My Authors
Read all threads
Disebabkan berita tentang dunia selari (parallel universe) sedang hangat diperkatakan, saya nak kongsi bagaimana idea ini boleh muncul. Kenapa tiba-tiba ahli fizik boleh terfikir tentang idea dunia selari ini?

#UntaianZM
Dalam satu syarahan pada tahun 1952 di Dublin, Erwin Schrodinger pernah berseloroh idea yang dia bagi amaran awal-awal "kedengaran gila". Beliau berkata persamaan Schrodinger yang membolehkannya menang Hadiah Nobel menggambarkan dunia yang banyak (multiverse).
Kalau kita biasa dengar persamaan Schrodinger, automatik kita akan teringat dengan mekanik kuantum. Apa kaitan mekanik kuantum dengan dunia selari dalam topik ini?

Jadi, kita kena kenal dulu secara dasar konsep mekanik kuantum.
Fenomena kuantum amat pelik & unik. Ia hanya berlaku pada skala yang amat kecil.

Katakanlah kucing dalam dunia kuantum. Kucing boleh mempunyai dua kewujudan, sama ada ia hidup ataupun mati. Tapi dalam dunia kuantum pelik sikit, kucing boleh hidup & mati dalam masa yang sama.
Dalam fizik, fenomena cahaya adalah yang paling popular. Cahaya boleh menjadi dua keadaan saja, sama ada ia bersifat gelombang ataupun bersifat zarah. Tetapi di peringkat kuantum, ia boleh jadi kedua-duanya sekali dalam masa sama sebelum dicerap.

Berbalik kepada kucing pula.
Schrodinger pernah mengusulkan analogi bagi menggambarkan mengarutnya (absurd) dunia kuantum. Kalau kita letakkan kucing dalam sebuah kotak bersama sebotol racun, kita takkan tahu sama ada kucing itu mati ataupun hidup sebab botol racun kebarangkaliannya untuk pecah adalah 50/50.
Jadi, sebelum kotak dibuka, kita takkan tahu keadaan kucing tersebut. Jadi, mengikut teori kuantum, kucing itu berada dalam keadaan superposisi (superposition) iaitu mati dan hidup dalam masa yang sama selagi mana kotak itu tidak dibuka untuk kita cerap.
Apabila kita cerap, keadaan kuantum (quantum state) akan runtuh - maksudnya fenomena kuantum sudah tidak berlaku lagi. Kita tahu sama ada kucing itu berada dalam keadaan hidup ataupun mati.

Jadi, apa kaitan dengan dunia selari dalam hal ini?
Akibat kepelikan dunia kuantum, ramai ahli fizik cuba nak tafsirkan realiti dunia kita berdasarkan dunia kuantum. Hakikat realiti sebenarnya macam mana? Kenapa boleh jadi banyak keadaan dalam satu masa? Jadi, pelbagai tafsiran dibuat oleh ahli fizik berkenaan hakikat realiti.
Salah satu tafsiran tersebut ialah teori kewujudan dunia selari. Tafsiran ini diusulkan oleh Hugh Everett dalam tesis kedoktorannya.

Katakanlah, selepas kita cerap, kucing itu hidup. Itu keadaannya (state). Keadaan kucing yang mati itu telah melahirkan dunia baru.
Dengan kata mudah, kita buka kotak, kita tengok kucing itu masih hidup. Jadi, kucing itu tak mati di dunia kita. Tetapi ia mati di dunia lain. Dunia lain itu terbentuk selepas kita cerap ataupun buka kotak tersebut untuk melihat keadaan kotak tersebut.
Jadi, ini idea paling awal dalam dunia saintifik mengenai dunia selari. Kemudian, di masa-masa mendatang telah banyak teori dunia selari diusulkan.

Nanti esok-esoklah saya sambung jenis-jenis dunia selari.
1. Teori Tetangsi

Teori tetangsi mengusulkan model dunia selari macam gambar di bawah. "Brane" ialah dimensi. Kita ada dimensi kita sendiri & wujud juga banyak dimensi lain. Semua dimensi ini duduk dalam satu ruang-hiper (hyperspace).
2. Alam poket

Ada teori mengusulkan bahawa, dunia selari itu seperti alam semesta lain. Kita ada alam semesta kita sendiri yang mempunyai keluasan trilion tahun cahaya & alam ini bertebing. Di luar tebing itu ada alam lain sama seperti alam kita tetapi manifestasinya berbeza.
3. Ada juga hipotesis wujudnya dunia selari tetapi mempunyai pemalaran fizikal berbeza. Contohnya, pemalar Planck bernilai 6.62 × 10^-34, tak boleh lebih, tak boleh kurang, kalau tak, alam ini akan hancur.

Tetapi wujudnya dunia selari lain yang mempunyai pemalar Planck berbeza.
4. Dunia matematik platonik

Idea ini asal usulnya daripada Plato tetapi dikembangkan oleh Max Tegmark. Hipotesis ini mengusulkan bahawa terdapat dunia matematik sempurna di luar sana yang memberikan pancaran kepada dunia kita. Wujudnya dunia kita kerana dunia matematik tersebut.
5. Alam ini terlalu luas dan ada hipotesis menyatakan bahawa alam ini mungkin tidak terbatas (infinity) luasnya. Jadi, dalam jarak yang amat jauh, mungkin wujudnya Bumi seperti Bumi kita dan wujudnya anda di Bumi tersebut. Bumi ini mungkin ada banyak dan anda pun ada banyak!
6. Mungkin kita pernah hidup sebelum ini. Selepas itu kita mati, alam ini mati. Kemudian, berlaku lagi Big Bang. Kemudian, kitaran ini berulang lagi dan lagi. Kita mungkin tak pasti berapa banyak kali dah kita hidup dan mati. Konsep dunia selari ini amat pelik juga.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Zamir Mohyedin

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!