My Authors
Read all threads
Semalam ada 2 orang Doktor yang mewakili Majlis Perubatan Mesir dan Majlis Perubatan Kaherah hantar surat kat PM Mesir suruh buat lockdown.

So kenapa Mesir tak impose lockdown, PKP/curfew macam negara lain buat? Walhal kes naik mendadak?

I will tell you why....

-Thread-
Ni Dr Hussain Khairy, ketua Majlis Perubatan Mesir. Budak medik Cairo mesti kenal punya. Korang panggil dia Einstein😆😆

Dia antara 2 orang yg hantar surat kat PM supaya dibuat lockdown di Mesir.
Tapi kemudian dibidas oleh Ketua S/U Majlis Perubatan Mesir sendiri yang mengatakan, surat itu hanyalah pandangan peribadi Dr Hussein. Ia tidak mewakili Majlis Perubatan sebab tiada mesyuarat dan perbincangan untuk surat itu ditulis.
Ok berbalik kepada isu lockdown. Aku akan split kepada 2 bahagian. First kita akan cakap pasal masalah utama Mesir tidak buat lockdown iaitu 'Ekonomi'. Part 2 aku akan bagi link orang baca sendiri kritikan ke atas Mesir. Aku tak nak tulis. Pepahamlah sebab apa.
Ekonomi.

1) korang kene tahu yang dekat Mesir ada isitilah informal/irregular workers (IW). Mereka ni adalah buruh yang bekerja tanpa insuran, tanpa dikawal selia oleh persatuan buruh. Diorang kerja berdasarkan pendapatan harian. Kalau 100le sehari itulah yang diorang dapat.
Ibaratnya kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang. Berapa jumlah IW di Mesir ni? Dianggarkan kira kira 12 hingga 14 juta pekerja. Kebanyakan mereka bekerja di sektor buruh binaan.

العمالة غير منتظم
Sejak berlaku wabak ni, banyak sektor pembinaan dah ditutup kepada projek projek besar terutama yang didanai oleh negara sebab el Presidente tak bagi kerja secara bertompok ramai ramai untuk mengurangkan penyebaran virus.
Tapi Menteri Perumahan pulak insist supaya kerja pembinaan tetap dijalankan supaya IW ni tetap dapat bekerja. Cuma sektor pembinaan dihadkan kepada projek pembinaan yang lebih kecil.
Jadi masalah dia, IW ni akan kurang pendapatan. Jadi Mesir telah melancarkan inisiatif kepada IW iaitu 500le seorang sebulan selama 3 bulan untuk menampung perbelanjaan harian. Cukupke? Of course la tak.
Daripada 14 juta tu hanya 1.2 juta sahaja yang berdaftar untuk memohon 500le tu. Ramai yang tak tahu cara serta tak diiklankan pun secara besar besaran. Mungkin dari mulut ke mulut. Dekat mana diagihkan? Di pejabat pos. Kalau korang tengok orang ramai tu betul laa tu.
Jadi nak kutuk kutuk diorang tu kene tahu sebab apa diorang sanggup bersesak. Untuk anak bini diorang jugak kat rumah. Aku pun kutuk gak😅

So korang fikirlah sendiri kalau Mesir buat lockdown. Nasib diorang ni macam mana?
Mesir kan ada Yayasan Al Azhar, Yayasan Misr Kheir. Yup yayasan ni semua pun membantu jugak. Tapi tak dapat tolong semua. Hanya terhad 10 juta orang kalau dikira. 10 juta tu yang IW. Tak campur lagi dengan family diorang semua.
2) Kadar kemiskinan
Pada 2016 Mesir dah meminjam daripada IMF hampir 12 billion USD. Dari 2016 jugaklah kerajaan dah laksanakan economic reform. Sebab apa perlu buat reform ni? Sebab ekonomi Mesir mula bergolak disebabkan politik pada 2011. Sape buat? Entahlah...
Berdasarkan peraturan IMF dan economic reform, Mesir telah pun memotong subsidi perkhidmatan, minyak dan bil, mengenakan cukai VAT, ye yang korang beli topup 100le masuk 70 tu laa, mengapungkan matawang.
Hasil daripada economic reform ni telah berjaya mengembalikan kekuatan ekonomi Mesir untuk kembali sihat dan stabil menurut IMF. Tapi?

Jumlah yang hidup bawah paras kemiskinan meningkat. Ramai dari middle class atas pagar jatuh ke jurang low class.
Pada 2015 jumlah yang hidup bawah paras kemiskinan di Mesir adalah 27.8%. Manakala pada 2018 meningkat kepada 32.5% bersamaan 1/3 rakyat Mesir. Yang hidup extreme poverty pulak sebanyak 6.2%
Garis bawah poverty bermakna pendapatan mereka adalah sebanyak dari 1.45 USD sehari manakala yang miskin tegar adalah bawah 1USD. Kalau buat lockdown? Macam mana ye hidup mereka? Adakah mereka akan mendapat bantuan dengan makna bantuan akan direlocate secara saksama.
Bagaimana kehidupan mereka selepas lockdown? That is something to ponder. Walaupun lockdown hanya 14 hari, tapi adakah pasti bila lockdown dibuka, corona tiada lagi? Kalau ada lagi adakah lockdown dibuat lagi?
3) Bila sebut hilang kerja here we are. Kadar pengangguran di Mesir.

Awal tahun 2019 Mesir menyaksikan penurunan kadar pengangguran kepada 8% dari 8.1% bersamaan 2.267 juta orang. Kadar pengangguran sihat adalah antara 3.5% - 4.5% di US.
Apa masalah pada menganggur? Ketika Great Depression yang menyaksikan kadar pengangguran mendadak, hampir 7juta kematian direkodkan. Kebanyakannya akibat bunuh diri. Dekat Mesir jangan ingat tak ada kes bunuh diri. 4 dalam 100 000 orang di Mesir bunuh diri.
Tambahan lagi, berjuta warga Mesir kerja di luar negara terutama di negara teluk (Saudi, Qatar,Kuwait). Bila berlaku wabak, ramai di antara mereka terpaksa pulang ke Mesir kerana majikan di sana mengalami masalah yang sama. Terpaksa tutup syarikat etc.
Disebabkan ramai yang terpaksa dibuang kerja dan dipotong gaji, mereka tersadai di sana. Sebab tu kes di Kuwait, diorang rempuh kedutaan Mesir dekat sana paksa supaya diorang ni dibawa pulang ke Mesir. Kemudiannya kerajaan Mesir telah hantar Egypt Air ke sana untuk dibawa balik.
Mesir telah memperoleh pendapatan kira kira $29 billion dari mereka yang bekerja di luar negara. Tapi sebab ramai terpaksa pulang semula akibat dibuang kerja, Mesir banyak hilang pendapatan.
4) Sektor pelancongan.

Ketika Mesir telah mengarahkan lapangan terbang ditutup kepada pelancong asing, mereka telah hilang banyak pendapatan. Pelancongan di Mesir telah menyumbang kepada hampir 15% kadar GDP negara bersamaan 528 billion.
Plus sektor pelancongan telah membuka peluang pekerjaan di Mesir iaitu sebanyak 9.6% bersamaan 2.48 juta peluang pekerjaan. Sekarang sektor pelancongan masih lagi lumpuh di beberapa tempat. Bagaimana pula dengan pekerja? Pengangguran pun akan meningkat?
5) Food Insecurity
Hampir 17% bersamaan 13.7juta rakyat Mesir tidak mendapat access kepada bekalan makanan yang mencukupi pada tahun 2011. Sebab nya adalah faktor yang aku sebutkan dekat atas tu. Pengangguran yang mebawa kepada kemiskinan.
Bukan sahaja Mesir tetapi di peringkat global akan mengalami peningkatan masalah food insecurity sepanjang covid19. Buat masa sekarang pun Food Bank Mesir hanya mampu menyalurkan bantuan makanan asasi kepada 3 juta orang sahaja. Sangat jauh dari angka kemiskinan kira2 10% sahaja.
Plus Empangan Etiopia GERD terbesar di Afrika yang sedang dibina bakal menjadikan Mesir menghadapi krisis sungai nil yang boleh mengurangkan penghasilan pertanian Mesir sehingga 18%.

Nanti aku cerita lain bab ni.
Jadi berdasarkan faktor yang aku sebutkan dekat atas, adalah agak susah untuk Mesir melaksanakan total lockdown. Buat curfew pun pada waktu malam sahaja supaya tidak menganggu perkejaan harian IW pada waktu siang.
Namun kerap kali diucap oleh Hala Zayed supaya rakyat Mesir tetap menjaga jarak sosial dan berusaha untuk tidak keluar jika tidak penting. Awareness dalam kalangan rakyat Mesir masih lagi rendah. Walaupun keadaan mendesak untuk bekerja, satu garis panduan sepatutnya dikeluarkan.
Meskipun tidak buat total lockdown seluruh Mesir, namun jika ada kes positif di suatu kampung atau kawasan, partial lockdown atau pun curfew akan dilaksanakan secara ketat di kawasan tertentu seperti yang berlaku di sesetengah kawasan.
Dalam satu keadaan, Mesir tidak mampu buat lockdown kerana akan melumpuhkan ekonomi dan menambah penderitaan rakyat, tambah lagi akan meningkatkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

Namun....
Namun satu sudut lagi kerajaan Mesir sedang berhadapaan dengan krisis kesihatan yang menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid19 sehingga 500 kes sehari. Jika rakyat masih lagi dibiar keluar sebegini bebas, tidak mustahil kadar jangkitan akan terus meningkat sekaligus....
Sekaligus akan menghentam hebat sektor kesihatan Mesir di mana sudah menyaksikan kematian 9 orang petugas kesihatan dan kepadatan bilik kuarantin di hospital yang sudah mencapai had maksimum. Jika ini berlaku bom kebencian terhadap kerajaan juga akan meledak.
Pilihan yang ada sekarang adalah kepahitan yang sukar ditelan. Rakyat Mesir tak akan bertolak ansur dengan himpitan ekonomi juga tidak akan bersetuju dengan peningkatan kes Covid19 yang mendadak.
Kesimpulannya kerajaan Mesir sekarang mesti berjalan berhati hati di atas ikatan tali ekonomi dan kesihatan supaya tidak terlerai simpul, yang mana kita pun tahu jenis arab ni suka buat kecoh dan memberontak tanpa hala.
Disclaimer: Tiada total lockdown adalah buat masa sekarang ini dan berdasarkan faktor faktor di atas adalah susah untuk dibuat. Tapi tak mustahil kalau Mesir akan buat pada masa akan datang.
Bahagian dua ni adalah link kritikan dan sumber dapatan thread ni.

Link kritikan:
egyptianstreets.com/2020/05/06/irr…

washingtoninstitute.org/fikraforum/vie…
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Anakinra Spellman

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!