My Authors
Read all threads
Hari ini adalah ulang tahun ke-70 permulaan Perang Korea antara Korea Utara dan Korea Selatan (25/06/1950 – 27/07/1953) yang mengorbankan hampir 5 juta nyawa.

Perang Korea sebenarnya belum tamat. Kedua-dua negara hanya bergencat senjata tapi belum berdamai.
Sebab tu Korea Selatan mewajibkan lelaki berumur 18-28 tahun masuk tentera, tak kira lah kau Baekhyun ke Chanyeol ke Jin ke Jungkook ke, kena sentiasa bersedia. Nasib lah kalau berlaku perang masa kau punya turn.
Perang Korea berpunca daripada percubaan Korea Utara di bawah kepimpinan Kim Il-sung (atuk Kim Jong-un) untuk "menyatukan" Semenanjung Korea yang berpecah kepada dua negara.

Rambut sama stylo macam cucunya.
Perang Dunia Kedua tamat pada 15 Ogos 1945 & Jepun melepaskan semua jajahannya termasuk Korea.

Kalau ikutkan orang Korea nak dirikan semula negara Korea yang merangkumi seluruh Semenanjung Korea macam di zaman Goryeo (918-1392), Joseon (1392-1897) & Daehan Jeguk (1897-1910).
Tapi dua kuasa pemenang iaitu US & USSR tak bagi. Geografi Korea terlalu strategik.

Macam Jerman yang dipecahkan kepada Jerman Barat (kem US) & Jerman Timur (kem USSR) sebab berada di tengah2 negara sekutu US & USSR , Korea pun berada di antara zon pengaruh US (Jepun) & USSR.
USSR syokong Kim Il-sung mendirikan negara komunis "Joseon Minjuui Inmin Gonghwaguk (Democratic People 's Republic of Korea / DPRK) di Pyongyang. US sokong Syngman Rhee mendirikan negara kapitalis "Daehan Minguk" (Republic of Korea / ROK) di Seoul, dipisahkan oleh 38th Parallel.
DPRK dikenali sebagai Korea Utara, ROK dikenali sebagai Korea Selatan. Tapi dua2 negara ni tak iktiraf satu sama lain, masing2 melihat diri sebagai "the one true Korea". Korea Utara gelar Korea Selatan sebagai anjing US, Korea Selatan pun gelar Korea Utara anjing komunis.
Jadi Korea Utara mengorak langkah dahulu dengan menyerang Korea Selatan. Korea Utara belasah Korea Selatan habis-habisan. Dalam masa 3 bulan Korea Selatan hilang semua kawasannya, tinggal Busan dan Daegu.

US tengok alamak cannot be, maka memohon UN untuk bercampur tangan.
Dan UN pun bersetuju dengan penubuhan pasukan UN Command yang terdiri daripada 16 negara, diketuai oleh US untuk stop pencerobohan Korea Utara.

Sehingga hari ini Perang Korea adalah satu-satunya perang di mana UN terlibat secara langsung sebagai combatant.
Tanah perkuburan tentera UN Command ni ada di Busan.

16 negara ni termasuk Turki. Tentera Turki kebanyakannya settle down kat Itaewon. Sebab tu kat Itaewon banyak restoran Turki. Diorang membentuk komuniti Muslim pertama di Korea. Masjid pertama Korea pun dibina di Itaewon.
Dengan campur tangan US, Korea Utara pula kena belasah.

Tapi US tamak, serang sampai ke sempadan China. China cuak lah sebab dia anggap Korea Utara sebagai negara penghalang kuasa kapitalis. Maka China pun join perang dan bantu Korea Utara belasah pakatan US balik.
Ding-dong ding-dong akhirnya kedua-dua pihak menandatangani gencatan senjata pada 27 Julai 1953. Sempadan tidak berubah, masih 38th Parallel. Cuma sebelum perang sempadan straight, lepas perang jadi zig zag sikit.
Jadi Perang Korea boleh dikatakan sebagai perang yang sia-sia. Tak membawa perubahan tapi menyebabkan ramai nyawa layang malah banyak keluarga dipisahkan buat selama-lamanya. Macam Jin-tae dan Jin-seok dalam cerita Taegukgi.
Keluarga yang terpisah ni kena tunggu sampai tahun 2000 baru dapat bertemu kembali, selepas perjumpaan bersejarah antara Kim Jong-il (anak Kim Il-sung, ayah Kim Jong-un) dan Kim Dae-jung (presiden haluan centre-left pertama di Korea Selatan).
Kim Dae-jung menamakan dasar berbaik-baik dengan Korea Utara sebagai "Sunshine Policy". Kiranya kehangatan dan kemesraan (ibarat sinar matahari) Korea Selatan akan dapat mencairkan hati Korea Utara. Bunyi agak idealistik sikit.
Di bawah Sunshine Policy, Korea Selatan melabur di Korea Utara, membina kilang di Kaesong membantu merancakkan ekonomi.

Korea Utara pun membenarkan atlet Korea Utara & Korea Selatan menyertai temasya sukan di bawah satu bendera iaitu Unification Flag (통일기 / Tongilgi).
Artis K-Pop macam Sechskies, Fin.KL, Shinhwa dan Baby V.O.X. buat konsert kat Pyongyang. So nampak ada harapan besar untuk dua Korea bersatu semula.
Harapan tinggal harapan. Sunshine Policy mati selepas Korea Utara melancarkan ujian nuklear pertama pada Julai 2006. Semua bantuan & wang Korea Selatan bagi diguna untuk menghasilkan senjata nuklear bagi menguatkan lagi kuasa Korea Utara.

Sebab tu hidup jangan idealistik.
Hubungan kembali tegang seakan nak berperang semula. Pada tahun 2010, Korea Utara menenggelamkan kapal perang Cheonan milik Korea Selatan & mengebom Pulau Yeonpyeong di Korea Selatan.

Tak lama kemudian Kim Jong-il meninggal dunia pada tahun 2011 dan diwarisi oleh Kim Jong-un.
Kim Jong-un mula-mula pun agresif, tapi akibat tekanan China (Trump guna trade war untuk tekan China supaya tekan Korea Utara) dia pun berbaik-baik dengan Korea Selatan dan berjumpa dengan Moon Jae-in pada April 2018.
Pasukan atlet Korea Utara dan Selatan menyertai Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang di bawah Tongilgi. Artis K-Pop termasuk Red Velvet buat konsert di Pyeongchang.

Sunshine 2.0.
Tapi hubungan kembali tegang apabila Kim Yo-jong bertindak agresif dengan memusnahkan Pejabat Perhubungan Korea Utara-Selatan di Kaesong yang dibina selepas perjumpaan Kim-Moon.

Tapi tak lama kemudian, Kim Jong-un pula menafikan mahu bertindak keras terhadap Korea Selatan.
Kejap baik, kejap tegang. Masalah unpredictability rejim Kim ni menghalang penyatuan semula Korea.

Tapi kalau tanya US, China dan Jepun pun diorang lebih selesa dengan status quo "dua Korea" berbanding penyatuan Korea.
China memerlukan Korea Utara sebagai buffer state, US memerlukan Korea Utara sebagai alasan untuk menempatkan tenteranya di Korea Selatan, Jepun pun takut Korea akan jadi lebih kuat daripadanya. Jadi tak ada usaha untuk mendamaikan dua Korea.
Malah cabaran yang lebih besar sekarang adalah keinginan bersatu yang semakin merosot, terutamanya di kalangan orang muda.

Diorang tak ada memori bersama "saudara" di utara. Bagi diorang idea penyatuan tu terlalu kabur, bukan keutamaan.
Kalau Korea bersatu kembali, akan wujud persoalan seperti adakah peluang pekerjaan mencukupi, adakah perbelanjaan sosial mampu menanggung 24 juta rakyat Korea Utara sedangkan kerajaan Korea Selatan sekarang pun perlu take care 52 juta orang. Belum lagi soal perbezaan nilai.
Jurang sosial dan nilai antara Yemen Utara dan Yemen Selatan (yang bersatu pada tahun 1990) membawa kepada perang saudara Yemen pada tahun 1994 dan sejak tahun 2015.
Di Jerman, perasaan didiskriminasi di kalangan rakyat bekas Jerman Timur membolehkan kebangkitan parti AfD yang membawa ideologi far-right yang menggugat demokrasi Jerman.
Jadi selepas 70 tahun, impian penyatuan Korea masih futile.

Malah 70 tahun masih kira singkat kalau berbanding dengan zaman Samguk (313-668) di mana Korea berpecah kepada Goguryeo, Baekje & Silla selama 355 tahun & zaman Nambukguk (698-926) selama 228 tahun.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!