My Authors
Read all threads
PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJINJANG, PENJAGA GUNUNG NEGERI SARAWAK

Bayangkan dua orang sepupu rapat, cantik rupawan, merebut cinta seorang lelaki, menjadi punca sumpahan pada diri mereka.

Cerita folklore kali ini adalah kisah dua puteri kayangan yang disumpah jadi gunung.
Puteri Santubong, menurut lagenda suka menenun kain. Cantik dan pandai memperagakan pakaian.

Pada zamannya, dia mungkin seorang pereka fesyen dan ramai jejaka yang tertawan dengan gaya pemakaiannya.

Santubong bagaimanapun seorang narkisis, kerana sering mengatakan...
...dia puteri yang paling cantik dalam kayangan.

Puteri Sejinjang pula dikatakan suka menumbuk padi, dan suka memasak. Sejinjang berpendapat Santubong tidak ada tubuh badan yang sepertinya, dan yakin dia lebih cantik daripada Santubong.
Bagaimanapun, mereka sangat rapat walaupun agak kompetitif. Persaingan siapa paling cantik antara dua ni memang sering diperkatakan dalam kayangan.

Satu hari, para dewa mengarahkan Santubong dan Sejinjang untuk turun ke bumi, untuk menyelesaikan masalah di sana.
Santubong ke sebuah kampung yang bernama Pantai Biru, sementara Sejinjang ke Pasir Kuning.

Disebabkan kecantikan mereka, kampung tu jadi aman.

Ini samalah faktor bila ada cikgu cantik dalam sekolah. Mesti anak murid tak akan jadi berkelahi dalam kelas bila dia masuk. 😊
Disebabkan itu, kedua-dua kampung itu pun aman daripada bergaduh. Sehinggalah seorang putera bernama Serapi terlihat kedua-dua puteri ini.

Putera ni terpikat dengan kecantikan keduanya, dan bermain kayu tiga.

Euw, f*kb*i. 🙄
Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang mabuk kepayang dengan cinta Putera Serapi. Apabila mereka berdua berjumpa, mereka ingin menceritakan tentang cinta masing-masing.

Sekali mereka berdua mencintai lelaki yang sama.

Maka bergaduhlah sekali lagi Pasir Kuning dan Pantai Biru.
Melihat pergaduhan itu, kedua-dua puteri itu pun disumpah jadi gunung, sementara Serapi, melihat kedua-dua puteri disumpah jadi gunung, juga mahu menjadi gunung.

Gunung Sejinjang terletak di Pulau Kera, berhampiran Borneo Samariang Resort.
Gunung Santubong pula terletak di tepi laut, berhampiran Kampung Budaya Sarawak.

Gunung Serapi terletak di pinggir barat Kuching, berhampiran Kampung Rayu, depan Matang Wildlife Centre, pusat penjagaan orang utan di jalan yang menuju ke Lundu (tak silap saya).
Moral dalam cerita:

Pada para wanita, janganlah kita memutuskan persahabatan demi seorang lelaki. Nanti kena sumpah jadi gunung.

Pada para lelaki, janganlah mempermainkan cinta wanita. Nanti kena sumpah jadi gunung. 😤😤😤
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with エリナ

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!