Perlukan tapak yang gembur dan subur, air yang cukup serta cahaya matahari yang menyinari.
Untuk hamil pula 'setting' yang bagaimana?
Kebiasaannya, persediaan bakal ibu banyak berkisar persiapan menyambut bayi. Baju, barut, minyak telon, 'diapers'. Tetapi si ibu mungkin tidak optima persediaan dirinya sendiri
Merancang kehamilan bukan bermaksud bila nak baby lahit, dengan merancang bila untuk hamil, sebaliknya menyediakan diri bakal ibu untuk hamil.
Persediaan penting sebelum hamil daripada segi apa?
1.Dapatkan berat badan unggul atau BMI ideal.
Masalah obesiti adalah masalah epidemik masa kini. Kesannya komplikasi kepada ibu dan bayi.
Wanita boleh sukar nak hamil, masalah penambahan berat badan semasa hamil dan selepas melahirkan.
Jika melahirkan secara Caesarean, luka juga lambat sembuh dan cenderung mendapat jangkitan kuman berbanding mereka yang BMI
Komplikasi kepada bayi seperti boleh dikesan lebih besar daripada purata saiz bayi dalam umur kandungan yang sama.
Selain itu, risiko mendapat tahap gula tinggi di dalam darah bayi (hyperglycaemia) lebih tinggi semasa di dalam kandungan dan 'hypo' selepas kelahiran.
Contoh : Jika ada masalah tiroid, dapatkan nasihat doktor untuk mengawal kadar hormon dan mencegah komplikasi akibatnya.
Guna kaedah yang sama untuk masalah kesihatan yang lain seperti masalah kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung
Setiap masalah kesihatan ada komplikasi tersendiri kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Wanita yang ada masalah kurang darah merah (anaemia) juga dinasihatkan untuk ambil tambahan zat besi melalui makanan atau
Penting untuk diketahui sebabnya. Jika tahap darah merah sebelum hamil sedia rendah, ditakuti akan terus menurun jika tidak dibantu dengan pemakanan tambahan zat besi.
Secara purata wanita akan kehilangan darah yang agak banyak semasa melahirkan, sebab itu
1.Semak ubat-ubatan yang sedang diambil sekarang.
Bukan semua ubat-ubatan selamat diambil semasa hamil dan dalam tempoh TTC.
Perlu nasihat doktor dan ahli farmasi untuk alternatif. Ini penting memandangkan perkembangan dan pembesaran
Sebaiknya jika mahu TTC, segera bertemu janji dengan doktor bagi menyemak senarai ubatan anda ya!
Makanlah asid folik semasa dalam TTC dan tiga bulan di awal kehamilan.Ini penting bagi
Alhamdulillah. Di Malaysia, 3 perkara di atas adalah antara perkara yang dititikberatkan dalam klinik penjagaan pra-kehamilan.
Inilah antara langkah terpenting dilakukan sebelum hamil. Ia merangkumi penjagaan kesihatan wanita di usia reproduktif seperti :
Mempromosi dan memberi pendidikan kesihatan kepada wanita
Menyaring dan mengesan faktor risiko penyakit
Mengoptimakan tahap kesihatan/penyakit sedia ada sebelum hamil
Menggalakkan kehamilan terancang
Kenapa pentingnya penjagaan pra-kehamilan ini?
Memastikan tahap kesihatan wanita optima sebelum hamil
Mengenaplasti faktor risiko genetik dan memberikan sokongan kaunseling dan pekhidmatan lanjutan
Membantu wanita mengurangkan risiko kesihatan dan kehamilan berkaitan berat badan, pemakanan, merokok, dadah
Anda adalah golongan sasaran klinik penjagaan pra-kehamilan ini sekiranya :
Berusia dalam lingkungan reproduktif dan ada masalah kesihatan
Telah berkahwin dan merancang untuk hamil
Berumur kurang daripada 18 tahun atau lebih 35 tahun dan merancang untuk
Sejarah kandungan bayi ada kecacatan, keguguran berulang atau lahir mati (untuk kaunseling)
Jadi, pakat-pakat ke klinik pra-kehamilan yang berdekatan dengan anda ya untuk mendapatkan perkhidmatan ini.
Semoga ia dapat membantu anda untuk menempuhpengalaman kehamilan
#AimiGYN
#MedTweetMY
Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di aimirahayu.com.
Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.
Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita
Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdu…
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan