, 17 tweets, 2 min read
My Authors
Read all threads
Antanom

[Ini adalah bebenang]
Ontoros Antanom merupakan seorang tokoh pahlawan kaum Murut yang sangat dikenali di Sabah.
Dilahirkan dalam golongan aristokrat kaum Murut yang menjadi faktor kepada ilmu kepimpinan dalam dirinya.
Selain ilmu yang penuh di dada, Antanom juga dikatakan mempunyai tubuh badan yang sasa serta berambut panjang.
Antanom dikenali kerana menjadi ketua kepada kaum Murut dalam penentangan terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB).
Ini kerana SBUB mengenakan cukai dan undang-undang yang tidak masuk akal serta mengambil seorang anak daripada setiap keluarga untuk dijadikan buruh paksa tanpa dibayar upah.
Pada Februari 1915, Antanom dan bala tenteranya telah melancarkan serangan dengan membakar bangunan SBUB yang terletak di Pensiangan.
Kemudian, pada Mac 1915, Antanom turut menyerang dengan membakar bangunan SBUB di kawasan Rendum.
Serangan balas yang dilakukan SBUB tidak membuahkan hasil kerana tidak ada kubu yang dapat dilepasi.
Namun pihak SBUB mengenakan muslihat lain dengan mengajak Antanom untuk melakukan perjanjian damai.
Selepas menandatangai perdamaian tersebut, Antanom telah ditangkap oleh pihak SBUB.
Beliau telah diseksa serta ditembak bertubi-tubi tetapi kekal teguh bernyawa.
Ini kerana, ada yang mengatakan bahawa antanom adalah pahlawan yang mempunyai kekebalan diri.
Akhirnya, kepala Antanom telah dipancung oleh orang-orang SBUB.

Antanom telah meninggal dunia pada umur 30 tahun.
Keadaan ini juga menandakan bahawa orang Murut terus dihimpit oleh pihak SBUB.
Disebabkan kegagahan dan keberanian Antanom, beliau telah dijulang sebagai tokoh pahlawan oleh kaummnya Murut sehingga hari ini.
Terima kasih sudi baca thread kami 😊

#KitaMestiMenang #KitaJagaKita #MyMOTAC
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with MOTAC

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!