My Authors
Read all threads
Pengenalan Kepada 5 Zon Lautan.

Kira-kira 70% daripada permukaan bumi ini terdiri daripada lautan. Secara kasar, laut mengandungi 1.35 billion kubik kilometer air, atau 97% daripada jumlah kesuluruhan air di bumi, manakala selebihnya air tawar, yakni 3% sahaja.
Lautan adalah sebab mengapa hidupan itu boleh meneruskan hidupnya di bumi.

Selain itu, lautan juga sebab mengapa bumi ini dilihat berwarna biru, sekiranya diperhatikan dari angkasa.
Dari kawasan persisiran pantai sehingga ke kawasan dasar laut itu sendiri, lautan dipenuhi dan didiami oleh pelbagai spesies hidupan.
Hidupan marin yang saiznya bermula dari sekecil-kecil alga dan bakteria, misalnya bakteria yang dikenali sebagai Pelagibacter ubique sehinggalah ke haiwan bersaiz paling besar yang pernah wujud di muka bumi, iaitu paus biru atau nama saintifiknya Balaenoptera musculus.
Sebelum ini kita sangka bumi adalah satu-satunya planet dalam sistem solar kita yang mengandungi air.

Walau bagaimanapun, saintis kini sedang giat mencari bukti kewujudan 'cecair kehidupan' atau (H2O) ini di planet-planet yang lain.
Buat masa ini, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa terdapat kewujudan air di Europa (bulan Planet Musytari) dan Enceladus (bulan Planet Zuhal).

kiri - Europa
kanan - Enceladus
Kawasan Lautan?

Walaupun lautan yang meliputi permukaan bumi ini merupakan satu badan air yang bersambung antara satu sama lain, ahli oseanografi membahagikannya kepada empat lautan utama seperti berikut:
- Lautan Pasifik
- Lautan Atlantik
- Lautan Hindi
- Lautan Artik
Ketiga-tiga lautan utama iaitu lautan Pasifik, Atlantik dan Hindi bersambung kepada perairan berais benua Antartika.

Sesetengah negara / ahli oseanografi mendefinisikan perairan berais ini sebagai kawasan lautan ke-5, dikenali sebagai Lautan Antartika atau Lautan Selatan.
Lautan Pasifik merupakan lautan terbesar bumi. Seluas 155 juta kilometer persegi, Meliputi hampir 1/3 daripada seluruh permukaan bumi.

Kedua terbesar adalah Lautan Atlantik, iaitu seluas 106 juta kilometer persegi. Dan yang ketiga adalah Lautan Hindi, 70 juta kilometer persegi.
Zon Lautan

Baiklah, kita telahpun mengenali kawasan-kawasan lautan di bumi. Sekarang mari kita mengenali zon atau lapisan lautan yang dibahagikan berdasarkan faktor jaraknya dari permukaan. Dalam erti kata lain, kedalaman laut tersebut.
Berikut adalah senarai 5 zon lautan:

1. Zon Epipelagik
2. Zon Mesopelagik
3. Zon Bathypelagik
4. Zon Abyssopelagik
5. Zon Hadalpelagik
1. Zon Epipelagik.

Zon Epipelagik merupakan zon atau lapisan yang terletak di bahagian paling atas sesuatu lautan tersebut. Bermula dari permukaan laut, zon ini menjangkau sehingga ke kedalaman 200 meter (660 kaki).
Zon Epipelagik turut dikenali sebagai zon fotik dan eufotik (foton = partikel cahaya) kerana cahaya matahari itu dapat menembusinya dengan baik. Seterusnya membenarkan proses fotosintesis untuk berlaku.
Bagi yang tidak tahu apa itu fotosintesis, secara mudahnya ia adalah sebuah proses yang mana sesuatu organisma yang mempunyai plastid kloroplas berklorofil itu untuk menukarkan (cahaya dari matahari + air + gas karbon dioksida) itu, kepada tenaganya (gula) dan gas oksigen.
Di lautan, fotosintesis mengambil tempat di dalam tumbuhan dan alga. Tumbuhan seperti rumput laut adalah sama seperti tumbuhan daratan, yang mana ia memiliki akar, tangkai dan juga daun.
Alga pula adalah organisma marin dan juga berkebolehan untuk melaksanakan proses fotosintesis. Kenal rumpai laut? Rumpai laut juga sejenis alga.
Seterusnya, organisma mikroskopik dikenali sebagai fitoplankton (plankton tumbuhan), turut berada dan hidup dengan jumlah yang sangat banyak di lautan.
Terdapat beberapa jenis fitoplankton. Ada bakteria, ada protista, dan ada tumbuhan sel tunggal. Kebiasaannya, fitoplankton itu adalah cyanobacteria, diatom, dinoflagelat, alga hijau dsb.
Walaupun saiznya terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar, apabila berbilion daripada fitoplankton berkumpul, akan membentuk apa yang dikenali sebagai "algal bloom". Justeru membolehkannya untuk dilihat dari udara sebagai tompok berwarna biru atau hijau di lautan.
Oh ya, seperti daun yang tumbuhan daratan, pigmen atau warna klorofil di dalam plastid kloroplas juga lah yang memberikannya alga ini warna hijaunya.
Fitoplankton atau plankton tumbuhan ini merupakan asas kepada sumber makanan di lautan. Haiwan seperti krill (sejenis udang halus), ikan dan organisma mikroskopik yakni zooplankton (plankton haiwan), memakan fitoplankton.
Akhir sekali, fitoplankton juga turut melalui proses fotosintesis dan menghasilkan oksigen sebagai keluaran sampingan.

Bahkan, fitoplankton bertanggungjawab dalam menghasilkan 50% jumlah kesuluruhan oksigen yang dilepaskan ke atmosfera bumi.
2. Zon Mesopelagik.

Zon seterusnya adalah zon Mesopelagik. Ia bermula dari kedalaman 200 meter sehingga ke kedalaman 1000 meter. Zon ini turut dikenali sebagai "twilight zone". Kerana, cahaya matahari tidak dapat menembusinya dengan baik dan samar-samar.
Seterusnya, tiada tumbuhan yang boleh didapati di zon ini, dek kurang penerimaan atau pendedahan terhadap cahaya matahari. Kurang cahaya matahari bermaksud, proses fotosintesis itu tidak boleh dilakukan dengan efisien.
Jadi hidupan marin zon mesopelagik makan apa?

Jenis makanan bagi hidupan yang menetap di zon mesopelagik, terdiri daripada makanan yang rendah kandungan tenaga. Misalnya seperti cebisan organik, najis ikan dan mamalia, atau cebisan bangkai haiwan zon epipelagik yang jatuh.
Gaya hidup haiwan di zon mesopelagik ini, sangat perlahan dan tak perlu banyak bergerak. Selain itu, organ dan tisu badannya berkebolehan berfungsi tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Satu adaptasi yang dibangunkan, untuk hidup dalam persekitaran sumber makanan yang sedikit.
Ada pelbagai organisma atau hidupan yang menetap di zon mesopelagik ini dilengkapi tisu badan yang berkeupayaan untuk menghasilkan cahaya sendiri (bioluminescence).

Bermakna, haiwan tersebut mampu menghasilkan cahaya. Warna-warna yang dihasilkan turut berbeza dan berpelbagai.
Selain itu, ada haiwan yang Tuhan anugerahkan akan kebolehan penglihatan inframerah.

Yang membolehkannya untuk melihat mangsa dalam persekitaran yang gelap.
Contoh hidupan Zon Mesopelagik

Kiri: Lanternfish dari Famili Myctophidae
Kanan: Dragonfish dari Famili Stomiidae
Malacosteus niger, juga ikan dari Famili Stomiidae.
3. Zon Bathypelagik.

Zon Bathypelagik bermula selepas 1000 meter dan menjangkau sehingga ke kedalaman 4000 meter dari permukaan laut. Zon ini turut dikenali sebagai "Midnight Zone", oleh kerana tiada cahaya matahari yang dapat menembusinya.
Seperti di zon mesopelagik, tiada tumbuhan yang boleh didapati hidup di zon ini. Makanan utama hidupan di zon bathypelagik terdiri daripada bahan organik seperti plankton dan dinoflagella yang telah mati, serta cebisan bangkai haiwan dari zon atas yang jatuh ke bawah.
Bagi haiwan yang tidak memakan sisa-sisa organik yang telah jatuh itu, kebiasaannya akan menjadikan hidupan yang memakan sisa tersebut sebagai mangsa.

Faham tak bahagian ni?
(Haiwan A makan sisa, Haiwan B makan si A)
Seterusnya, haiwan yang hidup di zon bathypelagik ini bersaiz kecil. Tetapi, yang menariknya, haiwan di sini didapati memiliki bukaan mulut atau rahang yang luas serta dilengkapi oleh barisan gigi tajam.

Viperfish
Selain itu, hidupan di zon ini turut mempunyai perut yang besar, justeru membolehkannya untuk memakan atau menelan haiwan yang lebih besar.

Gulper atau Pelican eel. Bukan belut ya. Haiwan ini mempunyai ekor yang mampu mengeluarkan cahaya menarik perhatian mangsa.
Disebabkan oleh tekanan yang sangat tinggi dan sumber makanan yang terhad, haiwan di zon bathypelagik bergerak dengan sangat perlahan.

Selain itu, haiwan di zon ini dilengkapi oleh insang yang sangat efisien untuk mengekstrak oksigen yang terkandung di dalam air laut tersebut.
Sebagai fakta tambahan;

Kadangkala, paus sperma atau nama saintifiknya Physeter macrocephalus, berada di zon ini untuk mencari makanan kegemarannya iaitu sotong colossal Mesonychoteuthis hamiltoni.
Kedua-dua haiwan ini dikatakan musuh tradisi. Jika paus sperma dapat diperhatikan secara dekat, dapat dilihat banyak parut pada permukaan badannya yang disebabkan oleh gigitan paruh sotong atau kesan daripada cangkuk tentakel.
4. Zon Abyssopelagik.

Bermula dari kedalaman 4000 meter sehingga 6000 meter, air laut di zon ini sangat masin dan sangat sejuk. Purata suhu yang direkodkan di zon abyssopelagik, berada di paras 2 darjah celsius.
Tekanan yang wujud di zon ini juga sangat hebat. Iaitu pada kadar 11,000 paun bersamaan 4990 kilogram per inci persegi. Jika menurut logik, sangat mustahil bagi mana-mana haiwan itu untuk hidup di zon ini.
Walau bagaimanapun, haiwan di sini mempunyai pelbagai adaptasi aneh yang membolehkannya untuk bertahan dalam persekitaran bathypelagik yang membunuh.
Misalnya seperti anglerfish, ikan ini tiada pundi renang. Oleh itu, tekanan tinggi di zon abyssopelagik bukanlah masalah baginya.
Seterusnya, banyak haiwan seperti ikan dan sotong di zon abyssopelagik ini dikurniakan kebolehan untuk menghasilkan cahaya dari badannya sendiri (bioluminescence).
Apa itu bioluminescence?

Bioluminescence adalah salah satu daripada bentuk chemiluminescence (kimia), bermaksud cahaya tersebut dihasilkan oleh tindak balas kimia.
Dalam sesetengah haiwan, cahaya tersebut dihasilkan oleh organisma simbiotik, misalnya seperti bakteria dari genera Vibrio. Anglerfish mempunyai bakteria yang dikenali sebagai photobacterium di dalam esca atau umpannya itu.
Tetapi majoriti hidupan atau kebiasaannya, cahaya itu dihasilkan sendiri oleh haiwan tersebut (autogenik).
Secara umumnya, haiwan bioluminescent yang menghasilkan cahaya bergantung kepada reaksi kimia yang terkandung dalam badan, iaitu sejenis molekul penghasilan cahaya dikenali sebagai luciferin dan sejenis enzim yakni luciferase.
5. Zon Hadal

Zon Hadal merupakan zon terakhir di dalam sesebuah lautan. Bermula sejurus selepas titik akhir abyssopelagik, iaitu 6000 meter sehinggalah ke kawasan dasar paling dalam laut bumi, yang berkedalaman 11,000 meter dari permukaan laut.
Bahagian paling dalam di seluruh lautan adalah satu kawasan yang dikenali sebagai "Challenger Deep" (11,030 meter) berada di dalam Jurang Mariana. Jurang ini terletak kira-kira 200 kilometer di luar persisiran pantai negara Jepun.
Suhu air di zon ini juga sangat sejuk dan hampir berada di takat beku. Seterusnya, tekanan yang wujud di titik akhir zon ini berada di paras 8 tan per inci persegi! Jadi, boleh bayangkan yang setiap inci persegi daripada badan kau sedang dihempap oleh lori 8 tan?
Walaupun dengan persekitaran membunuh, masih ada hidupan yang berjaya meneruskan kelangsungan hidupnya di zon hadalpelagik. Misalnya Invertebrata (hidupan tanpa tulang) seperti timun laut dan span laut.
Selain itu, seperti di zon-zon lain, haiwan di sini bergantung kepada 'hujan bahan organik' yakni cebisan hidupan, tumbuhan atau bangkai haiwan yang telah mati dari zon atas.
Walau bagaimanapun, tidak semua haiwan dasar laut bergantung kepada hujan sisa organik tersebut. Ini kerana, pada tahun 1977, ahli oseanografi menemukan komuniti haiwan dasar laut zon hadalpelagik memakan bakteria yang wujud di sebuah bukaan dikenali sebagai bolong hidrotermal.
Bolong-bolong hidrotermal ini mengeluarkan air yang sangat panas dan diperkaya dengan pelbagai jenis mineral dari lapisan dalaman bumi. Mineral-mineral ini memberi nutrisi kepada bakteria, kemudian bakteria ini dimakan pula oleh haiwan seperti ketam, kepah dam sebagainya.
Ketam yeti pemakan bakteria di bolong hidrotermal bawah laut.
Berakhirlah 5 Zon Lautan. Selamat berbuka semua 😆
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Shahmil Hafiz

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!