My Authors
Read all threads
17 & 18 Mei 2020 mempunyai makna khusus bagi orang Korea Selatan.

Pada hari ini, 40 tahun lalu, Leftenan Jeneral Chun Doo-hwan mengisytiharkan darurat yang mencetuskan Kebangkitan Gwangju (광주항쟁, Gwangju Hangjaeng).

#bebenang
Chun Doo-hwan adalah diktator ke-3 dan terakhir dalam sejarah Korea Selatan selepas Syngman Rhee (1948-1960) dan Park Chung-hee (1961-1979).
Seperti Park Chung-hee, Chun Doo-hwan adalah seorang tentera yang naik jadi presiden menerusi rampasan kuasa (kudeta).
Park digelar sebagai Bapa Pembangunan Korea Selatan. Sambil membolot semua kuasa & mengharamkan pembangkang, Park juga membangunkan Korea Selatan dari sebuah negara mundur menjadi gergasi perindustrian.

Park dibunuh oleh Kim Jae-gyu, anak buahnya sendiri pada 26 Oktober 1979.
Choi Kyu-hah, perdana menteri yang memangku jawatan presiden mencadangkan untuk kembalikan kuasa kepada rakyat.

Chun Doo-hwan (no. 2 dari kanan), pengikut setia Park pula menganggap demokrasi akan melemahkan Korea Selatan & memberi peluang Korea Utara untuk menyerang negara.
Maka pada 12 Disember 1979, Chun melancarkan kudeta dan tentera kembali memerintah.

Tindakan Chun mencetuskan protes di seluruh negara, maka Chun mengisytiharkan darurat pada 17 Mei 1980 dan mengharamkan segala aktiviti politik termasuk protes.
Namun rakyat di bandar Gwangju masih meneruskan protes dengan berhimpun di hadapan Universiti Chonnam bermula 18 Mei.

Orang Gwangju selain menentang pemerintahan diktator, mereka juga menentang apa yang dianggap sebagai hegemoni wilayah Gyeongsang.
Di Korea Selatan wujud sentimen kewilayahan "Gyeongsang vs. Jeolla".

Gwangju adalah ibu kota Jeolla, manakala Busan adalah ibu kota Gyeongsang.

Boleh ulang kaji di:
Park Chung-hee berasal dari Gyeongsang. Jadi di zaman Park, pembangunan hanya fokus kat Gyeongsang. Highway pertama Korea dibina dari tahun 1968-1970 menghubungkan Seoul dan Busan. Daegu di Gyeongsang dibangunkan menjadi bandar ke-3 besar selepas Seoul dan Busan.
Semua kilang dan pelabuhan dibina dekat Gyeongsang. Jeolla diabaikan menjadi wilayah yang mundur. Jadi orang Jeolla tak sanggup tengok Chun yang merupakan orang Gyeongsang berkuasa lagi.
US yang merupakan bekap kerajaan Korea Selatan juga takut kerajaan demokratik akan cenderung ke kiri, berbaik dengan Korea Utara & merosakkan strategi US di rantau Asia Pasifik untuk mengekang pengaruh komunis. Maka US "merestui" Chun untuk menekan kebangkitan Gwangju.
Tentera yang dihantar oleh Chun mula menyerang dan membantai orang awam, mengakibatkan 200 terkorban. Tapi tu angka rasmi, angka sebenar mungkin lebih tinggi mencecah ribuan.
Pada 1 September 1980, Chun mengangkat sumpah sebagai presiden Korea Selatan ke-5, menggubal perlembagaan baharu dan mendirikan "Fifth Republic".
Walaupun kebangkitan Gwangju berjaya ditekan, namun protes sekali lagi tercetus. Kali ini di Universiti Yonsei di Seoul pada 9 Jun 1987. Chun guna taktik yang sama. Siswa bernama Lee Han-yeol dicederakan di kepala dan meninggal dunia pada 5 Julai 1987.
Kematian Lee Han-yeol akhirnya mencetuskan kemarahan rakyat Korea. Jutaan rakyat turun ke jalan di Seoul menuntut keadilan bagi Lee Han-yeol.

Kebangkitan kali ini dikenali sebagai "June Struggle" atau Yugwol Hangjaeng (6월항쟁).
Kali ini dah tak macam 1980. Pemerintahan Chun tak se-efektif Park, pengikut setia Chun makin kurang.

Perang Dingin yang hampir tamat juga membuat US tidak lagi mementingkan soal membendung komunis. Kali ni US menyebelahi rakyat & mengingati Chun supaya jangan guna kekerasan.
Akhirnya Chun melepaskan kuasa pada 10 Julai 1987 kepada timbalannya Roh Tae-woo.

PRU yang bebas diadakan pada Disember 1987. Tapi disebabkan undi di kalangan calon pejuang demokrasi (Kim Young-sam & Kim Dae-jung) pecah, maka Roh (juga seorang tentera) menang & jadi presiden.
Perlembagaan baharu digubal, "Sixth Republic" didirikan sehingga hari ini. Disebabkan orang Korea dah serik dengan diktator, maka perlembagaan menetapkan presiden hanya boleh pegang satu penggal (5 tahun).
Chun yang takut dengan keselamatan diri telah sorok di kuil Buddha bernama Baekdamsa di Gangwon dan jadi sami, lari daripada orang awam yang berdendam dengan dia atas kekejamannya terhadap orang Gwangju.
Pada tahun 1993, akhirnya Korea ada presiden dari kalangan orang awam iaitu Kim Young-sam.

Dengan itu honeymoon period Chun dan Roh pun tamat. Pada tahun 1995, kedua-dua Chun dan Roh dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan atas jenayah mereka terhadap rakyat.
Chun disabitkan hukuman penjara seumur hidup, Roh 17 tahun. Tapi pada tahun 1997, mereka telah diampunkan oleh Presiden Kim Dae-jung.

Chun masih hidup hari ini, berumur 89 tahun. Tapi masih naik turun mahkamah atas pelbagai tuduhan. Time COVID pun tak senang.
Malah baru-baru ni ada NGO yang mendirikan patung Chun di Gwanghwamun Square. Orang awam yang lalu akan pukul dan tampar patungnya melepaskan geram.
Walaupun Kebangkitan Gwangju gagal dan berakhir dengan tragedi, namun ia dianggap sebagai titik permulaan pendemokrasian (minjuhwa) dan diabadikan dalam filem seperti May 18 (2007) dan A Taxi Driver (2017).
Bukan saja ia turning point kepada Korea berubah dari sebuah negara authoritarian menjadi demokrasi, malah ia juga turning point kepada persepsi orang Korea terhadap US. Orang mula sedar sikap hipokrit US. Kehadiran tentera US di Korea Selatan semakin tidak dialu-alukan.
Selalu dengar orang merungut pasal Malaysia tak se-maju Korea, tapi mungkin tak ramai sedar yang kemajuan mereka datang dengan harga pemerintahan diktator dan pertumpahan darah yang masih menjadi trauma dalam sejarah mereka.

Tammat.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!