---
Yang pernah minum air gula mesti terbayang-bayang di deria rasa sekarang ni.
Bab nak telan tu yang payah tu, selepas tu takut pula nak tahu nombor magik yang akan keluar, yang menentukan kita dapat kencing manis ke tak masa hamil ni.
🚦berumur 25 tahun dan ke atas
🚦pernah mendapat kencing manis ketika mengandung sebelum ini
🚦sejarah kencing manis dalam keluarga
🚦berat badan berlebihan sebelum hamil
🚦mengalami masalah yang
🚦pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (>4kg) ketika kelahiran terdahulu, lahir mati atau bayi yang dilahirkan cacat.
Jadi bila doktor minta buat ujian air gula tu,
Kalau ada, cara kami petugas perubatan jaga kehamilan berbeza daripada kehamilan tanpa kencing manis. Anggaplah bila kena jumpa lebih kerap tu tanda kami sayangkan anda ok! 🥰
Setiap dua minggu tu, bacaan air gula Zana diambil dan dilengkapkan dalam
Zana ni bukannya apa. Mengidam orang mengandung katanya. Mulalah nak makan macam-macam benda-benda manis ni.
Ini macam gaya ugutan Zana pada kaum keluarga bila dinasihati agar mengawal pemakanannya, kurangkan yang manis.
'Eh ke situ pula! Mitos la weyh benda tu. Tak sangka dah zaman kereta terbang ni pun korang percaya lagi ek.
Zana tak mahu!
Aku pun mengelengkan kepala di klinik.
"Ala doktor, tu sebab saya makan 'cheese cake' tu yang sangkut tu. Tak boleh ke tak
Janjimu pun manis ni Zana.😅
"Saya tak bersedia lagi nak cucuk malam-malam. Dah cuba bincang dengn doktor KK tak nak ambil lagi, dah la kena cucuk hari-hari. Takmo, nehi he!"
"Sebaiknya kena ambil, sebab beberapa minggu selepas Puan mula dikesan ada kencing manis semasa hamil, doktor di KK dah mulakan dengan cara kawal pemakanan terlebih dahulu. Jika masih merah macam ni, kena mulakan dengan ubat-ubatan.
Zana cuba bernegosiasi lagi.
"Memang sudah tiada cara lain lagi ye doktor? Kalau boleh tak nak cucuk-cucuk ni."
Panjang lebar cuba kufahamkan Zana tentang keburukan jika tidak mengawal tahap gula dalam darahnya
Siap buat senarai kesan komplikasi kencing manis tidak terkawal kepada ibu dan anak dalam kandungan.
Jika paras gula di dalam darah berlebihan, bahaya kepada bayi sebab :
🍯 ia berpindah ke bayi menerusi uri 👉paras glukosa darah bayi tinggi
🍯 pankreas bayi
🍯 bayi menjadi makrosomia (berat 4.0kg atau lebih).
🍯 masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa kelahiran
🍯 tinggi risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.
🍯 risiko jaundis yang berpanjangan
🍯 ketidakimbangan paras elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah
🍯masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi
Anak pun sudah banyak komplikasi. Komplikasi si ibu kita simpan di lain artikel pula ya.
Zana jadi risau dan insaf. Masih belum terlambat untuk Zana kembali ke pangkal jalan.
Harapnya Zana ikutlah nasihat doktor ambil insulin ni.
Lagi dua minggu kita tengok bacaan gula dia ya!
#AimiGYN
#MedTweetMY
Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua.
Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
Telegram : t.me/doktorbidan
Rujukan : myhealth.gov.my/diabetes-semas…