My Authors
Read all threads
Semalam, Tsai Ing-wen mengangkat sumpah untuk penggal keduanya (2020-2024) sebagai presiden Taiwan, di depan potret Sun Yat-sen, pengasas Republic of China (ROC).

Kenapa pemimpin Taiwan perlu angkat sumpah depan bekas pemimpin China?
Sebenarnya, nama rasmi kerajaan yang memerintah Taiwan adalah Republic of China (ROC) atau Chunghwa Minkuo (中華民國).

Bunyi ada dekat2 dengan Daehan Minguk (Republic of Korea) kan? Ye, Bahasa Cina & Korea ada banyak perkataan yang sama, termasuk perkataan "republik".
Pada asalnya, ROC adalah kerajaan yang memerintah China, didirikan selepas maharaja terakhir China, Aisin-Gioro Puyi turun takhta pada tahun 1912.

Sun Yat-sen menjadi presiden republik pertama. Dia juga merupakan pengasas Parti Nasionalis (Kuomintang / KMT).
ROC terjerumus dalam perang saudara antara nasionalis (KMT) yang dipimpin oleh Chiang Kai-shek (pewaris Sun) dan komunis yang dipimpin oleh Mao Tse-tung.

Pada tahun 1949, komunis menang dan mendirikan "People's Republic of China" (PRC).
KMT yang kalah lari ke Taiwan, terus memerintah sebagai ROC & menanti masa untuk menawan semula China.

ROC & PRC masing2 klaim diri sebagai the one true China. Jadi sesiapa yang iktiraf ROC tak boleh iktiraf PRC, yang iktiraf PRC tak boleh iktiraf ROC.

"One-China Principle".
Pada tahap awal, lebih banyak negara iktiraf ROC berbanding PRC, termasuk US & negara2 yang anti-komunis. ROC yang mewakili "China" di PBB (UN).

Tapi pada tahun 1971, negara2 ahli PBB memilih untuk menerima PRC masuk ke dalam PBB. ROC ditendang keluar.
Satu per satu negara pun memutuskan hubungan dengan ROC, termasuk US sendiri yang mendirikan hubungan dengan PRC pada tahun 1979.

Maka ROC mula dilupakan. PRC muncul sebagai "China" yang kita kenali.
Malah disebabkan One-China Principle, ROC hanya boleh mengambil bahagian dalam acara dan pertubuhan antarabangsa seperti Olimpik, APEC, WTO dengan nama "Chinese Taipei".
Harapan ROC untuk menawan semula China nampaknya dah hampir mustahil dengan kemunculan PRC sebagai kuasa besar dunia.

ROC atas nama je China, tapi kawasan yang ada hanya tinggal Taiwan.

Maka mulalah muncul kesedaran identiti "Taiwan" yang baharu.
Democratic Progressive Party (DPP) adalah parti yang champion identiti ke-Taiwan-an instead of ke-China-an.

Dalam naratif DPP, walaupun penduduk majoriti adalah orang Cina yang berhijrah dari China, Taiwan mempunyai identiti sejarah yang unik berbeza dengan China.
China menakluk Taiwan pada tahun 1683. Dan selepas kalah perang dengan Jepun pada tahun 1895, China telah melepaskan Taiwan kepada Jepun.

Hanya selepas Jepun kalah WW2 pada tahun 1945, baru ROC mengambil alih Taiwan sehingga sekarang. Jadi ROC lebih kepada "penjajah" baharu.
Di Taiwan juga ada peribumi yang budayanya lebih dekat dengan kaum rumpun Austronesia seperti di Filipina, Borneo, Nusantara dan Lautan Pasifik.
Disebabkan takut Taiwan merdeka bawah DPP, China (PRC) jadi makin agresif untuk halang sebarang ekspresi bahawa Taiwan sebagai negara.
China akan protes kalau siapa2 sebut Taiwan sebagai sebuah negara. Sebab itu orang panggil negara ahli APEC sebagai "ekonomi". Kalau panggil "negara" seolah2 iktiraf Taiwan sebagai negara.
Tzuyu dari TWICE pun pernah kena pada Januari 2016. Tzuyu berasal dari Taiwan, jadi ada sekali dia terangkat bendera ROC dan itu menyinggung perasaan pihak China.

Disebabkan takut bisnesnya di China terjejas, JYP minta Tzuyu memohon maaf kepada orang China.
Namun insiden itu menimbulkan kemarahan orang Taiwan yang melihat China terlalu memijak mereka. Kebetulan waktu itu ada pemilihan presiden, maka Tsai Ing-wen dari DPP diangkat sebagai presiden Taiwan/ROC.
Tsai memang tidak segan silu mengangkat identiti Taiwan dan melawan China. Itu menyebabkan hubungan antara China dan Taiwan berada di tahap paling tegang.

Malah Tsai juga berbaik2 dengan US untuk sama2 cucuk China.
Hari ini ROC hanya diiktiraf oleh 15 buah negara, lagi kesian daripada Palestin (diiktiraf 138 negara).

Disebabkan One-China Principle, "Taiwan" tidak dapat diterima ke dalam komuniti antarabangsa.
Tapi kalau buang nama ROC dan pakai nama Taiwan, China pula tak suka dan akan ugut untuk guna kekerasan demi menghalang kemerdekaan Taiwan.
Isu Taiwan ini ada dikupas dalam bab 34 Dunia Tanpa Tembok III (DTT3).

Nak fahami lagi isu2 hubungan antarabangsa yang rumit dengan mudah, sila dapatkan DTT3 di thepatriots.store/store/books/du…
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!