumpai di Hebron serta siasatan telah dilakukan

Protes Semakin membesar terhadap kematian Mohammad Abu Khdair
Bermula daripada Gaza sendiri menuju ke Kawasan Penempatan Haram Israel dan Bandar bandar Utama Israel

Tentera Israel membalas dgn serangan udara
KRONOLOGI PERANG AL ASFIM MA'KUL

1-7 JULAI 2014

Tentera Israel melancarkan serangan udara terhadap Airport Gaza di Selatan Semenanjung Gaza. Ini merupakan reply terhadap Beberapa roket yg dilancarkan ke Selatan Israel dari Gaza
Protes Besar-besaran bagi membela kematian Mohammad Abu Khdair dan Dua pekerja Arab tersebut

Pagi Isnin 7 Julai menyaksikan 6 Anggota HAMAS terbunuh dalam Serangan Udara Israel. Target serangan ialah Terowong Bawah Tanah di Al Mintar bhg Selatan Semenanjung Gaza
8 JULAI 2014

Tentera Israel melancarkan serangan di beri nama Operation Protective EDGE

Ahli Kabinet Israel memanggil 40k Tentera Israel bagi menyertai serangan

11 Org Palestin Syahid di Khan Younis

Kumpulan Jihad Islam melancarkan 60 Buah roket ke Bandar Israel
HAMAS melancarkan serangan terhadap Helikopter Tentera Israel yg berada di Ruang Udara Gaza menggunakan Pelancar Roket SA7

Serangan Roket dilancarkan Briged Al Qassam Terhadap Bandar Israel

Kesan Radius Roket Sampai 35 KM ke dalam Kawasan Israel
Komando Navy Briged Al Qassam berjaya menyusup masuk ke Pengkalan Navy Israel di Askelon. Pertempuran berlaku dan 5 org komando Al Qassam terbunuh. 1 Tentera Israel cedera

Israel terkesan dgn penyusupan itu kerana radar dan sensor gagal mengesan komando itu
Briged Al Qassam meletupkan Terowong Bawah Tanah di Kerem Shalom Timur Rafah. Video Ops itu disiarkan keesokan harinya

Briged Al Quds melancarkan Serangan Terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Tel Aviv namun roket itu dipintas oleh Iron Dome Israel
Israel Home Front Command mengarahkan semua Pusat Perlindungan Bom Awam di Jerusalem dan Gush Dan dibuka

Briged Al Qassam melancarkan roket ke Bandar Haifa Utara Tel Aviv

Rumah milik keluarga Kawar musnah dibom Israel meskipun mereka duduk atas bumbung untuk stop the bombing
7 org terbunuh termasuk kanak-kanak. 28 Cedera dan 10 yg lain cedera parah dalam pengeboman Rumah Keluarga Kawar

Briged Al Qassam mengamuk lalu melancarkan serangan besar-besaran ke seluruh Bandar Besar Israel serentak dan bertubi-tubi. Tel Aviv, Haifa, Rishon Lezion antaranya
Tentera Israel membalas dgn melancarkan 500 air strike terhadap 322 target di Seluruh Semenanjung Gaza. Antara target ialah saluran air dan kumbahan, elektrik dan telekomunikasi

55 rumah penduduk musnah dibom Israel
9 JULAI 2014

Air Strike Israel melancarkan Serangan terhadap beberapa rumah Keluarga Palestin Membunuh 22 org

Briged Al Qassam berjaya menyerang Nevatim Air Base di Israel dgn 2 Roket M 75 tanpa dpt dipintas oleh Iron Dome. Air Base itu terletak 70 Km dari Bandar Gaza
Tengah Hari 9 Julai. Kebakaran berlaku di Sha'ar Hanegev akibat serangan Roket Israel namun dipadamkan Bomba

6 Petang 9 Julai

Ketua Biro Politik HAMAS Khaled Mashal mengadakan sidang media menuntut gencatan senjata dan memberitahu apa yg berlaku kepada Media
Khaled mengatakan bahawa Palestin hanya mempertahankan diri

Dia juga berkata

DALAM MASA TERDEKAT INI, ANDA TIDAK AKAN JUMPA SEORANG PENDUDUK PALESTIN PUN YG AKAN BERCAKAP MENGENAI NEGARA INI BERDASARKAN RESOLUSI 1967, SILA TUKAR PEMIMPIN ANDA
Briged Izzuddin Al Qassam melancarkan 3 buah roket ke Bandar Dimona. Satu berjaya dipintas Iron Dome. satu daripadanya meletup di sebuah Kawasan Sekolah di Bandar Dimona

80 air strike Israel dilancarkan setengah jam kemudian 5 Nyawa terkorban termasuk kanak-kanak
10 Air strike Israel dilancarkan ke Pantai Al Qararah di Khan Younis membunuh 10 org Palestin

Tengah Malam 9 Julai 2014. Majlis Keselamatan PBB mengumumkan akan membincangkan gencatan senjata antara Israel dan Palestin
10 JULAI 2014

Air Strike dilancarkan Israel meningkatkan kematian Rakyat Palestin kepada 77 org dgn 500 kecederaan

Israel menembak kereta penduduk awam di Jalan raya Nafaq di tengah Bandar Gaza

Bangunan Kementerian-kementerian HAMAS di Gaza dibom di Ansar Barat Bandar Gaza
Briged Al Qassam melancarkan roket ke Utara Tel Aviv membunuh Seorang Rakyat Israel di Bandar Ashdod dan beberapa Tentera Israel cedera di Ashkelon dan Beersheba

Briged Al Qassam berjaya menyerang Ramon Air Base dgn roket M75 . Air Base ini 70 Km daripada Gaza
10 Buah Roket Sijil 55 dilancarkan ke Bandar Lod dan Ramla oleh Briged Al Qassam

Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion menangguhkan semua operasinya kerana berjaga jaga dgn serangan Briged Al Qassam
11 JULAI 2014

Korban Rakyat Palestin meningkat kod 95 org dan lebih 650 kecederaan

Serangan dilancarkan oleh Israel terhadap Hospital Al Wafa di Timur Bandar Gaza dan Bangunan Persatuan al-Salah di Deir Al Balah
3 org Israel cedera dan seorang Parah selepas stesen Minyak meletup diserang roket Briged Al Qassam di Bandar Ashkelon

Air Strike dilancarkan Israel membunuh 14 Org Palestin.

Jam 6 Petang. Briged Al Qassam melancarkan 150 roket ke Kawasan Israel
Serangan itu terkena Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Tel Aviv dan Kebakaran besar berlaku di Penempatan Ashkelon dan Zikim

Tengah hari itu. PM Israel Benjamin Netanyahu mengadakan sidang media di Kementerian Pertahanan di Tel Aviv
Benjamin mengatakan bahawa beliau takkan tunduk kepada gesaan Antarabangsa untuk gencatan senjata. Beliau hanya mahu mengembalikan keamanan. Beliau juga kata bahawa HAMAS patut bertanggungjawab terhadap apa yg berlaku di Gaza
Benjamin mengadakan sidang media sekali lagi pada 6.37 Malam. Namun dikejutkan apabila Tel Aviv diserang Roket Daripada Briged Al Quds. Roket itu gagal dipintas Iron Dome. Malahan Penggera tidak berbunyi sehingga letupan roket menghampiri Kawasan Sidang Media.Sidang dihentikan
12 JULAI 2014.

Air Strike Israel membunuh 2 org perempuan di Bangunan Persatuan OKU berdekatan Universiti Al Quds Gaza.

Bangunan sekitarnya turut hancur

8 Bateri Iron Dome habis akibat serangan balas berterusan Roket Briged Al Qassam
7 Org terbunuh dalam air strike Israel di kejiranan Sheikh Ridhwan di Barat Laut Gaza

Briged Izzudin Al Qassam mengeluarkan video amaran dalam Bahasa Arab dan Ibrani pada jam 8 Malam. Amaran bahawa serangan roket akan dilancarkan ke Tel Aviv dan bandar sekitarnya
Video itu Turut mengarahkan agar Penduduk Israel di kawasan terbabit berlindung dan menyuruh memanggil Pihak Media merakam serangan tersebut

Tel Aviv huru hara dgn org ramai berpusu-pusu ke Pusat Perlindungan Bom

4 Buah roket J80 dilancarkan slps itu ke Tel Aviv dan Gush Dan
18 org terbunuh selepas Solat Tarawih akibat Air Strike Israel di Rumah Milik Taysir Al Batsh
13 JULAI 2014

Briged Izzuddin Al Qassam membalas serangan Israel malam tadi dgn melancarkan Serangan ke arah Tel Aviv

Beberapa Anggota Komando Navy Israel terjatuh ke dalam laut diserang Briged Al Qassam di Pantai Al Sudaniya.

4 Org Komando Israel cedera
Sebuah Bot Israel terbakar diserang Briged Al Quds

Air Strike Israel menghancurkan beberapa rumah Keluarga Palestin di Timur dan Utara Semenanjung Gaza

Turut musnah ialah kawasan perladangan Palestin di Khan Younis
14 JULAI 2014

Sehingga 10 Malam hari tu. 14 Rakyat Palestin terkorban. Majoriti org awam

5 org Palestin terbunuh akibat air strike di Bandar Rafah dan sebuah ladang di Khan Younis

Tentera Darat Israel menghancurkan Bangunan keselamatan dan perlindungan Palestin pada senja
Briged Izzuddin Al Qassam melancarkan UAV dinamakan Ababil 1 dan satu daripadanya terbang di atas Bangunan Kementerian Pertahanan Israel tanpa dapat dikesan oleh radar Israel ketika itu

Briged mengeluarkan video selepas itu
Briged Izzuddin Al Qassam mengatakan bahawa 3 Dron dilancarkan dan dua daripadanya terputus hubungan. Satu berjaya pulang dgn selamat

Al Jazeera menayangkan Video 2 Buah dron itu ditembak jatuh slps berada 30 Km dalam kawasan Israel
Briged Al Qassam mengeluarkan kenyataan selepas itu. Bahawa Briged telah membina 3 model UAV

A1A untuk peninjau A1B adalah untuk serangan roket. A1C untuk letupan berani mati

Kerajaan Mesir telah memberi cadangan untuk gencatan senjata dua belah pihak
Gencatan senjata cuba di atur pada Malam 14 Julai 2014

Dgn Israel dan HAMAS cuba memeterai gencatan mengikut perjanjian 2012

HAMAS meminta agar Sempadan Rafah dibuka. Tetapi Mesir memberi syarat bahawa Sempadan mesti diuruskan oleh RAFAH dan bukannya HAMAS
Mesir meletakkan syarat juga bahawa Sempadan tidak dibuka sepanjang Masa

Israel bersetuju Malahan berjanji akan berhenti menyerang pada 9 pagi 15 Julai 2014

HAMAS menolak kerana tiada cadangan rasmi daripada Mana mana pihak dan HAMAS menolak secara rasmi pada petang selasa
15 JULAI 2014

Pejuang Palestin tidak tahu bahawa Israel menerima cadangan gencatan senjata itu. Israel hanya menyatakan secara tidak rasmi

Jadi Keadaan kekal tegang dgn Semua Peluru Berpandu Briged diarahkan ke kawasan Israel dan Siren Perang Israel masih kekal dibuka
ANTARA SEBAB KENAPA ISRAEL MENERIMA GENCATAN SENJATA WALAUPUN PADA AWALNYA ENGGAN MENERIMANYA

1) Roket Briged Al Qassam tidak berhenti menghentam kawasan Israel sehingga Tel Aviv dan Jerusalem (74 Km) sedangkan roket mereka hanya mampu terbang sejauh 40-50km pada 2009
2) Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion terpaksa menghentikan operasi selama beberapa hari disebabkan roket Briged. Ini kerugian besar dari segi ekonomi

3) Roket Briged memaksa Rakyat Israel hidup di bawah Tanah selama 8 Hari. All urusan pentadbiran kerajaan dan swasta stop
4) Roket Briged Al Qassam berjaya memusnahkan Jet Pejuang F16 Israel . Kali pertama dalam sejarah

5) R and D Israel Defence Force(IDF) menyatakan bahawa roket yg sampai ke Tel Aviv bukan import sebaliknya buatan tempatan. Ini merisaukan Zionis
6) Roket Briged Al Qassam berjaya menjatuhkan Helikopter Apache Israel dan menyasarkan Kapal Perang Israel

7) Iron Dome Sistem Penangkis Peluru Berpandu tercanggih Israel hanya mampu tangkis 20-25 % roket Briged daripada 1400 yg dilancarkan ke Israel
8) Israel terpaksa Menggesa gencatan senjata lebih awal untuk mengelak kerugian besar walaupun Briged baru menggunakan 15 Peratus daripada roket yg disediakan

9) Beberapa Negara menyokong Palestin secara terbuka dan ini sedikit sebanyak menakutkan Israel
Ok cukup dulu setakat ni Part 1

Karang panjang panjang kang tidur lak haha

Credit : Buku Menyingkap Rahsia Briged Izzuddin Al Qassam by Abdul Aziz Abu Bakar dan Adnan M. El Halabi
Esok Part 2 InsyaAllah

Feel free to RT read and Like my Thread below

You guys can vote Below for next thread

Akan dibuat after thread Perang ni

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Irfan_newboys

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!