Namun semangat mereka nak menuntut ilmu dan mengubah nasib keluarga tu sangatlah besar.
Semua ni berkat hasil didikan cikgu-cikgu di Tahfiz Lembah Palas. Anak-anak sekitar kampung sentiasa diberi motivasi untuk ubah nasib diri dengan ilmu dan dalami Al-Quran.
Tak kisahlah siapa kamu, kisah silam dahulu, latar belakang keluarga, miskin ke, pernah minum ketum ke, ambil dadah, yg penting kamu ada masa depan utk berubah.
Jadi lebih baik dari yg sekarang. Ubah nasib diri. Ubah nasib keluarga. Ubah masyarakat. Ubah negara. Ubah umat Islam.
Sempena Hari Guru yg baru disambut 2 hari lepas semalam, tiada yang lebih bernilai di sisi guru selain melihat anak2 didik tekun belajar & menuntut ilmu, walau di mana mereka berada.
Semoga anak2 ni menjadi insan yang soleh.
Bila dah dewasa, jadi org yg berguna kepada masyarakat setempat pula. Saya yakin, mereka ni dpt byk inspirasi dari pengasas tahfiz ini sendiri, Dr Munauwar aka Cikgu Mun dan team tahfiz.
Tahun ke 3 dan 4 perkahwinan, saya dan isteri benar-benar struggle. Anak dah masuk 2 orang, duduk pula di KL. Masuk je gaji, sehari dua lepas tu mesti cemas dok fikir celah mana nak cekau duit beli pampers dan susu anak.
Pinjamlah duit kawan2, juga ada ketika terpaksa tebalkan muka minta belas ihsan dari keluarga sendiri. Syukur Alhamdulillah, keluarga sentiasa faham & doakan kami dimurahkan rezeki.
Akhirnya, isteri cadangkan untuk buat lunchbox. Kebetulan beliau pandai masak & suka memasak.
Saya pun buatlah poster dan buat hebahan di facebook. Nak kata dapat sambutan tu tak juga, tapi Alhamdulillah ramai kenalan fb yang order.
Sehari sebelum, kami awal-awal lagi dah ke NSK Selayang cari barang. Kadang tu awal-awal pagi ke Pasar Borong Selayang atau Pasar Borong KL.
Bila buku Dr @anayasminazmi berjudul Our Eyes Are A Gift From Allah sampai kat rumah, saya terus belek-belek isi kandungannya.
Tajuk nampak biasa, namun isi ceritanya luar biasa! Kisah dalam buku bermula bila si anak kecil masuk ke bilik ibunya tanpa minta izin.
Jadi, ibunya terus cakap, lain kali nak masuk bilik parents, ketuk pintu dulu. Kemudian minta izin untuk masuk.
Bila anak bertanya kenapa kena buat macam tu, si ibu terus jawab bilik tidur ini adalah ruang privacy di rumah.
Ia adalah tempat untuk berehat, salin pakaian, kadang-kadang ternampak aurat individu yang lain, jadi nak taknak kena minta izin dulu. Khuatir mata ni tengok hal yang tak sepatutnya.