Malam ni, amanat Tun M mendapat lebih 4 juta tontonan.
Aku pula on the way dari KL ke Johor untuk pulang mengundi dan terus ke rumah rakan DAP untuk ambil kit PACA. Memory.
Ni cerita aku 👇
Kuasa Allah, PH menang malam tu.
Hari ini, setelah genap 2 tahun, PH dijatuhkan dan jadi pembangkang.
Apa je yang DAP tak salah?
Pemandu mabuk zaman PH, salah DAP. Pemandu mabuk zaman PN, takdir tuhan.
Menteri MCA dan MIC post dwibahasa, tak salah.
DAP ikhtiraf UEC, salah DAP.
PN dah ikhtiraf UEC, tak salah.
MCA dah beri bantuan pada cina swasta sejak dulu, tak salah.
(bezanya DAP beri bantuan pada tahfiz sekali).
Kalau bersama PH, susah nak buat keputusan bersama, banyak bantahan, kurang "yes man", maka perlulah sebuah kerajaan yang lebih senang dikawal. Itu je.
Tapi, banyak yang aku belajar sepanjang 22 bulan PH memerintah.
Aku kenal ramai pimpinan PH. PKR, Bersatu, DAP, Amanah.
Tapi tak sikit aku menjual harga diri dan maruah aku demi wang dan kuasa. Aku bangga.
Pernah ditawar jawatan PA Menteri? Ya. Dan aku tolak.
Pernah ditawar jawatan dalam agensi kerajaan? Ya. Dan aku tolak.
BN boleh kutuk PH gagal tunai manifesto, tapi sekurang-kurangnya kami penyokong PH kritik sama.
BN gagal tunai manifesto sebelum ini, mana suara kamu cai BN?
Kalau ikutkan, aku rapat dengan kartel dan tak pernah pun commit dengan team PH yang sekarang.
Tapi aku takkan makan keliling. Ini prinsip aku.
Kalau lari kerana prinsip, takpe. Tapi kerana habuan kuasa dan wang.
Kita muda lagi untuk jadi pengkhianat dan hamba wang.
1) Kepada mereka yang khianat rakyat kerana tamakkan kuasa dan harta (tapi jadikan DAP punching bag), aku harap tidur kau lena di dunia ni.
2) Aku tak sedikit rasa malu jadi pengundi PH. Aku takkan sesekali gadai prinsip hidup aku demi kuasa dan wang. Wallahi.
Dan kita juga lah yang akhirnya setia bersama PH ketika mereka hilang kuasa.
Kita lawan dan tawan semula.
#Semangat9Mei
#HarapanKita