My Authors
Read all threads
Bilakah berlakunya Lailatulqadar menurut pendapat ulama’?

Antara persoalan yang tidak pernah selesai dari dulu sampailah sekarang. Yang mahsyur dalam kalangan kita adalah hadis berkenaan 10 malam terakhir dan ganjil.

Cuma ada pendapat yang lebih spesifik sebenarnya. RT tau!
(1) Malam 23 Ramadan

Inilah pendapat Imam Syafie. Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al- Tahawi berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.
(2) Malam 21 Ramadan

Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie.

Beliau berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al- Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tuntutlah malam 17,21 dan 23 Ramadan.
(3) Malam 24 Ramadan

Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas bahawa Baginda SAW bersabda:

Carilah malam Lailatulqadar pada malam 24 Ramadan.
(4) Malam Akhir Ramadan

Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan.
(5) Malam 27 Ramadan

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama’ adalah Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan.

Penjelasannya:
(*) Mengikut Abu Ka’ab katanya:

Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27.
Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.
(**) Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud:

Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.
(***) Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas:

Yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatulqadar.
(****) Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma yang bermaksud:

Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27.
Dalam terjemahan al-Majmu’ Imam Nawawi menulis,

Mazhab al-Syafi’i dan majoriti ashab kita berpendapat Lailatulqadar terhada pada 10 malam terakhir daripada ramadan secara mubham (tidak jelas malam apa) pada kita.
Maka sebab itu lah kita kena giatkan usaha dan paling tidak bacalah surah al-Ikhlas 3 kali setiap malam sepanjang 10 ramadan terakhir ini.

Mudah-mudahan Allah rezekikan kita untuk bertemu Lailatulqadar yang diimpikan. Insyaallah ❤️
Jangan lupa follow akaun @MyFundAction tau!

Insyaallah kami akan terus update dengan konten-konten yang bermanfaat untuk kalian semua.

Doakan kami ya. 🥺
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with MyFundAction!

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!