Adapun Inderapura pada zaman kemegahan Kerajaan Melayu Melaka telah diperintah oleh seorang Bendahara bernama Bendahara Paduka Raja.
"Ada apa Inang? katakanlah.." titah baginda Bendahara Paduka Raja.
"Apa gerangan barang itu Inang?" tanya Bendahara.
"Pergilah Inang..." Bendahara memberi izin.
"Izinkan anakanda turut serta, ayahanda.." sembah Puteri Wanang Seri kepada Bendahara Paduka Raja.
"Baiklah. Ayahanda izinkan.."
"Inang, bawakan air untuk beta. Beta dahaga, inang" titah Puteri Wanang Seri.
"Baik, Tuanku.."
Puteri Wanang Seri sewaktu itu sedang membelakangi burung merpati itu. Sewaktu mendengar suara inang tua itu, hati Puteri Wanang Seri lantas berdebar-debar.
"Kenapa Tuan Puteri menutup wajah Tuan Puteri?" tanya Inang Pengasuh.
Mendengarkan madah Puteri Wanang Seri itu sekelian inang ketawa lucu.
Setelah terlerai segala lelah yang mengikat urat saraf, tibalah masanya rombongan itu berangkat meneruskan perjalanan.
Ketika itu airmata hiba Puteri Wanang Seri jatuh ibarat karang yang berderaian. Burung merpati itu kemudian terbang jauh melintasi kolam itu.
"Ampun Tuanku, sembah pacal yang hina. Terimalah pemberian yang tidak seberapa dari hamba yang hina ini..."
"Orang muda..." titah Puteri Wanang Seri.
"Patik, Tuanku.."
"Hamba erti sedikit-sedikit, Tuanku" jawab pemuda itu.
"Jika itu sudah kemahuan Tuanku, patik menurut sahaja..."