My Authors
Read all threads
MILITIA MELAYU DI MESIR

Tahukah kau bahawa Malaysia satu-satunya negara di dunia yang dikurniakan tanah oleh kerajaan Mesir bagi membina asrama pelajarnya yang menuntut di Kaherah, kerana menghargai penglibatan anak Melayu semasa rampasan Terusan Suez, 1956.

Bebenang. 1/18
Butirannya aku rujuk ayah aku sendiri ni (kiri). Dia belajar di Universiti Al-Azhar antara 1969-1972. Kisah lagenda 'Militia Melayu' membantu tentera Mesir merampas Terusan Suez ni kiranya kisah lagenda diperturunkan antara batch budak Malaysia di Universiti Al-Azhar 2/18
Ni lah Rumah Melayu atau dalam bahasa Arab 'Bait al-Talabah Malayuwiah' yang menempatkan pelajar-pelajar dari Malaysia yang belajar di Universiti Al-Azhar. Khutbah 'Yaum al-Milad' atau Krismas di Kaherah boleh didengari dengan jelas dari sebuah gereja di Tahrir, Kaherah. 3/18
Lepas WW2, Terusan Suez dikuasai oleh Perancis, Britain dan Israel.

Dengan penggulingan Raja Farouk, Presiden Gamal Abdul Naseer telah menjadi Presiden pertama Mesir, mencetuskan gerakan nasionalisasi kebangsaan, bersandarkan semangat nasionalisme Arab yang dibawa beliau. 4/18
Objektif beliau antaranya ialah untuk manjadikan Terusan Suez milik mutlak Mesir.

Perancangan teliti dibuat dan akhirnya pada 26 Julai 1956, Terusan Suez telah dirampas semula untuk dijadikan hak milik Mesir dari tangan Perancis, Britain dan Israel. 5/18
Rampasan bersenjata megambilalih Terusan Suez dari negara-negara itu disifatkan Gamal Naseer untuk mengajar kuasa neo-kolonialisme yang masih cuba mencengkam Mesir merdeka pasca WW2. Ia disokong gerakan nasionalisme dan Islam sedunia termasuklah dari Malaya. 6/18
Harapan dalam Krisis Suez / Perang Tiga Kuasa ini diletakkan atas bahu Jen. Mohammed Naguib, seorang pemimpin tentera Mesir yang prolifik & berkarisma. Ia tempoh panjang konflik Perang Arab-Israel, yang jadikan rantau Arab kacau bilau dek usaha Israel meluaskan tanah mereka. 7/18
Seperti yang telah dinyatakan, gerakan nasionalisasi Mesir ini mencetuskan revolusi kebangkitan semula Tanah Arab, yang turut menarik perhatian dan sokongan banyak negara Islam, termasuklah Malaya. Sebelum merdeka pun kita dah hantar pelajar Malaya belajar di sana. 8/18
Persekutuan Melayu Mesir yang diketuai Wan Abdul Kadir bin Ismail bersama rakan-rakan pelajar Melayu di Al-Azhar dari Malaya seramai 46 orang telah menyumbang masa dan tenaga bertugas sebagai tentera sukarelawan Mesir ketika konflik 1956 itu berlaku. 9/18
Anak-anak Melayu ini turut sama telah mengangkat senjata untuk berkorban nyawa demi menjayakan usaha Gamal Naseer melawan kuasa neo-kolonialisme mendapatkan semula Terusan Suez untuk kembali kepada Mesir. 10/18
Sumbangan 47 orang 'Militia Melayu' ini mendapat perhatian Presiden Gamal Nasser itu yang merasa terharu dan terhutang budi kepada mereka dalam usaha Mesir merampas Terusan Suez dari tangan penjajah. Ini gambar ayah (duduk dua dari kanan) masa dalam JK PMRAM 1970-71. 11/18
Inisiatif peribadi yang digerakkan oleh Wan Kadir sendiri tanpa pengetahuan kerajaan Malaya ini (kalau tak memang kena panggil baliklah pasal sebelum tu Malaya di bawah British) sampai juga ke pengetahuan Tunku Abdul Rahman (TAR), Ketua Menteri Malaysia ketika itu. 12/18
Sumbangan 47 anak Melayu tu jadi asas TAR untuk yakinkan kerajaan Mesir Gamal Naseer menganugerahkan sebidang tanah Mesir di Kaherah kepada kerajaan Malaya pada 1956 untuk bina 'Rumah Melayu' khusus untuk semua pelajar Malaya yang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. 13/18
Rumah Melayu yang siap dibina telah dirasmikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman selepas Malaya merdeka 1957. Ia hadiah tanda persahabatan dan terima kasih, ucapan tahniah kerajaan Mesir ketika itu kepada kemerdekaan Malaya. Ini ayah aku (kanan) depan Rumah Melayu, 1971.14/18
Untuk rekod, ketika itu (mungkin sehingga sekarang), tidak ada negara lain yang mendapat keistimewaan seumpamanya. Kuwait misalnya pernah menawarkan sejumlah wang yang besar untuk memiliki sebidang tanah atas alasan sama dengan Malaysia, tetapi ditolak kerajaan Mesir. 15/18
Malah dek reputasi anak Melayu itu, Akademi Tentera Mesir, yang terkenal dan disegani di benua Afrika dan dunia masa tu mengalu-alukan kemasukan penuntut dari Malaya. Bukan sedikit pegawai-pegawai tentera Malaysia ketika zamannya merupakan lepasan akademi tersebut. 16/18
Wan Kadir kemudian pulang ke Malaya usai belajar dalam bidang Syariah di Al-Azhar. Beliau kemudian menyertai UMNO dipilih menjadi ahli parlimen Kuala Terengganu selepas PRU 1969, dan kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Perhubungan Malaysia sekitar 70-an. 17/18
Usaha Datuk Haji Wan Abdul Kadir Bin Ismail ini, sumbangan beliau kepada mahasiswa Malaysia di Mesir, juga perjuangannya memartabatkan guru agama dan dalam politik tanah air ini diabadikan dengan nama satu jalan iaitu Jalan Wan Abdul Kadir di Kuala Lumpur hari ini. 18/18
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Ashraf

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!