My Authors
Read all threads
SEJARAH GULAI KURMA

Gulai kurma adalah sejenis masakan yang digemari mereka yang mahukan makanan yang berempah, tetapi tidak sepedas kari.

Ia biasa dimasak dengan daging ayam, lembu atau kambing, dan sering dimakan bersama nasi beriyani.

Dari mana ia datang?
Soalan oleh anak kecil, tentang kenapa ia dinamakan kurma, sedangkan ada buah yang dipanggil buah kurma. Saya kurang pasti mengapa buah tamar ini dipanggil kurma, kemungkinan besar buah ini ketika mula-mula diimport, ia berasal dari Parsi.
Masakan gulai kurma ini berasal dari India, namun perkataan kurma ini berasal dari perkataan Parsi iaitu ghourmeh atau qormeh, sejenis masakan Parsi yang masak dengan herba-herbaan.

Semasa Orang Turkik yang berasal dari Siberia dan Mongolia, mereka merupakan kaum yang...
...menunggang kuda dan menjadi kaum nomad. Mereka berjiran dengan Mongol, namun mereka sering berperang.

Antara khanate yang wujud dalam kaum Turkik ialah Götürk, yang berasal dari keturunan Ashina.

Götürk kemudian ditewaskan dengan Dinasti Tang, lalu saki-bakinya...
...berpindah di kawasan Kazakhstan, dan di sekitar kawasan di Uighur.

Dari situ, mereka berjiran dengan Empayar Achaemenid, yang didirikan oleh Cyrus pada kurun ke-7 Sebelum Masehi.

Walaupun mereka hidup dalam keadaan nomad, gaya hidup mereka sedikit sebanyak...
...terpengaruh dengan gaya hidup orang Parsi.

Apabila Darius III tewas dalam perang dengan Alexander The Great, Parsi diperintah oleh Greek, dan sejak itu, yogurt mula masuk dalam diet orang Parsi.

Beberapa empayar datang dan pergi kemudian, sehinggalah Sasanids...
...yang kemudiannya tewas perang dengan Khalifah Ar-Rasyidun yang dipimpin Saidina Umar al-Khattab. Parsi kemudiannya memeluk Islam, dan kemudiannya menjadi Empayar Khwarazmi.

Empayar Khwarazmi kemudian ditakluk Mongol pada 1221, kemudian apabila Empayar Mongol berpecah...
...Parsi diperintah oleh Timurlane, yang memimpin Empayar Timurid. Timurid kemudiannya berpecah dan salah satunya memerintah India, iaitu empayar Mughal.

Dan dari sinilah masakan kurma, atau qōrma dalam bahasa Urdu, yang datang dari perkataan Parsi tadi.

Ia bermaksud...
...makanan berkuah.

Sementara Seljuks berjalan menghala ke Anatolia atau Turki pada hari ini, Mughal pula ke arah utara India.

Masakan qōrma ini adalah untuk makanan raja-raja Empayar Mughal.

Pemerintahan Shah Jahan pada tahun 1628 hingga 1658 memperluaskan jajahannya...
...ke seluruh subbenua India. Dengan adanya rempah ratus di bahagian selatan, gulai ini ditambah perisa dengan rempah-rempah seperti jintan manis, ketumbar, kayu manis dan buah pelaga.

Penggunaan yogurt yang datang dari Parsi, yang sebenarnya datang dari Greek, ketara...
...di sebelah utara, namun di sebelah selatan, mereka lebih gemarkan penggunaan santan yang lebih mudah.

Makanan tersebut kemudiannya tiba di Tanah Melayu pada zaman Belanda memerintah Melaka. Ketika itu, kentang sudah mula didapati dengan mudah selepas Portugis...
...dan kemudiannya Belanda membawanya dari benua Amerika.

Saya ada menulis sejarah tentang kentang dalam thread Fish And Chips, boleh dibaca di sini:

Hari ini kurma dianggap sebagai lauk kenduri, kerana ia datang dari budaya orang Gujerat yang datang ke Melaka, Johor atau Singapura yang berkenduri dengan makanan ini, bersama nasi minyak.

Saya pernah menulis sejarah tentang nasi minyak, boleh dibaca di thread ini:
Hari ini kurma bukan sahaja dimasak untuk meraikan kenduri, tetapi dimasak ketika makan pada hari biasa, seperti kita makan gulai kari.

Kurma lebih digemari kanak-kanak kerana ia kurang pedas.
Sumber:

Perry, C. "Korma, Kavurma, Ghormeh: A family, or not so much?Food and Language: Proceedings of the Oxford Symposium on Food and Cooking 2009, p. 254

Jean-Paul Roux, Histoire du Turcs (2000)

Turchin, Peter; Adams, Jonathan M.; Hall, Thomas D (December 2006).
Richards, John F. (1995), The Mughal Empire, Cambridge University Press
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with エリナ

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!