My Authors
Read all threads
Kenapa banyak sangat blog, akaun sains di Facebook & Twitter dan siaran YouTube bercerita pasal pelancaran roket SpaceX yang terbaru ni? Apa yang istimewa sangat?

Ini ialah bebenang.
Pada awal pagi esok kita bakal menyaksikan pelancaran roket yang bersejarah bagi syarikat pembangun roket swasta SpaceX kerana pelancaran esok merupakan pelancaran sulung yang membawa manusia ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
La...selama ni pelancaran SpaceX yang digembar-gembur bertahun-tahun sebelum ini tak bawa orang lah ye?
Ya. Selama ini SpaceX hanya membuat pelancaran untuk menghantar satelit ke orbit dan menghantar peralatan saintifik dan perkakasan ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
Yang membuatkan pelancaran pagi esok ini istimewa ialah Amerika sebenarnya dah laaaamaa tak hantar angkawan sendiri ke SAA sejak tamatnya program roket ulang-alik pada tahun 2011.

Krik krik la tu..
Abang Elon juga berasa amat bangga kerana jika roket ini berjaya dilancarkan, maka impian SpaceX untuk menghantar manusia ke Marikh juga semakin hampir.

(Cuba bayangkan bertapa menyirapnya AS yang selama ini berharap kepada misi Soyus untuk menghantar angkasawan ke SAA?)
Untuk peminat sains fiksyen pula mesti meleleh air liur melihat rekaan kabin pesawat yang serba putih dan futuristik. Hmm...ini memang hasrat Abang Elon yang menginginkan rekaan minimalis.
MEMAMG PUN! Kenderaan SpaceX Demo-2 tidak lagi sarat dengan butang - apatah lagi berabjad Rusia macam Soyuz.

Kapsul Dragon ini dikawal secara automatik.
Ya!
Termasuk fasa melabuhkan kenderaan di SAA.
Tetapi untuk misi kali ini sebelum kapal Demo-2 berlabuh di SAA, mereka akan buat gerakan secara manual untuk menguji sistem tersebut. Nampaknya ada skrin sentuh dan bilangan tombol yang minimal pada papan pemuka Demo-2.
Apa-apa pun saya ucapkan selamat maju jaya kepada Bang Elon, supaya berbaloi suntikan dana berbillion-billion dolar dari NASA ke SpaceX kih kih kih...

Bagi yang berminat boleh tunggu jam 4.30 pagi esok untuk menonton pelancaran secara langsung.
Elok le bersahur puasa 6 sekali...
Tapi sebenarnya ramai orang nak tengok sut angkasawan termoden Bang Elon. Geng sains fiksyen sangat...
Nak tengok siaran langsung di mana?
Hah..gelintar saja di YouTube...saya boleh ramalkan banyak siaran langsung baik dari organisasi atau orang persendirian.

Jangan lupa 4.30 pagi 28 Mei 2020!
Saya baru terfikir perkara ni dan saya rasa perlu sampaikan.

Untuk tambah meremang bulu roma ketika pelancaran esok boleh pasang lagu tema Top Gun bila kiraan mencapai 0.

Sekian.
Hmm..nampaknya ramalan cuaca macam tidak menyebelahi NASA.
Bergaya...mengenakan sut serba putih.
Bukan main lagi angkasawan naik Tesla.
Bijak sungguh muslihat Bang Elon...
Bang Doug yang terlebih bersemangat masuk ke dalam kapsul lebih awal dari yang dijadualkan.

Sekali imbas rupa dalaman kapsul dah macam panggung 5D di Wangsa Maju. Ha..boleh cuba!
Abang Elon dengan bertenang memberi lampu hijau kepada Tom Cruise membuat penggambaran filem di Stesen Angkasa Antarabangsa.
Pelancaran Tidak Diteruskan.
Jumpa Sabtu Ini!
Bagi sesiapa yg baru pertama kali menunggu dr pertengahan mlm sampai pagi utk ikuti pelancaran roket:

Last minute scrub ni benda biasa. Kalau tonton pelancaran roket Falcon sebelum ini memang banyak kali macam ini.

Harap anda tidak berputus asa utk mengikuti siaran seterusnya.
Mari mengubati jiwa yang berduka dengan video lawak kompilasi roket meletup Abang Elon dan rakan-rakan.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with TweetSains

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!