Akhi Fairuz Al-Jengkawi Profile picture
Jun 2, 2020 31 tweets 6 min read Read on X
Aku tertarik dgn beberapa komen mengatakan yg sistem undang2 Malaysia tidak adil sebab, kalau pemandu tu didapati bersalah, denda tu hanya diberikan kpd kerajaan sahaja, & tidak kpd keluarga si mati.

Sebenarnya, ya, duit denda tu takkan diberikan kpd keluarga si mati.

#bebenang Ini cara keluarga mangsa tu...
Namun begitu, sebenarnya, ada cara untok keluarga si mati ni dapat ganti rugi daripada pemandu mabuk ni.

Keluarga boleh failkan saman ke atas pemandu mabuk tersebut.

Bila boleh saman ni?

Sekarang pun boleh. Image
Maknanya, pemandu mabuk ni akan menghadap 2 mahkamah berbeza. Satu, mahkamah yang bicarakan kes jenayah dia. Dua, mahkamah yg bicarakan kes saman keluarga si mati.

Mahkamah tu, Hakim nya bukan org yg sama, perbicaraannya bukan pada tarikh yang sama, dan hukuman pun takkan sama.
Yang sedang diorang alami sekarang ni adalah, prosedur jenayah.

Yang kita nak minta saman-saman ini adalah prosedur sivil.

Dua benda yang berbeza. Satu, negara Malaysia saman. Dua, keluarga si mati saman. Image
Dalam undang-undang Malaysia, mana-mana ahli keluarga yang merasai kesakitan atau suffer ke atas kematian yang dilakukan oleh orang lain, ada hak untok menyaman.

Keluarga si mati boleh minta sekurang-kurangnya 2 claim.

Yang pertama, Dependency Claim.
Iaitu, tuntutan keluarga si mati yang menuntut agar pemandu mabuk ini bayar sejumlah wang yang sepatutnya arwah boleh provide kalau arwah masih hidup sampai umur 55 tahun.

Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 7(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Contohnya, ketika arwah ni masa hidup, dia provide RM 2500 sebulan untok menyara keluarga. Umur dia 45 tahun. Jadi, keluarga arwah boleh tuntut RM2500 x 12bulan x 10tahun segebuk daripada pemandu mabuk ni.
Keluarga hanya boleh tuntut pendapatan dia yang sampai 55 tahun sahaja. Lagi muda, lagi bergandalah tahun-tahun tersebut. Namun, ianya semua tertakluk kepada keputusan Hakim.
Yg kedua, Bereavement Claim.

Keluarga si mati boleh tuntut pemandu mabuk ni untok 'bayar' kesedihan yg dialami satu keluarga sebab matinya si arwah.
Contohnya, disebabkan arwah meninggal, anak-anak menangis sebut-sebut nama arwah siang malam, isteri jadi macam orang gila sebab hilang tempat bermanja, suami rasa trauma sebab isteri mati dalam keadaan tragis.

Namun, tuntutan ini tak boleh lebih RM10,000.
Yang ketiga, Loss Of Support.

Berbeza dengan Dependency tadi, Loss Of Support ni lebih kepada perbuatan yang tak keluarkan duit. Ianya tuntutan ke atas kehilangan tempat untok bergantung dari segi tenaga.
Yang ketiga, Loss Of Support.

Berbeza dengan Dependency tadi, Loss Of Support ni lebih kepada perbuatan yang tak keluarkan duit. Ianya tuntutan ke atas kehilangan tempat untok bergantung dari segi tenaga.

Contohnya, arwah merupakan ibu yang ada anak kecil.
Suami pula memang bergantung kat arwah utk jaga anak, dari bagi susu, mandikan, pakaikan baju & tidurkan anak tersebut. Disebabkan arwah dah meninggal, takda siapa nak buat kerja2 tu.

Maka, suami dia boleh tuntut kat pemandu mabuk tu tentang kehilangan support ini.
Yang keempat, Estate Claim.

Yakni, tuntutan kecederaan si mati. Keluarga tersebut boleh tuntut kepada pemandu mabuk ini sejumlah bayaran disebabkan 'kesakitan' yang dialami oleh si mati.

Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 8(5) Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Kalau arwah masih hidup, arwah lah yang buat tuntutan ini. Tapi, sebab arwah sudah pergi, keluarga arwah pula yang menuntut, tapi, hanya bergantung kepada laporan perubatan doktor.

Sebab apa kena bergantung laporan perubatan doktor?
Sebab, keluarga tak tahu pun si mati ni sakit macam mana. Tuntutan ini memang byk bergantung kpd laporan perubatan.

Keluarga boleh tuntut kesakitan, penderitaan semasa kemalangan dan kehilangan tubuh badan si mati.
Jumlah tersebut tidak dispesifikkan, dan keluarga boleh letak seberapa banyak yang dimahukan. Namun, semuanya terserah kepada Hakim.

Dalam tuntutan ini juga, keluarga boleh tuntut bil hospital, duit transport dan duit baiki kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
Yang kelima, tuntutan kos guaman.

Sekiranya keluarga si mati menang, keluarga boleh tuntut supaya pemandu mabuk ini membayar kesemua kos guaman mereka.
Bagi Dependency Claim, Bereavement dan Loss of Support ni, tempoh untok mulakan saman adalah dalam tempoh 3 tahun selepas kematian. Kiranya, kalau meninggal 21 Mei 2020, last untok saman adalah 20 Mei 2022. Lepas 20 Mei 2022 ni, keluarga tak boleh tuntut claim ni.
Bagi Estate Claim, tempoh untok mulakan saman adalah dalam tempoh 6 tahun selepas kematian.

.
.
.
.
.
.

Kalau keluarga ni menang, lepas tu, pemandu ni masuk penjara pulak sebab kalah kes jenayah, lepas tu dia tak nak bayar saman tu. Macam mana?
Kalau pemandu ni dah kalah saman, tapi tak nak bayar, ada beberapa perkara yang keluarga ni boleh buat:

1. Minta PDRM sita semua aset dan barang yang dia ada, kemudian lelong sampai cukup duit.
2. Minta orang lain yang berhutang dengan pemandu mabuk ni supaya lepas ni, segala hutang tu dibayar kepada keluarga itu sahaja.

3. Jual share syarikat pemandu mabuk ni kalau ada.

4. Minta Mahkamah Declare pemandu mabuk ni Bankrap sekiranya pampasan melebihi RM50,000.
Berdoalah kita agar makin tingkat kesedaran pemabuk-pemabuk ini supaya jangan jadi bodoh memandu masa kepala pening.

Dan berdoa, agar Tuhan lindungi kita menjadi kedua-dua pihak. Doa agar Tuhan tak jadikan kita mangsa dan tak jadikan kita pemangsa.
Terima kasih Tuan Farid yang sudi berkongsi ilmu guaman kepada kita semua.

Jika kalian ada kenalan yang jadi mangsa pemandu mabuk hingga berlakunya kematian, boleh sampaikan hal ini kepada mereka ya.
Post asal Tuan Farid di fb : m.facebook.com/story.php?stor…
Ada yang bertanya, macam mana nak bayar kos guaman semua, maka ini jawapan Tuan Farid di fb. Image
Terima kasih @kadtechi atas pembetulan dan penambahan info. Image
Sekiranya kalah, kita yang kena bayar kos guaman pemabuk. Kira tak dpt apalah.

Jadi, sblm pursue saman, peguam kena betul2 jujur chances menang tipis atau tak.

Tu etika profesional peguam. Dia tak boleh main sebat je kes kata confirm menang. Kena jujur.

Ini jawapan Tuan Farid bila saya whatsapp beliau tadi.

Harap semua maklum ya.

Thanks. Image
Ini pula komen Tuan Farid untuk kes kemalangan disebabkan kecuaian pemandu. Image
Guys, kalau ada pertanyaan berkaitan hal guaman, boleh terus rujuk post Tuan Farid di fb ya.

Saya hanya sebarkan untuk makluman warga twitter.

Jangan tanya saya ya. Saya bukan lawyer. Loyar buruk tahulah. 😅

Fb Tuan Farid 👉 facebook.com/mufarwafarid7

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Akhi Fairuz Al-Jengkawi Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @akhifairuz_

Sep 22, 2021
Bahaya sebenarnya kalau salah didik anak sulung.

Anak sulung ni memang byk kelebihan. Mengikut kajian mereka ada IQ yg tinggi tetapi cara didik anak sulung yg salah boleh buatkan :

⚠️ Jadi pemarah

- mudah melenting dgn adik2 & selalu tinggikan suara bila bersama adik adiknya
⚠️ Anak sulung jadi terlampau sensitif ( oversensitive )

- anak sulung jadi mudah menangis, mudah tersinggung dan sangat mudah merajuk hingga membuatkan mak ayah tertekan kerana setiap hari perlu memujuk
⚠️ Anak sulung jadi terlampau dominan ( bossy)

- anak sulung menjadi terlampau menguasai adik adiknya, tak suka berkongsi dan selalu gunakan kemarahan untuk menguasai
Read 14 tweets
Jul 12, 2021
Siapa Bella? Apa yang dah berlaku kepada anak kecil ini? Kenapa beza sangat keadaan beliau pada tahun ni?

Ini threadnya...

#JusticeForBella

Bella (2020) Bella (2021)
Adik Bella ni anak Down Syndrome yg berusia 13 tahun. Beliau ditemui sekitar usia 7 tahun sedang mundar mandir seorang diri di sekitar Kuala Lumpur.

Ada yg maklumkan, Bella anak yatim piatu. Tapi tak dapat disahkan secara rasmi. Adalah hamba Allah laporkan pasal Bella ni ke JKM.
Jadi, pihak JKM ambik adik Bella dan tempatkan beliau di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah di Negeri Sembilan.

Segalanya baik di sana. Bella happy. Segalanya baik-baik sahaja.

Sehinggalah usianya mencecah 12 tahun.
Read 36 tweets
Jun 4, 2021
Bila KJ aka Khairul Jamain ajak saya untuk join event Qurban & Aqiqah kat Tanzania, tertanya2 jugak, kenapa sampai ke Afrika tu.

Kat Malaysia ni pun ramai lagi kan yang memerlukan.

Tapi bila baca IG Story beliau ni, sebaklah pulak rasa. 😢
Ini pengalaman KJ ketika jayakan misi kemanusian di salah sebuah negara di benua Afrika.

Sedih guys! 😢
Sekolah depa. Cikgunya duduk di luar. Bilik guru tak ada.
Read 14 tweets
Apr 20, 2021
Tahun ke 3 dan 4 perkahwinan, saya dan isteri benar-benar struggle. Anak dah masuk 2 orang, duduk pula di KL. Masuk je gaji, sehari dua lepas tu mesti cemas dok fikir celah mana nak cekau duit beli pampers dan susu anak.
Pinjamlah duit kawan2, juga ada ketika terpaksa tebalkan muka minta belas ihsan dari keluarga sendiri. Syukur Alhamdulillah, keluarga sentiasa faham & doakan kami dimurahkan rezeki.

Akhirnya, isteri cadangkan untuk buat lunchbox. Kebetulan beliau pandai masak & suka memasak.
Saya pun buatlah poster dan buat hebahan di facebook. Nak kata dapat sambutan tu tak juga, tapi Alhamdulillah ramai kenalan fb yang order.

Sehari sebelum, kami awal-awal lagi dah ke NSK Selayang cari barang. Kadang tu awal-awal pagi ke Pasar Borong Selayang atau Pasar Borong KL.
Read 27 tweets
Jan 29, 2021
Beberapa minggu lepas, saya terbaca satu kisah di page IIUM Confession.

Seorang wanita, 5 tahun usia perkahwinan, memberi tips utk rumahtangga bahagia.

Cuma, yg menjengkelkan point ke 4 inilah.

- suami tgok porn, onani, isteri tgok porn juga sbb nak belajar caranya
Saya terus rasa macam..
.
.
What?!!!

Yang si laki pun awat jadi lagu tu?

Bila isteri mengadu penat, cuba check apa yang dia buat sehari suntuk kat rumah.

Tak bantu bini urus rumahtangga dan anak ke?

Ke sibuk main games dan layan porn je?

Alih2 bini jugak yang disalahkan.

🤦
Porn ni dadah alaf baru. Jangan normalisasikan ia.

Jgn kata yang lelaki, yang perempuan pun anggap porn ni benda biasa.

Saya pernah tulis pasal isu ni kat fb.

Suami kantoi kat bahagian history, share masalah kat page KRT, sekali ini komen yang muncul 👇
Read 18 tweets
Jan 28, 2021
Bila buku Dr @anayasminazmi berjudul Our Eyes Are A Gift From Allah sampai kat rumah, saya terus belek-belek isi kandungannya.

Tajuk nampak biasa, namun isi ceritanya luar biasa! Kisah dalam buku bermula bila si anak kecil masuk ke bilik ibunya tanpa minta izin.
Jadi, ibunya terus cakap, lain kali nak masuk bilik parents, ketuk pintu dulu. Kemudian minta izin untuk masuk.

Bila anak bertanya kenapa kena buat macam tu, si ibu terus jawab bilik tidur ini adalah ruang privacy di rumah.
Ia adalah tempat untuk berehat, salin pakaian, kadang-kadang ternampak aurat individu yang lain, jadi nak taknak kena minta izin dulu. Khuatir mata ni tengok hal yang tak sepatutnya.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(