Pernah seorang pesakit berkongsi cerita. Dia duduk di kerusi menunggu, kebetulan sebelah ada pesakit klinik lain. Bila ditanya jumpa siapa, dia jawab "jumpa doktor psikiatri.."
tak lama lepas tu, orang sebelah bangun & tukar tempat duduk
Cerita hina pesakit mental ni bukan baru. Modus operandi discredit pesakit mental ini dah lama digunakan. Sebab itu dalam Al-Quran ada 41 ayat cerita tentang para nabi dituduh 'gila' kerana bila seseorang dianggap gila, maka dia hina di mata orang lain.
Contoh: Firaun (26: 27)
Stigma terjadi bila kita:
1. Beri label yang mendiskriminasi seseorang dari kelompok masyarakat yang lain 2. Beri label yang mengaitkan individu dengan karekteristik negatif 3. Bila berlaku rejection masyarakat terhadap individu ini
Ada 2 jenis stigma:
1. societal stigma - masyarakat terhadap pesakit 2. self-stigma - pesakit terhadap penyakitnya sendiri
Society ni kita biasa dengar. Self-stigma ni banyak juga jadi, tapi dia sendiri tak sedar. Sebahagian create self-stigma secondary to stigma society.
Kenapa stigma wujud?
1. Ignorance - kejahilan 2. Media portrayal 3. Simply bad mouth bad behaviour 4. Lack of effort to educate public/family 5. System
contoh problem system - buat ward psychiatry belakang rumah mayat, ward psychiatry design macam rumah pasung berhantu
1. Insaf yang ni semua ujian Allah. Nak lawan tuhan? 2. Belajar pasal masalah mental 3. Faham individu, bukan tengok label penyakit 4. Media 5. Survivor to share experience 6. Jaga akhlak 7. Take mental health issue as everyone's business
Sila insof!
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina itu) lebih baik daripada mereka (yang menghina).."
(Al-Hujurat:11)
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Marah macam mana pun dengan anak, jangan buat benda ni:
1. Pukul sampai berbekas 2. Kurung dalam bilik 3. Ugut tinggal luar/tepi jalan/bagi kat orang lain 4. Banding dengan kawan baik dia 5. Silent treatment tanpa explain/closure
6. Ugut sayang anak lain sahaja 7. Tinggal di tempat gelap 8. Rekod anak menangis dan malukan dia 9. Kata anak ni "menyusahkan" 10. Menyumpah/keluar kata-kata kesat
Semua ini impak dia besar, dalam dan lama pada kehidupan anak.
Ramai dewasa yang saya temui masih tak boleh move on dari trauma ni.
Kebanyakkan yang marah macam ini, hakikatnya salah anak tu sebahagian sahaja, yang selebihnya sebab faktor sendiri:
- trauma sendiri yang tak selesai
- penat
- burnout
- projection (marah kat orang lain)
Siapa penat overthinking angkat tangan! ha baca ni.
1. Alert bila kita overthing - selalunya dia start dengan satu kerisauan, satu fikiran, kemudian bila dilayan dia beranak pinak. Macam jatuh dalam pasir jerlus, lagi lawan lagi tenggelam.
Jadi kenal pasti bila dia mula, supaya kita tak terperangkap. Siapa yang banyak beranak pinak tu fahamlah. Sapa single bayangkan aje.
2. Cabar fikiran yang datang - jangan terus terima, setuju atau ikut.
Cuba rasionalkan fikiran dengan hujah yang realistik dan praktikal, cari alternatif. canar tu dalam kepala juga, atau slow talk secretly, slowly kepada diri sendiri. Jangan cakap kuat-kuat depan rumah. Nanti jiran-jiran report polis.
Fikiran jauh sangat ke depan buat kita rasa anxious (resah). Sebab ketidaktentuan apa yg akan terjadi.
Fikiran jauh sangat ke belakang pula boleh buat kita rasa down (sedih). Sebab kekecewaan dgn takdir yang dah berlaku.
Mindfulness ajar kita untuk fokus pada NOW moment
Fokus pada hari ini, waktu ini, saat ini dan ketika ini.
Alaminya, feel it, embrace it. Non-judgementally. Menerima seadanya.
Khusyu' dengan kehidupan. Menghargai detik yang singgah.
Sebabtu bagi pesakit yang banyak sangat masalah hidup. Tak kira masalah lampau atau yang akan datang. Saya pesan agar mereka "take it a day at a time". Selangkah demi selangkah. Macam orang marathon. a step after another. Jangan fikir terlalu jauh (ke depan atau ke belakang).
Soalan ini sebenarnya bukan dituju pada satu-satu pihak. Bagi saya, memastikan sekolah selamat ialah kerja semua pihak.
Bak kata orang kampung saya, "It takes a village to raise a child".
Sistem pendidikan (policy makers), warga pendidik (pelaksana), pelajar (consumers), ibubapa (pemegang taruh), staff sokongan Dan masyarakat secara umum, semua ada peranan.
Sistem (rules dan regulation) dan kemanusian (akal budi pelaksana) harus seiring dan seimbang.
Perang jadi-jadian antara guru vs netizen, pelajar vs sistem dan sebagainya jangan sampai jadi tikus membaiki labu. Seronok saling membahan, akhirnya tiada perubahan. Yang menderita - anak-anak.
Perubahan zaman menuntut kita 1) Review sistem sedia ada dan perbaiki