, 29 tweets, 11 min read
My Authors
Read all threads
Banyak sangat krim/ ubat jerawat ni? Korang suka guna mana satu? Kenapa ada yg pakai ok, ada yg pakai tak ok? Image
Sebelum tu korang kena tahu macam mana jerawat tu terjadi (mekanisma) Image
Ada beberapa jenis ubat/ keim jerawat dalam pasaran dan masing2 mempunyai fungsi tersendiri, mengikut proses terjadinya jerawat itu
Benzoyl peroxide (BP) apabila pakai akan bertukar kpd
1. Benzoic acid - sejenis exfoliator yg akan buang sel kulit mati dan meningkatkan kadar tumbuh sel kulit baru
2. Oksigen - akan membunuh bakteria P.acnes yg hanya boleh hidup dlm keadaan tanpa oksigen Image
Benzoyl peroxide:
Pros: tidak ada risiko resistance kpd antibiotik
Cons: blh hilangkan warna di fabrik, blh keringkan kulit, kemerahan
Cara guna: jika tidak sensitif, boleh pakai BP kemudian moisturizer, jika sensitif, pakai moisturizer dahulu atau cuba yg rendah (2.5%) dahulu ImageImageImageImage
Salicylic acid (SA) adalah sejenis chemical exfoliator (BHA) yang boleh buang sel sel kulit mati, whitehead dan blackhead dan juga boleh mengurangkan keradangan (antiflammatory) dan mengeringkan minyak dari kulit. Image
Salicylic acid boleh mengeringkan kulit dan meningkatkan sensitif pada cahaya matahari jadi perlu pakai moisturizer dan sunscreen jika guna.

https://t.co/vTwEfnGFUC
Sulphur, digunakan sejak zaman Cleopatra (ye ke?) akan mengurangkan minyak di muka dan juga ada kesan antibakteria. Image
Hanya mempunyai kesan exfoliation yang rendah dan gentle berbanding BP dan SA di atas, jadi sesuai digunakan dgn kulit yg sensitif (rosacea, eczema, psoriasis, seborrheoic dermatitis). Tetapi tidak seefektif ubat yang lain jika digunakan dgn sendiri. Image
Clindamycin gel adalah sejenis antibiotik topikal Image
Hanya mempunyai kesan antibakterial sahaja, walaupun secara tidak lansung dapat mengurangkan kesan keradangan dari bakteria P.acnes dgn memusnahkannya. Ada risiko mendapat resistance kpd bakteria jika dipakai jangka masa yg lama ImageImageImage
Tretinoin adalah sejenis bahan yang sensitif terhasil dari vitamin A/ retinol, hanya didapati melalui Preskripsi Pakar Kulit sahaja. Berfungsi dgn exfoliate (buang sel sel kulit mati) dan membuka pori2 tersumbat. Juga mempunyai kesan anti keradangan Image
Tretinoin adalah satu bahan yang kuat dan mempunyai banyak kesan sampingan jika diambil tanpa pengawasan doktor/ berlebihan. Tidak sesuai dgn kulit sensitif kerana gatal, pedih, merah2 dan lebih sensitif pada cahaya matahari. ImageImageImage
Adapalene adalah lebih selamat dan gentle daripada tretinoin juga terhasil dari vitamin A. Image
Selain mempunyai fungsi buang sel kulit mati, ia juga antikeradangan dan boleh didapati tanpa preskripsi pakar. Tetapi ia juga boleh menyebabkan kulit pedih, gatal, merah2 dan lebih sensitif kpd cahaya matahari. Jgn lupa sunscreen tau. ImageImageImage
Tea tree oil adalah bertindak lebih perlahan dari BP dan tidak seefektif SA. Mempunyai kesan antibakteria dan antikeradangan Image
Tidak menyebabkan kulit sensitif seperti BP, salicylic acid, adapalene dan tretinoin kerana lebih gentle. ImageImageImage
Ada juga produk yang menggunakan kombinasi bahan seperti sabun nixoderm (sulfur dan salicylic acid) dan juga ointment nixoderm (gabungan benzoic acid, sulfur dan salicylic acid). Amat mengeringkan dan boleh menyebabkan kepedihan. Pakai dengan berhemah dan bersama pelembab. ImageImage
Dah cuba benda2 ni tapi masih tak berkesan? Kemungkinan badan anda menghasilkan keradangan yang tinggi/ hormon yang tinggi menyebabkan jerawat. Boleh cuba kawal pemakanan sblm anda berjumpa dengan pakar sakit kulit https://t.co/cEhpPowdQp
Tidak ada produk yang paling bagus, yang sesuai untuk semua orang kerana masing2 kulit lain, sensitif nya lain, toleransi lain, keperluan lain dan sebab jadi nya jerawat lain. Walaubagaimanapun, thread ini dpt memberi anda sedikit sebanyak informasi supaya anda boleh pilih
Twitter bukanlah gantian kepada konsultasi dengan doktor kerana:
1. Tiada pertanyaan sejarah pesakit (pola pemakanan, stress, skincare)
2. Tiada pemeriksaan kulit dgn lebih dekat
3. Tiada personal touch - relationship doctor patient
“Saya pakai tapi tak berkesan pun”

Saya ingin betulkan expectation semua orang ya. Ubat jerawat bukanlah krim magis/ sihir/ ajaib yang boleh hilangkan jerawat dengan sekelip mata sahaja. Ubat- ubat ini boleh mengambil masa 3 minggu sehingga 3 bulan untuk berkesan. Image
“Doktor, kenapa jerawat naik balik?”

Ini disebabkan jerawat itu hanyalah sebuah simptom (luaran) sahaja tetapi ubat2 ini tidak dapat mengubati penyebab simptom ini (dalaman) seperti:
1. Pemakanan (karbohidrat, gula, dairy, makanan berproses)
2. Stress
3. Hormon Image
“Kenapa saya pakai, jadi makin teruk?”

BP, SA, adapalene, tretinoin semua boleh menyebabkan Purging dan ambil masa 21-28 hari untuk berkesan. Teruskan guna.

https://t.co/yXLLZt8iaS
“Doktor, saya tak stress pun”

Klau berkali2 duk ulang2 ckp saya tak stress, tak stress, tp sekejap2 tgk cermin, mengeluh, maksudnya stress la tu. asyik duk fikir aje. Cuba fikir positif, “ok takpe, nanti jerawat hilang lah tu”, Jangan cepat putus asa, kipidap dongibab Image
Benzoyl peroxide - Over the counter (OTC)
Salicylic acid - OTC
Sulfur - OTC
Clindamycin - perlu preskripsi doktor
Adapalene - OTC
Tretinoin - perlu preskripsi dan pengawasan pakar sakit kulit
“Doktor, kenapa selalu tinggal bintik hitam selepas guna benzoyl peroxide?”

https://t.co/g49j7kJCAW
“Doktor, saya pakai moisturizer pun still pedih/ gatal/ kering”

https://t.co/ACE6dQEpgv
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Imran

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!