My Authors
Read all threads
Satu isu besar yang Covid-19 datangkan kepada kita adalah menggantung pendidikan tak bertali.

Korea Selatan dah cuba buka sekolah minggu lepas, tapi cuma bertahan dua hari. Lepas tu ada student sangkut Covid, terus tutup semula sekolah.

#bebenang
#pidomat
Denmark, Norway, Poland, Perancis pun buka sekolah. Tapi dapat bantahan daripada ibu bapa. In fact di Denmark ada sekolah dah jadi cluster bila anak anak asymptomatic ni bawa balik Covid 19 dan jangkit ke ibu bapa.

Inilah dilemanya.
Setakat hari ni belum ada lagi satu negara pun yang boleh bagikan solusi terhadap masalah pendidikan akibat Covid 19.

Usahanya ada dibuat, kemudian gagalnya pun mendarat.

Itu belum kita kira mak ayah yang tersangkut tak boleh pergi kerja sebab anak anak tak sekolah. Haru biru.
Kalau ada satu perkara paling damaging yang Covid 19 lakukan kepada umat manusia,

Bukanlah kematian hari ini, tetapi lebih kepada kematian tamadun hari esok bila mana masa terus beredar tetapi keilmuan dan ketamadunan manusia itu sendiri membeku.
Suka atau tidak, kita kena akui yang pendidikan melalui sistem persekolahan yang biasa kita amalkan belum menampakkan jalan solusi.

Boleh resume bulan depan? Hujung tahun? Tahun depan? Masih tiada jawapan.
Setidaknya anak anak kita akan terus duduk di rumah sehingga akhir August

March - August = 6 bulan

24 minggu, 5 hari seminggu persekolahan, 5 jam pagi dan 3 jam petang setiap hari.

8 jam x 5 hari x 24 minggu = 960 jam
Maka anak anak kita telah dan akan kehilangan 960 jam masa paling bernilai dalam pertumbuhan awal kemenjadian hidup mereka.

Betapa kasihan dan menyedihkan.
Dalam sistem sekolah yang biasa pun masih ramai anak anak keciciran, apalah yang boleh kita harapkan dengan pendidikan online yang langsung tiada suasana, malah capaiannya pula tidak seberapa.

Satu bulan ekonomi tak berjalan hari tu negara dah rasa susah sekarang.
Bayangkan kalau satu tahun ratusan ribu aset tak dapat pendidikan,

betapa intangible dan mengerikan kerugian dan kesusahan yang negara akan pikul di masa depan.

Ini lah realiti perit yang kita kena hadapi sekarang setelah tamatnya delusional Hari Raya Aidilfitri.
Manusia perlu belajar
Belajar perlu pengajar
Pengajar dan belajar perlu ilmu dan persempadanan (sekolah)
Itulah pendidikan.
Thread di atas adalah sebahagian tulisan Tuan @FdausAmad di facebook. Saya kongsikan di twitter untuk kita sama-sama berfikir; bagaimana untuk kita mencari solusinya.

Berikut saya lampirkan tulisan penuh,

COVID 19 & DELUSIONAL HARI RAYA
***********
10% ekonomi musnah,
Pekerja hilang job,
Syarikat bankrap,
Perniagaan tutup,
Pengangguran di mercu.
Covid 19 'mematikan' tamadun manusia hari esok bila mana masa terus beredar tetapi keilmuan dan ketamadunan manusia itu sendiri membeku.
Satu bulan ekonomi tak berjalan, negara dah rasa susah sekarang.

Bayangkan kalau satu tahun ratusan ribu aset tak dapat pendidikan?
Semoga thread ini bermanfaat.

Yang ada facebook, jemput terus ke artikel asal Tuan Fdaus Ahmad dan kongsikan di wall masing-masing ya.

m.facebook.com/story.php?stor…
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!