"Dapat duit sikit dari kerajaan, terus lupa kesalahan PN".
Mari aku bagitahu apa kesilapan PH dalam hal ni.
Aku kritik BR1M bukan sebab "Kenapa tolong rakyat?". Tapi sebab dengan kekayaan Malaysia, rakyat layak dapat lebih daripada tu.
Sebab tu kita marah.
Negeri bagi lagi banyak dari pusat. Gila ke tak gila? Sebab tu kita tak suka BR1M diangkat macam hero. Rakyat deserve more than that.
PH kata ekonomi negara terlalu teruk kerana dirompak dan ketirisan yang dilakukan BN.
Kita akui ketirisan memang berlaku, so kat mana salah PH?
Salah PH ialah penerangan yang tak jelas dan tak jujur.
Imagine, kita kritik Najib agungkan BR1M yang tak seberapa tu, sekali PH bagi lagi rendah.
Kalau betul ekonomi negara sedang nazak, jelaskan. Bagi timeline yang clear iaitu berapa lama usaha nak pulihkan ekonomi negara ni.
Selepas proses ini, kami yakin ekonomi negara akan pulih, kami akan berikan tumpuan pada ekonomi rakyat.
Semoga rakyat faham dan bantu kami pulihkan negara".
Dan bila Muhyiddin beri bantuan semalam, rakyat akan terus kata,
"Eleh, memanglah ada duit. 2 tahun PH pulihkan ekonomi negara, dah pulih, kau hijack".
Berlumba-lumba Tun M keluarkan statement perli rakyat miskin, sindir melayu malas, jangan harapkan bantuan kerajaan, bla bla bla.
Kau expect rakyat rasa seronok dengar ni?
1) PH kena muhasabah dan jangan terus bermain politik tak bijak.
2) PH perlu naikkan pimpinan muda seperti Izzah, Fahmi, Yeo Bee Yin, Steven untuk kekal relevan - aku yakin PH boleh. Less politicking.