My Authors
Read all threads
[Thread 8– Terapi Gen boleh menyahaktif HIV?]

Sepanjang minggu ini, kita sudah lihat mengenai apa itu HIV, ubatan antiviral yang digunakan dan dua orang yang telah bebas HIV (Pesakit London dan Berlin). Jadi topik hari ini ada kaitan dengan dua kes pesakit ini..
CRISPR Cas9 adalah teknik yang asalnya digunakan dalam sistem pertahanan bakteria. Kombinasi CRISPR-Cas9 akan memotong fragmen DNA virus (bacteriophage) pada DNA sel.

Bacteriophage ialah nama virus yang menyerang bakteria. Rupa dia seperti virus dalam cerita Jimmy Neutron
CRISPR bermaksud 'Clusters of Regularly Interspaced Short Palindromic Repeats'. CRISPR ialah suatu rantau pada fragmen DNA yang mengandungi senarai pangkalan data kod virus yang perlu dihapuskan!
Manakala, Cas9 ialah suatu enzim (gunting molekul) yang bertindak untuk memotong keratan DNA virus mengikut manual yang disediakan CRISPR itu.

Kombinasi CRISPR-Cas9 ini telah menjadi suatu pencapaian baharu dalam bidang pengeditan gen.
Seperti yang pernah disebut dalam Thread 6 mengenai pesakit Berlin, para pengkaji cuba meniru gaya mutasi ini dengan memotong gen CCR5-delta-32 ini. Info tambahan, sebanyak lebih kurang 11% penduduk Eropah Utara mempunyai mutasi pada gen CCR5 ini.
Secara teori, sepatutnya ketiadaan gen CCR5 akan memberi halangan (resistance) kepada virus HIV. Namun, perkara ini masih dalam perdebatan antara para saintis dan pengkaji. Sesetengah mengaitkan fakta bahawa mutasi secara keturunan tidak boleh disamakan dengan pengeditan gen.
Malah, perbezaan lokaliti individu mungkin membawa kepada kesan sampingan yang tidak diketahui seperti penyakit Sindrom Nil barat atau kecenderungan akibat influenza (sehingga 4× ganda). Tetapi, segelintir saintis menolak kemungkinan ini.
Sedang dalam perdebatan, seorang pengkaji dari China, He Jiankui, mengedit gen sepasang kembar perempuan (Lulu dan Nana) pada peringkat embrio untuk 'membuang' gen CCR5 mereka. Walaupun begitu, hanya Nana ketiadaan CCR5 secara homozygous (pada kedua-dua alel).
Namun, pada hujung 2019, He Jiankui disabitkan kesalahan kerana melanggar etika perubatan oleh mahkamah di Shenzhen atas sebab mengubah genetik bayi tersebut dan dipenjarakan selama 3 tahun dan dikenakan denda sebanyak 3 JUTA Yuan (sebanyak RM1.8 JUTA).
Malahan, insiden ini dinamakan 'Kontroversi Lulu dan Nana', 'Skandal He Jiankui'.

[TAMAT]

Rujukan dan bacaan lanjut:
1. livescience.com/58790-crispr-e…
2. cellandbioscience.biomedcentral.com/articles/10.11…
3. nature.com/articles/d4158…
4. sciencemag.org/news/2019/08/d…
5. sciencemag.org/news/2019/12/c…
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with TweetSains | Faris

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!