My Authors
Read all threads
BRIGED IZZUDDIN AL QASSAM
PALESTINE FINEST WARRIOR

"Kami Memerangi Mereka bukan kerana mereka Yahudi, tetapi kerana mereka merampas dan merompak tanah kami!"

As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin

Ini ialah Biodata dan profil mengenai Tentera Terhebat Palestin

Ini ialah Thread 👇
Thread ini akan menceritakan segala Data dan profile mengenai Briged ini. Asal usulnya, kawasan dan persenjataan yg menggoyahkan Pertualang Zionis

Thread ini mungkin agak panjang

Saya akan lampirkan gambar bersama untuk lebih kefahaman.

So let's get started
Briged ini mula menempa nama di persada dunia selepas Operasi Protective EDGE atau lebih dikenali dgn nama Perang Al Asfim Ma'kul

Ini merupakan kisah Perang Al Asfim Ma'kul kpd yg ingin baca

Nama Briged ini diambil daripada As Syahid Sheikh Izzuddin Al Qassam
Sheikh Izzuddin Al Qassam merupakan tokoh pendakwah Islam yg berasal dari Syria. Beliau Syahid semasa pertempuran menentang Tentera British di Ya'abad berdekatan Bandar Jenin pada tahun 1935. Beliau antara pejuang terhebat dalam menegakkan Kalimah Allah di Bumi Palestin
Briged ini ditubuhkan pada tahun 1984 sebelum Penubuhan HAMAS lagi. Mereka ketika itu diberi nama berbeza seperti Al-Mujahidin-al Falistinin pada 1987. Sebelum nama ditukar secara Rasmi kepada Briged Izzuddin Al Qassam pada 1991
LAMBANG RASMI BRIGED IZZUDDIN AL QASSAM
MAKSUD SETIAP PERINCIAN DALAM LAMBANG TERSEBUT

DI BAHAGIAN ATAS

Ayat berwarna Hijau di atas lencana itu adalah sepotong ayat Al Quran yg membawa maksud

"Bukan kamu yang membunuh kamu, tetapi Allahlah yang membunuh mereka"

Surah Al Anfal Ayat 17
DI BELAKANGNYA

Rentangan Kain atau Panji berwarna hijau yg tertera kalimah syahadah, yang juga kalimah pengisytiharan keimanan seorang Muslim

DI BAHAGIAN TENGAH

Terdapat bulatan di tengahnya seorang pejuang bertopeng 'keffiyeh'
Terdapat lakaran kubah Masjid Al Aqsa berwarna kuning di belakang pejuang tersebut

Senaskah Al-Quran di sebelah kanan yg dipegang pejuang

Memegang selaras M16 di tangan kanannya

DI BAWAH

Ayat berwarna Merah tertera nama Briged ini iaitu Briged Izzuddin Al Qassam
OBJEKTIF UTAMA PENUBUHAN BRIGED

1) Fokus Briged kepada usaha membebaskan penduduk Palestin daripada dijajah dan memperjuangkan hak penduduk Palestin untuk mendapatkan kembali tanah air mereka yang telah dirampas oleh penjajah Israel
2) Briged berperanan membangkitkan serta meniupkan semangat juang ke dalam setiap penduduk Palestin. Saudara-saudara se-arab mereka dan saudara seislam mereka di seluruh dunia tak kira batas sempadan negara ataupun warna kulit
3) Briged ini akan berusaha mengerah segala kekuatan dan kepakaran mereka untuk berjihad di Jalan Allah untuk membebaskan Palestin dan mengembalikan Baitul Maqdis kepada Umat Islam biarpun mereka DIBIARKAN BERJUANG BERSENDIRIAN
SYARAT SYARAT DAN KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA BRIGED IZZUDDIN AL QASSAM

Syarat syarat ini yang menjadi nadi utama dalam mengekalkan kualiti anggota Briged. Bukan sahaja Dari segi skil pertempuran tetapi jiwa dilengkapi Kekuatan Rohani yang hebat
1) WAJIB melaksanakan setiap solat fardhu berjemaah di masjid terutamanya waktu subuh kecuali jika terdapat keuzuran

2) WAJIB menghadiri pengajian, Halaqah ilmu dan majlis-majlis zikir
3) WAJIB menjauhi diri daripada dosa dan tidak meniru budaya BARAT seperti dalam adab berpakaian dan potongan rambut

4) WAJIB melebihkan masa dlm beribadat, membaca Al-Quran, mengamalkan sunnah, menghormati ibu bapa dan mempunyai akhlak yang baik
5) WAJIB menganggotai kumpulan IKHWANUL MUSLIMIN , iaitu organisasi Islam sederhana yg terbesar di dunia ini

6) Mesti bebas daripada masalah moral dan keselamatan, tidak melakukan perbuatan terlarang atau disyaki terlibat dalam organisasi musuh
7) TERHAD kepada rakyat Palestin terutamanya penduduk di Semenanjung Gaza buat masa ini. Hal ini kerana jumlah mencapai ratusan ribu yg berminat berjuang bersama mereka

8) Mestilah BIJAK, mempunyai kewaspdaan dan kerahsiaan diri yg tinggi serta berkeyakinan tinggi
9) WAJIB menghafal Sekurang kurangnya 10 Juzuk Al-Quran terutamanya Surah Al Anfal dan Surah At Taubah(COMPULSARY)

Jadi pembaca boleh check syarat adakah layak. Tolak tepi yg no 7. Admin sangkut. Perempuan jgn letak syarat camni kat bakal laki..kang tak kahwin kang haha gurau😂
KAWASAN OPERASI

Sekitar Sempadan PALESTIN terutama Semenanjung Gaza-Israel

Bermula daripada Bandar Rosh Hanikra di Utara ke Bandar Umm Rashrash di Selatan

Dari Sungai Jordan di timur laut ke Bhg Barat.

Jerusalem sebagai ibu kota negaranya
PENGASAS BRIGED IZZUDDIN AL QASSAM

1) Sheikh Salah Shehada- Terbunuh pada 22 Julai 2002 akibat air strike Israel

2) Mahmoud Al Zahar

3) Yahya Ayyash

4) Imad Aqel

Kesemuanya merupakan tokoh berpengaruh dalam Kumpulan pejuang sebelum itu atau daripada Parti HAMAS
Briged ini termasuk dalam Carta Organisasi Parti HAMAS. gabungan itu berkaitan pentadbiran. Tetapi sebagai sayap Ketenteraan. Medan kerja berasingan. Briged fokus kepada Hal Pertahanan, Keselamatan dalam Negeri serta Responder ketika bencana alam
Briged Bermula dgn senjata batu pisau senapang dan pistol. Sebelum improvise a lot tanpa bantuan negara luar

Antaranya bahan letupan mereka ialah Shiwwad dlm Bahasa Arab

Pelbagai jenis roket pelbagai jenis dan jarak capaian

Mereka jga mempunyai senjata setanding Tentera moden
ANTARA KEJAYAAN BRIGED IZZUDDIN AL QASSAM

1) Pasukan Pejuang pertama menyerang Tel Aviv dgn menggunakan Roket M-75 yg dihasilkan sendiri

Roket M-75 dicipta bersempena nama Ibraheem Makadmeh. Jarak capaian 75km
2) Pasukan pejuang pertama yg menyerang kawasan paling jauh dalam Israel daripada sempadan Gaza. Iaitu Haifa dan Hedera menggunakan Roket R-160

Roket R-160 dicipta bersempena nama Doktor Pakar Gaza Abdul Aziz Rantisi

Beliau syahid dalam air strike Israel pada 17 April 2004
3) Pasukan Pejuang pertama menyerang reaktor Dimona Israel menggunakan Roket R-160 buatan sendiri

4) Pasukan Pejuang pertama menghasilkan UAV Ababil tanpa bantuan teknologi canggih pada 2014

5) Pasukan pejuang pertama menghasilkan sniper buatan sendiri dinama Ghoul pada 2014
6) Menghasilkan roket buatan sendiri diberi nama Roket Qassam

Qassam-1 Jarak Capaian 3-4.5 Km, Berat 0.5 kg, panjang 80 cm

Qassam-2 Jarak Capaian 8-9.5 Km, Berat 5-9 kg, panjang 180 cm

Qassam-3 Jarak Capaian 10-12 Km, Berat 10-20 Kg, panjang 200 cm
Qassam-4 Jarak Capaian 15-17 Km, berat 10 kg, Panjang 244 Cm

7) Mencipta mesingan Hamas Uzi buatan sendiri

8) Mencipta Bom Tangan buatan sendiri sejak 1992

9) Mencipta peluru mortar buatan sendiri pada tahun 2000
10) Menculik Askar Zionis dan memenjarakan mereka. Antaranya Aaron Shaul, Gilad Shalit, Yaron Chen

12) Mencipta Bom letupan menggunakan alat kawalan jauh melalui telefon bimbit. Perekanya ialah Adel Awadallah dan Mohiuddin Al Sharif
13) Ambush pertama terhadap Tentera Israel iaitu Operasi Mus'ab Bin Aumair di daerah kejiranan Al Zaitoon Gaza pada 13 Disember 1993. 3 anggota Tentera Israel terbunuh

14) Meletupkan Kereta Kebal utama Israel Merkava Mark 2 dalam Perang Al Asfim Ma'kul 2014
15) Seorang anggota Briged. Al Syahid Saleh Suwi membunuh 23 org anggota Tentera Israel dgn meletupkan dirinya pada 19 Oktober 1994.

16) Satu-satunya tentera yg menyerang Seluruh Israel menggunakan Roket

17) Penciptaan Terowong bawah tanah tanpa bantuan teknologi canggih
18) Menggodam Agensi Keselamatan Israel Shin Bet oleh Mujahid Maher Abu Srur pada 1992 dan Abu Hmaid pada 1994
19) Kejayaan memaksa Israel ke meja rundingan sehingga termeterai Perjanjian Shalit

20) 22 Orang Israel terbunuh di tengah Israel pada 19 Oktober 1994. Serangan itu adalah serangan pertama terhadap Tel Aviv sejak penubuhan Israel
STRUKTUR KEPIMPINAN DAN ORGANISASI BRIGED IZZUDDIN AL QASSAM

Komander Tertinggi Briged ialah Mohammed Al Daif. Beliau menggantikan Al-Syahid Ahmed Jabari yg syahid pada 2013.

Namun beliau diganti sementara oleh Marwan Issa. Ini akibat cubaan bunuh terhadap Al Daif
Briged terdiri daripada 12 Rejimen dan setiap rejimen mempunyai 5 Batalion yg terdiri daripada 5k pejuang. Anggaran ialah 60k pejuang dan berjuang di sepanjang Semenanjung Gaza

Briged mengurangkan aktiviti di Tebing Barat akibat Tentangan daripada FATAH. Ramai yg ditangkap
Dibahagikan mengikut kawasan dan setiap kawasan dikendalikan oleh seorang ketua Komander ke atasnya

Briged dibahagikan kepada 11 Unit

1) Unit Infantri (Darat)

2) Unit Gerakan Khas (Pasukan Khas Al Qassam)

3) Unit Kejuruteraan

4) Unit Pertahanan Darat

5) Unit Penerangan
6) Unit Bekalan Logistik

7) Unit Pertahanan Udara

8) Unit Komunikasi dan Isyarat

9) Unit Artileri

10) Unit Angkatan Udara

11) Unit Komando Angkatan Laut
INFO

Komander Briged Al Qassam sebelum Mohammed Al Daif. Ahmad Said Khalil Al Jabari atau Ahmad Jabari

Beliau dilahirkan pada 1960 dan syahid pada 14 November 2012

Beliau syahid bersama anaknya dalam serangan udara oleh Pasukan Pertahanan Israel IDF dan Shin Bet
Al Syahid Ahmad Jabari

AL FATIHAH untuk beliau
Unit Infantri Adalah unit terbesar dalam Briged. Unit ini merangkumi 85 Peratus daripada Anggota Briged. Fungsi utama ini adalah menentang Ancaman Musuh melalui jalan darat

Unit ini merupakan barisan hadapan ketika perang dan membantu ketika bencana alam seperti Banjir pd 2013
ANTARA PERSENJATAAN UNIT INFANTRI

Mesingan PKC
RPG 7
SNIPER Dragunov
Raifal Colt M16
AK 47
UNIT GERAKAN KHAS(PASUKAN KHAS AL QASSAM)

Mereka dikenali sebagai pahlawan terhebat Briged ini. Ahli anggota ini terdiri daripada anggota senior yg amat terlatih. Mereka juga dikenali sebagai ahli ibadat dan mempunyai latar belakang agama yg tinggi
Pasukan ini terlibat dalam penyusupan ke belakang barisan pertahanan Israel untuk menghuru-harakan Formasi Tentera Israel. Selain menculik Tentera Israel. Pasukan ini juga merupakan unit awal dalam serangan balas Briged
ANTARA PERSENJATAAN UNIT GERAKAN KHAS

Raifal Cobalt M16
FN-2000
Sniper Steyer
RPG 18
RPG 7
UNIT KEJURUTERAAN

Unit ini merupakan tunjang utama Briged ini..unit ini terlibat dalam peningkatan teknologi kententeraan Briged.. Termasuk penciptaan Roket.

Unit ini juga membina Rangkaian Terowong di seluruh Semenanjung Gaza. Malahan juga termasuk dalam kawasan Israel
Unit ini juga menyalurkan Bekalan asas kepada Penduduk Palestin seperti makanan, air. Terowong ini juga dimaintain by This unit

Unit ini juga terlibat dalam penciptaan Grenade kepada Unit Briged. Sebanyak 500 ribu bom tangan telah dihasilkan. Selain sniper Ghoul dan HAMAS Uzi
Terowong ini memainkan peranan penting dalam Perang Al Asfim Ma'kul. Membantu Briged melancarkan serangan ampuh dan penuh kejutan terhadap Formasi Tentera Darat Israel
UNIT PERTAHANAN DARAT

Unit ini bertanggungjawab menghalang sebarang ancaman kenderaan berperisai dan kereta kebal musuh.

Unit ini dilengkapi Pelancar Roket Al Battar. Yang mampu menembak sasaran sejauh 1km

Selain itu mereka mempunyai Peluru Berpandu Fagot dan Kornet
Peluru Berpandu Malyutka yg jarak capaian 3 ke 4km. Peluru Berpandu Konkurs anti kereta kebal dgn jarak capaian 4km. Unit ini juga memusnahkan Kereta Kebal Merkava Mark 2 Milik Israel.

Unit ini juga dilengkapi Shiwwad Bom Letupan kawalan jauh dgn 40kg Bahan Letupan
Setiap ahli Unit ini juga dibekalkan Senapang Jenis Kalashinov dan akan bergerak mengikut posisi dan operasi
UNIT PERTAHANAN UDARA

Unit ini yang melancarkan Tembakan Roket yg menggerunkan Israel

Selain Roket Buatan Briged mereka dilengkapi senjata buatan luar.

Unit ini juga akan menghalang pencerobohan Pasukan Udara Israel. Unit ini ditubuhkan pada 2008
ANTARA PERSENJATAAN UNIT PERTAHANAN UDARA BRIGED

Mesingan Degtyarev Shpagin DSHK. Jarak Capaian 3.5 Km
Mesingan ZPU
Pelancar Misil Strela SA-7
Javelin FGM 148
Mesingan PKC
UNIT KOMANDO ANGKATAN LAUT

Pasukan ini terlibat dalam Penyusupan belakang barisan musuh melalui Jalan Air.

Pasukan ini berjaya menyusup masuk ke Pengkalan Laut Zikim di Pantai Ashkelon tanpa dapat dikesan Pada Perang Al Asfim Ma'kul 2014.
ANTARA PERSENJATAAN UNIT KOMANDO ANGKATAN LAUT

M4A1
Raifel Cobalt M16
AK 47
Mereka juga dilengkapi kelengkapan penyelam setaraf Pasukan Khas Laut Dunia
UNIT ANGKATAN UDARA

Unit ini mengawal selia UAV Ababil 1.

Dibahagikan kepada 3 jenis. A1A untuk misi tinjauan, A1B untuk misi serangan. Dan A1C untuk Letupan berani mati

A1A mencatat kejayaan apabila terbang di atas bangunan Kementerian Pertahanan Israel tanpa dpt dikesan
UNIT PENERANGAN

Unit ini merupakan unit yg menguruskan Perang Saraf Pasukan Briged. Kejayaan propaganda Israel pada 2009 menyaksikan Briged perlu turun ke medan perang saraf ini

Merekalah yg merakam dan menyebarkan video Operasi. Menghantar video amaran kepada penduduk Israel
Unit ini juga akan mengeluarkan Kenyataan Rasmi bagi pihak Briged.

Selain menjadi senjata utama Briged dalam perang psikologi semasa Perang Al Asfim Ma'kul 2014.

Unit ini berperanan menaikkan semangat Penduduk Gaza dan meruntuhkan moral dan menentang Propaganda Israel
Unit ini juga memaparkan kepada dunia kekejaman Israel yg tidak pernah terlihat sebelum ini. Selain boost semangat org Islam di negara lain untuk sama sama berjuang bersama mereka dalam mempertahankan Palestin
UNIT ARTILERI

Unit Maut bagi Israel. Unit ini memastikan bahawa Roket Briged sampai ke setiap inci Bumi Israel terutama Tel Aviv. Unit ini berbeza daripada Unit Pertahanan Udara. Unit ini melancarkan serangan roket berbahaya.

Unit ini mempunyai lebih 20k roket dan peluru
Unit ini memainkan peranan penting menunjukkan kuasa serangan Briged semasa Perang Al Asfim Ma'kul 2014
UNIT BEKALAN DAN LOGISTIK

Unit ini menguruskan bekalan persenjataan dan keperluan asas para pejuang serta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. Unit ini bekerjasama dgn unit kejuruteraan bagi memastikan bekalan sampai dgn pantas dan tepat. Unit ini juga uruskan simpanan bekalan
UNIT KOMUNIKASI DAN ISYARAT

Unit ini mengawal dan mengkoordinasi setiap Operasi Briged. Selain membantu pemimpin tertinggi merancang Ops. Unit ini juga menggodam radio Tentera Israel dan menyerang laman web Israel. Unit ini bekerjasama dengan Unit Penerangan untuk perang saraf
Itu sahaja Thread untuk kali ini. Pejuang ini Akan sentiasa berjuang walaupun bersendirian

Menanti penyatuan negara Islam dan peningkatan kekuatan Negara Islam untuk sama sama membebaskan tanah umat ini

InsyaAllah Palestine will be free one day. That's is His Promise.
Untuk sesiapa yg belum baca Perang Al Asfim Ma'kul 2014. Link di bawah
Credit Buku Menyingkap Rahsia Briged Izzuddin Al Qassam by Abdul Aziz Abu Bakar dan Adnan M El Halabi

Feel free to RT read and Like my Thread below



Sekian
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Irfan_newboys

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!