Aiman Psikologi 🧠🇲🇾 Profile picture
Jun 18, 2020 16 tweets 4 min read Read on X
Sedikit ilmu perkongsian berkaitan pemilihan ubat ketiak.

Ilmu ini jarang kita belajar, jadi boleh baca jika berminat.

Ini ialah thread (bukan topik psikologi).
Setiap daripada kita mempunyai ketiak berbeza dengan keperluan berbeza.

Ada orang berbau,
Ada yang berpeluh,
Ada yang kedua-duanya sekali.

Pemilihan ubat ketiak yang salah akan membawa padah seperti tak hilang bau, banyak peluh dan semakin hitam.
Pertama sekali, kaji dulu apa masalah ketiak kita?

Adakah banyak peluh?
Adakah berbau masam?
Atau kedua-duanya terus?

Macam pilih perfume, jangan pilih ubat ketiak sebab ikut kawan atau orang lain kata sedap.

Lain ketiak lain keperluan.
Kalau ketiak berbau, pastikan beli ubat ketiak yang bernama deodorant. Ada tulis di label produk.

Sebab ini memang fungsi untuk hilang bau ketiak yang masam.

Deodorant biasanya berbau wangi atau segar, bergantung kepada jenama.
Deodorant pula ada 3 jenis.

Ikut tahap kemasaman ketiak.

Kalau masam sikit-sikit, pilih yang jenis spray.

Kalau masam pertengahan, pilih yang jenis stick atau gel.

Kalau masam yang amat, pilih roll on.

Saya panggil ini degree of ketibus.

Ketibus tu apa?

Ketiak bus........
Deodorant tak hilangkan peluh, tetapi tutup bau saja.

Maksudnya kalau pakai, ketiak masih akan berpeluh, cuma tiada bau.

Okay, kalau bukan isu berbau, tetapi isu asyik berpeluh?

Maka pilih lah Anti Perspirant.

Produk ini ada molekul-molekul halus yang akan tutup liang peluh.
Jadi, bila adanya antiperspirant, maka peluh tak keluar atau keluar pada kadar minima.

Sama seperti deodorant, antiperspirant juga ada degree of ketibas.

Ketibas tu apa?

Ketiak bas..........
Kalau ketibas sikit-sikit,

Pakai antiperspirant jenis spray.

Kalau pertengahan, pakai jenis stick atau gel.

Kalau ketibas yang amat, pakai yang jenis roll on.

Sama saja konsep seperti ketibus deodorant.
Tetapi, antiperspirant tak tutup bau ketiak. Hanya bantu kurangkan peluh. Jadi macam mana kalau ada orang isu nya berpeluh dan berbau?

Atau kita panggil keticak.

Ketiak bec......
Jawapannya, pilih ubat ketiak yang tertulis Deodorant Antiperspirant.

Ya ada kedua-duanya sekali.

Iaitu bantu kurangkan peluh, dan juga bantu tutup bau masam.

Degree of keticak pun sama.

Mild, spray.
Moderate, gel or stick.
Nauzubillah, roll on.
Selepas ini, apabila pergi Giant, Tesco, Watson atau sebagainya waktu nak beli ubat ketiak,

Jangan lupa baca label dan fahamkan terma-terma ini ya.

(Kebanyakan produk ubat ketiak sekarang ada kandungan kedua-dua deodorant dan antiperspirant sekaligus. Ikut jenama)
Pemilihan ubat ketiak yang betul, akan bantu untuk kita selesa dan confident dengan diri kita, terutama isu personal hygiene.

Sebab ketiak berbau atau berpeluh ialah salah satu daripada 10 jenayah imej seseorang.

Apa itu jenayah imej? Lain kali kita borak pasal ini!

Sekain.
Macam mana saya tahu semua ini?

Rahsianya ialah melalui gambar ini haha. Saya seorang perunding imej 😉

Nak tak nak, segan tak segan, ilmu perapian diri berkaitan kebersihan ketiak, ialah salah satu modul dalam kursus ini.

Cuma saya banyak tulis pasal Psikologi je sekarang. Image
Saya ambil pentauliahan dan lesen ini di bawah Puan Mary, antara ikon besar berkaitan imej di Malaysia.

Cums saya dah jarang tulis pasal imej 😅

Kalau nak belajar pasal imej-imej ini, boleh follow rakan seguru saya, @asnawiyusof. Dia CPIC dan juga CMIC (Men Image).

😁👍🏼
Oh ya. Lupa nak tambah.

Make sure pakai ubat ketiak sejurus selepas mandi ya (sebelum bersiap part lain).

Supaya ada masa untuk dia kering sebelum kita sarung baju.

Jangan pakai ubat ketiak waktu dah pakai baju.

Tu antara sebab bahagian ketiak baju jadi hitam/keras.
Dah alang-alang kat sini, jom beli buku "Pendiam?", Memahami personaliti introvert dalam dunia ekstrovert 😁👍🏼

Boleh beli melalui link:
aimanpsikologi.com/buku

Jom juga sertai webinar saya bersama @imanmediaplus sabtu ini berkaitan kesihatan mental.

Tengok foto 😁👍🏼 ImageImageImage

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Aiman Psikologi 🧠🇲🇾

Aiman Psikologi 🧠🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AimanPsikologi

Nov 8
"Bed Rotting".

Trend yang sedang popular ini di TikTok, dan yang ramai ikut ialah dalam kalangan Gen Z.

Dikatakan sebagai tanda "self-care" mereka.

Apa benda sebenarnya ini?
Bagus ke tak daripada aspek psikologi dan kesihatan mental kita?

Jom kita kupas sama-sama 🧵 Image
Image
Image
Pernah tak rasa macam nak "hilang" sekejap daripada dunia ini?

Bebas daripada penat kerja, expectation keluarga, dan demand orang sekeliling?

Lalu kita pun berehat di atas katil.

Bukan pejam mata, bukan tidur lena.

Tetapi main gajet, tengok cerita dll, sebagai tanda "self-care".
Ini yang pengikut trend itu panggil sebagai "bed rotting".

Semakin popular, terutama dalam kalangan dewasa muda yang dah bekerja, dan nak bebas daripada tekanan hidup di luar bilik sendiri (kerja, orang, keluarga dll).
Read 17 tweets
Aug 29, 2023
"Kenapa zaman sekarang je ramai ada masalah mental? Zaman dulu tak wujud pun depression anxiety semua ni, okay je orang sekarang."

Pernah terfikir tak kenapa?

Ada pernah dengar komen begini oleh orang sekeliling?

Ada 3 perspektif kita boleh kupas, kenapa.

Bebenang.
Sebelum itu, kita kena faham dulu apa maksud "kesihatan mental" itu sendiri, sebelum boleh sembang pasal penyakit/kecelaruan/gangguan mental.

Ikut definisi WHO: Image
Ada 4 point penting kat situ.

Peringkat diri sendiri:
1. Sedar kemampuan diri
2. Boleh kawal tekanan diri

Peringkat kemasyarakatan:
3. Boleh kerja/berfungsi
4. Menyumbang kepada sekeliling

Cukup empat-empat ini, baru boleh dikatakan seseorang itu sihat mental. Image
Read 17 tweets
Sep 11, 2022
Tabiat menonton pornografi ini hanya dianggap sebagai masalah/cabaran, kalau individu itu terasa struggle untuk berhenti. Kalau dia rasa okay, ia tak dianggap masalah.

Tetapi, ada 5 petanda / indikator bahawa seseorang itu sudah mula tahap ketagih dengannya.

Bebenang. Image
Sebelum itu, ketagihan pornografi tak diiktiraf oleh American Psychiatric Association (APA) sebagai satu diagnosis kecelaruan mental dalam rujukan pakar.

Tetapi, perasaan dan tindakan yang perlu tonton dan tak dapat berhenti (kompulsif), ia boleh dianggap sebagai satu masalah.
Ada beza Kompulsif dan Ketagih.

Kompulsif - Tindakan yang kena buat berulang-kali bukan sebab nak rasa seronok, tapi sebab nak legakan stres/anxiety.

Ketagih - Dibuat banyak kali sebab seronok dan tak dapat berhenti, walaupun dah timbul kesan buruk pada diri.
Read 13 tweets
Jan 3, 2022
Kalau ikut JKM, klien-klien sebelum ini (kanak-kanak) mendaftar OKU bagi ADHD di bawah OKU Pembelajaran (seperti ASD), kerana banyak mengganggu fungsi pembelajaran.

Tetapi menjelang dewasa, ADHD banyak memberi kesan kepada hubungan, kerja, malah tugasan asas seharian pun.
Maksudnya, simptom ADHD ketika masih kanak-kanak (sering dikaitkan dengan hilang tumpuan, hiperaktif atau kedua-duanya sekali),

Berbeza apabila meningkat dewasa, simptom itu akan
nampak 'berkurangan', sebab ia mula beri kesan kepada faktor hidup yang lain.
Bahasa mudah,

Kanak-kanak yang ada ADHD,
Dewasa yang ada ADHD,

Kedua-dua generasi ini mempunyai manifestasi simptom yang berbeza (tetapi secara klinikal sama), cabaran hidup yang berbeza,

Maka intervensi atau cadangan rawatan juga berbeza-beza.
Read 8 tweets
Jan 1, 2022
Adakah kafein dalam kopi boleh menyebabkan anxiety?

Jawapan pendek, tidak.

Tetapi kafein yang tinggi mampu menyebabkan muncul simptom seperti anxiety (nafas cepat, jantung laju, sakit dada).

Maksudnya, kalau anda sedia ada anxiety, kafein akan buatkan simptom jadi lebih teruk.
Malam, simptom seperti anxiety ini akan jadi lebih teruk bagi:

1. Individu yang jarang minum kopi, tiba-tiba satu hari nak cuba minuman kafein tinggi seperti espresso.

2. Individu yang sedia ada mempunyai masalah anxiety, dan kafein memburukkan keadaan.
Nak minum, boleh. Dipersilakan, tak siapa larang. Saya juga peminum kopi setiap hari.

Tetapi,

1. Berpada-pada. Ikut kajian, maksimum 400mg sehari, atau lebih kurang 4 cawan espresso.

2. Jika memang ada masalah anxiety, elakkan kerap minum kopi selalu.
Read 5 tweets
Jul 1, 2021
Dah lebih setahun kita semua kelas online kan?

Daripada tadika, sekolah sampai la ke universiti.

Tahu tak, ada satu istilah dalam psikologi, merujuk kepada tekanan dan gangguan kesihatan mental yang berkait rapat dengan penggunaan teknologi?

Namanya "TECHNOSTRESS"

Thread.
Technostress ini asalnya diperkenalkan oleh seorang psikologis, Craig Brod pada tahun 1984 (dalam bukunya, Technostress)

Iaitu perubahan psikosomatik (fizikal dan mental) dan stres yang terjadi pada seseorang, hasil daripada penggunaan komputer secara berterusan dan berpanjangan
Technostress ini simptomnya ada banyak, antaranya

1. Sakit kepala menghadap skrin

2. Badan lesu tak bertenaga (sedangkan tak ada buat aktiviti lasak)

3. Lenguh belakang, leher dan mata

4. Susah nak bertenang (sampai tahap selalu terfikir pasal kerja sepanjang masa)
Read 26 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(