My Authors
Read all threads
KRISIS KEWANGAN 1997-1998
HARIMAU ASIA TAKKAN REBAH

Sebaik baiknya dunia patut bertindak seiringan dan bukannya memaksa negara bertindak sendirian

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz

PART 2: BANGKITNYA HARIMAU YANG TERLUKA

Ini ialah Thread 👇
Parking Kosong. Masuk parking jap. Malam ni start

Sebelum saya mula kalau ada yg belum baca Part 1 boleh baca di bawah

Sorry Guys I'm late. Maaf buat korang tunggu. Ada Urusan Sebentar tadi haha.

Jadi Jom tanpa melengahkan masa let's get started
So Thread ni mungkin panjang. But I will try my best to compressed it. Supaya tak terlepas info penting

So Part ini akan cerita pasal impak krisis terhadap Malaysia dan Cara Malaysia mengatasinya dan kenapa Malaysia buat langkah tu
Sebelum ini kita melihat krisis ini bermula di Thailand. Dgn Malaysia merupakan negara serantau. Risiko untuk terkena krisis ini sangat sangat tinggi. Dan akhirnya mula menyerang Malaysia pada Hujung 1997
Serangan lebih kurang seperti apa yg berlaku di Thailand. Peniaga membuat pinjaman asing yg melebihi pinjaman dalam bentuk ringgit. Nilai ringgit jatuh kerana serangan spekulator menyebabkan ringgit harus dipinjam lebih banyak
Sektor yg paling terasa adalah Pengimport barangan. Apabila nilai mata ringgit turun. Mereka mempunyai risiko tak cukup dolar untuk bayar kepada pembekal asing. Ini menyebabkan mereka berhutang
Rakyat Malaysia yang diluar negara mula merasa Kenaikan kos kerana Ringgit jatuh. Jadi tukaran ringgit kepada mata wang yg diingini menjadi lebih banyak

Pembeli asing pula membayar rendah eksport Malaysia. Kerana mendakwa pengeluaran Malaysia berkurangan
Tetapi sebenarnya. Kerana kos untuk membuat barangan tersebut menggunakan barang import atau bahan mentah yg diimport menjadi mahal. Kos buat barangan tu mahal jadi Jual barang tu pun kena mahal untuk untung

Malaysia mula dijangka mengalami pertumbuhan negatif pada thn itu
Sebelum Krisis ini. Pertumbuhan ekonomi Malaysia sekitar 8 hingga 8.5 peratus. Selain itu nilai tukaran ringgit kepada dolar adalah 1 dolar bersamaan RM 2.50 pada ketika itu

Pengerusi IMF Michael Camdessus juga memuji pengurusan kewangan kita yang baik dan kukuh
Tun Mahathir meminta kepada Michael Camdessus agar perdagangan mata wang dihentikan kerana ia akan merosakan ekonomi negara membangun.

Tun yakin bahawa penyusutan mata wang bukan kerana ekonomi kita lemah atau pelabur hilang keyakinan terhadap Malaysia
Tun juga yakin bahawa ringgit susut kerana dagangan mata wang itu sendiri

Tun mengkritik perdagangan mata wang pada September 1997 di Mesyuarat Ketua Negara Komanwel di Edinburgh,Scotland

Tun juga cuba berunding dgn PM Britain Tony Blair dan meminta membawa perkara ini ke IMF
Selain itu Spekulator mengmbil kesempatan daripada keluarnya US daripada piawaian emas melalui Perjanjian Bretton Woods. Nilai itu kekal dgn 35 dolar bagi satu auns emas

Selepas US keluar. Mata wang terapung dan bergantung kepada hubungan antara satu sama lain
Ini yg menyebabkan Tun mengkritik hebat perdagangan mata wang ini. Dgn ini spekulator berpeluang menjatuhkan mana mana negara demi mengaut keuntungan.

Tun terus mengkritik hebat di Mesyuarat Bank Dunia dan IMF di Hong Kong pada 1997
Namun kritikan itu menyebabkan nilai ringgit makin turun sehingga RM 5 berbanding 1 Dolar pada suatu ketika

Penurunan ringgit menyaksikan syarikat banyak yang muflis. Menggunakan VSS kepada pekerjanya. Hutang semakin menimbun. Rakyat mula ada yg dibuang kerja
Tun Mahathir menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara MTEN. Berperanan sepertu Majlis Gerakan Negara cuma untuk ekonomi

Keahlian nya terdiri daripada Ketua Menteri, Menteri Besar, Pemimpin Kesatuan Sekerja, Ketua Badan Pemikir dan Pemimpin perniagaan
Ahli yang ramai menyebabkan mesyuarat sukar diadakan selalu

Jadi Tun memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi membincangkan cara pelaksanaan dan strategi menghadapi krisis ini

Jawatankuasa itu disertai oleh sebilangan menteri dan disokong oleh Kabinet
Senarau anggota Jawatankuasa Khas MTEN

1. Datuk Seri Anwar Ibrahim- Menteri Kewangan
2. Datuk Seri Mustapa Mohamed - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
3. Tun Daim Zainuddin- Bekas Menteri Kewangan
4. Tan Sri Samsudin Osman- Ketua Setiausaha Negara
5. Tan Sri Samsudin Hitam- Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan
6. Datuk Wong When Phak- Timbalan Gabenor Bank Negara
7. Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman- Ketua Unit Perancangan Ekonomi
8. Oh Sew Nam- Eksekutif Swasta
9. Tan Sri Dr Noordin Sopiee- Ketua Pengarah ISIS
Mesyuarat diadakan 3 jam sehari di pejabat Perdana Menteri. Pakar pakar juga dipanggil bersidang demi membantu kerajaan menangani krisis ini

Rakyat Malaysia tidak menghadapi krisis sosial ketika itu dan ini memudahkan kerajaan
Taklimat demi taklimat dijalankan namun gagal menemui tindakan yang efektif.

Krisis makin meluas dan mula mengancam ekonomi Malaysia dgn pantas. Saham mula jatuh Daripada 1200 mata kepada bawah 300 mata di Bursa Malaysia
Ini mula mencetuskan panik di kalangan pemegang saham.

Namun Malaysia masih mempunyai ayam tambatan terakhir. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Ketua Pengarah Operasi Perniagaan Mata Wang Bank Negara
Beliau dipanggil dan disebabkan kesuntukan masa. Beliau berjumpa Tun di Buenos Aires Argentina. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menerangkan tentang situasi krisis ini serta perniagaan mata wang selama 2 jam.

Tun meminta agar penerangan itu direkod dan bawa ke mesyuarat hari esoknya
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pernah membantu Malaysia mengelak kerugian besar semasa Malaysia menyertai perdagangan mata wang dahulu. Malaysia menyertai untuk melindungi rizab antarabangsa Malaysia daripada naik turun nilai mata wang
Cadangan pertama Tan Sri Mohamed Yakcop adalah dgn menubuhkan dana besar bagi membeli ringgit. Namun kekuatan peniaga mata wang menyebabkan spekulator boleh menjatuhkan nilai atau menaikkan nilai sehingga 20 kali ganda. Ini membahayakan rizab antarabangsa Malaysia
Berbagai pertanyaan diajukan oleh Tun kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengenai perniagaan mata wang. Mesyuarat demi mesyuarat diadakan

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kemudian Dilantik sebagai penasihat Kewangan Tun dan anggota Jawatankuasa Khas MTEN
Mesyuarat demi mesyuarat diadakan. Tun mengajukan pelbagai persoalan pada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop . Semua dijawab dgn baik

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dilantik sebagai Penasihat Kewangan Tun dan Anggota Jawatankuasa Khas MTEN
Pada mulanya Tun menjangka bahawa Duit ini dibawa keluar secara manual dan besar besaran oleh para spekulator. Sehingga meminta Kastam memeriksa di setiap pintu masuk

Namun yg berlaku adalah transaksi wang dalam maya yang pantas dan sekelip mata
Daripada Mesyuarat berkenaan.

Malaysia memperkenalkan beberapa langkah langkah khas

1. Kadar Faedah diturunkan dengan ketara. Supaya peniaga boleh meminjam dan menambah pelaburan serta memulihkan peniagaan mereka
2. Malaysia menolaj bantuan IMF . Tindakan ini dianggap radikal dan dikutuk oleh Media Antarabangsa. Malahan ada yg meramalkan Malaysia akan bankrap dan akan kembali memohon IMF

3. Kadar tukaran mata wang diapungkan dan ditetapkan pada RM 3.80 berbanding 1 Dolar US
Penetapan kadar membolehkan peniaga dan rakyat merancang kewangan mereka dgn baik.

Polisi makro ekonomi dapat dikuatkuasakan dan serangan spekulator dapat dihentikan.

Krisis perkhidmatan hutang juga dapat diberhentikan
Penetapan kadar ini adalah berasaskan kepada purata turun naik mata wang Malaysia ketika itu. Mengelak terlalu murah untuk peniaga rugi dan terlalu mahal untuk barang Malaysia gagal bersaing di pasaran

4. Menutup perdagangan mata wang Malaysia di luar negara
5. Menghentikan perdagangan saham Malaysia di CLOB

Langkah ini dibuat kerana penjualan dan pembelian saham ini dibuat menerusi syarikat pemegang amanah. Dan tidak perlu memberitahu Bursa Malaysia selagi jualan dan pembelian dalam kalangan syarikat pemegang amanah
Ini menyebabkan jualan terus menerus tanpa kawalan. Penutupan membolehkan Malaysia mengawal nilai ringgit nya

6. Melakukan penstrukturan semula syarikat korporat untuk pemulihan mikro ekonomi
7. Menubuhkan syarikat Danamodal dan Jawatankuasa Penyusunan Hutang Korporat

8. Mengekalkan Polisi seperti subsidi, Kawalan harga, pemilikan aset asing

9. Memanjangkan tempoh bayaran bagi Peniaga yg meminjam di Bank

10. Pendapatan barangan Malaysia dibawa ke Malaysia
Langkah langkah ini mula dirangka dan dijalankan. Namun ia tidak semudah yg disangka. Dan bagaimana menghadapi itu. Part 3 akan bersambung esok Sekian
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Irfan_newboys

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!