My Authors
Read all threads
Jumaat ini Singapura akan mengadakan PRU ke-13 sejak merdeka bagi memilih 93 ahli parlimen.

People's Action Party (PAP) yang telah memerintah Singapura selama 61 tahun (sejak 1959) dijangka akan menang. Sekarang cuma nak tengok samada pembangkang dapat menambah kerusi je.
Apa yang "unik" pasal Singapura ialah ia masih belum ada party alternation (pertukaran parti) sejak merdeka pada tahun 1965.

Di kalangan negara ASEAN, yang sudah: Filipina, Thailand, Indonesia, Myanmar & Malaysia.

Yang belum: Brunei, Vietnam, Laos, Cambodia & Singapura.
Brunei tak ada PRU. Vietnam & Laos negara komunis satu parti. Cambodia & Singapura mengamalkan sistem pelbagai parti tapi parti pemerintah sangat dominan sehingga tak tercabar.
Dalam PRU yang lepas pada tahun 2015, PAP sapu 83 daripada 89 kerusi, manakala parti pembangkang yang utama iaitu Workers Party (WP) hanya dapat 6 kerusi. Tu pun bilangan kerusi pembangkang yang terbanyak dalam sejarah.
Malah dalam 4 PRU pertama selepas merdeka (1968, 1972, 1976, 1980), PAP menang semua kerusi. Sapu bersih.
PAP ditubuhkan pada tahun 1954. Asalnya adalah parti centre-left berideologi demokrasi sosial, perjuangkan kebajikan pekerja.

Tapi selepas kemenangan dalam PRU 1959, Lee Kuan Yew yang dilantik sebagai PM Singapura pertama mula "purge" golongan kiri (sosialis) dalam parti.
Golongan kiri yang diketuai oleh Lim Chin Siong keluar PAP tubuhkan Barisan Sosialis.

PAP di bawah LKY pun dah tak ada rupa parti sosialis lagi tapi lebih kepada parti konservatif.
WP pula diasaskan oleh David Marshall, Ketua Menteri (CM) Singapura pertama yang membimbing parti Labour Front (LF) memenangi PRU Singapura pertama pada 1955. Selepas resign sebagai CM pada 1956, Marshall keluar LF & menubuhkan WP pada 1957.

Tengok logo pun tau keras melawan.
Pada mula-mula WP tak se-popular Barisan Sosialis yang lebih kiri & radikal, tapi di bawah pemerintahan kuku besi LKY, kebanyakan pemimpin BS kena tangkap & dipenjarakan.

Jadi akhirnya BS bergabung dengan WP pada tahun 1988, menjadikan WP parti pembangkang terbesar.
Selain PAP yang centre-right dan WP yang centre-left, parti-parti yang bertanding pada PRU kali ini termasuk Singapore Democratic Party (SDP) & Singapore People’s Party (SPP) yang liberal, dan banyak parti yang tak jelas apa ideologinya.
Antara parti terbaru adalah Progress Singapore Party (PSP) yang diasaskan oleh Tan Cheng Bock, bekas otai PAP pada tahun 2018. Antara ahlinya ialah Lee Hsien Yang, adik Lee Hsien Loong PM Singapura, anak LKY. So kira macam parti rebel yang asal PAP lah.
Parti Melayu-Islam pun ada di Singapura: Persatuan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) dan Angkatan Islam Singapura (AIS) yang masing-masing berasal dari cawangan UMNO dan PAS di Singapura, tapi dah tak bertanding sejak tahun 1990-an.
Antara sebabnya ialah deposit yang makin mahal mencekik darah (dari S$1,500 tahun 1984 naik ke $4,000 tahun 1988 naik ke S$6,000 tahun 1991), dan kawasan undi yang semakin sikit selepas PAP memperkenalkan Group Representation Constituency / GRC pada tahun 1988.
Kawasan GRC ni kena bertanding secara berkumpulan, dalam 4 atau 5 orang. Kalau kumpulan menang, maka semua ahli kumpulan akan dilantik sebagai ahli parlimen.

Kalau satu lawan satu tu Single Member Constituency (SMC).
Untuk PRU tahun ni, 14 kawasan adalah SMC, 17 kawasan adalah GRC. Daripada 17 tu 11 adalah GRC berkumpulan 5 orang, 6 adalah GRC berkumpulan 4 orang. Jadi (14 x 1) + (11 x 5) + (6 x 4) = 93 kerusi.

Obses betul dengan matematik orang Singapura ni.
Kerajaan PAP kata tujuan GRC adalah untuk memastikan ada ahli parlimen dari golongan minoriti sebab kumpulan yang bertanding dalam GRC wajib ada seorang Melayu/India.

Tapi tujuan yang sebenar adalah untuk menyukarkan pembangkang menang.
Dominasi PAP dalam PRU tergugat apabila J.B. Jeyaretnam dari WP berjaya menawan kerusi Anson melalui pilihanraya kecil tahun 1981, diikuti oleh kemenangan Chiam See Tong dari SDP di Potong Pasir dalam PRU 1984.

Jadi PAP kena act smart untuk mengekang kebangkitan pembangkang.
Nak buat poster payah satu hal, GRC ni menyukarkan parti-parti pembangkang Singapura untuk bertanding sebab saiz parti diorang agak kecil dan tak cukup modal, susah nak letak calon.
Macam PKMS sebelum tahun 1988 akan letak calon untuk Kampong Ubi, target situ saja sebab Melayu ramai. Tapi selepas Kampong Ubi disatukan dengan Kampong Kembangan dan Aljunied jadi "Aljunied GRC", PKMS dah tak mampu nak bertanding di situ. Pembangkang lain pun ada masalah sama.
Dalam PRU 1991, pembangkang hanya bertanding di 5 kawasan GRC. Itu membolehkan PAP menang 10 GRC tanpa bertanding, dapat 40 kerusi free. Campur 1 SMC yang tiada calon pembangkang, maka PAP diisytiharkan sebagai pemenang pada hari penamaan calon sebab dah capai majoriti 41.
Untuk tahun 1997 dan 2001 pun PAP terus menang pada hari penamaan calon. Pembangkang hanya mampu pertahankan kerusi di Hougang (yang dimenangi oleh WP sejak 1991) dan Potong Pasir untuk tahun-tahun yang seterusnya.
PAP pun pressure pengundi 2 kawasan ni dengan kuasa kerajaan. Antaranya tak bagi upgrade flat HDB (macam PPR kat Malaysia). Sebab tu kawasan perumahan situ nampak buruk.

Tengok flat Potong Pasir ni jaman bila punya design.
MRT pun tak lalu 2 kawasan itu, kena tunggu sampai tahun 2003 baru ada stesen MRT lepas fight punya fight.
Namun memasuki 2010-an, PAP mula menemui cabaran untuk memelihara kuasanya.

Dalam PRU 2011, PAP mencatat undian popular paling sedikit dalam sejarah (60%). First time pembangkang berjaya menang GRC (Aljunied GRC), menambah jumlah kerusi WP dari 1 kpd 6 (1 Hougang, 5 Aljunied).
Punca Aljunied flip dari PAP kepada WP ialah komen LKY dalam buku Hard Truths terbitan awal tahun 2011 yang kata Islam sebagai punca orang Melayu tak nak berintegrasi. Komen tersebut menyinggung perasaan ramai orang Melayu. Dan Aljunied adalah kawasan ramai pengundi Melayu.
Tapi LKY bukan saja tak mohon maaf malah mengugut pengundi Aljunied bahawa diorang akan menyesal (repent) kalau undi pembangkang.

Jadi majoriti Aljunied nekad undi WP untuk protes keangkuhan LKY.
Maka PAP pun mula sedar gaya authoritarian LKY tidak lagi sesuai untuk politik zaman baharu malah boleh jadi beban kepada kelangsungan pemerintahan PAP.

Maka seminggu selepas PRU 2011, LKY letak jawatan sebagai Mentor Minister. Singapura memasuki zaman pasca-LKY.
Tapi orang Singapura jenis pragmatis, walaupun kadang rasa "du lan" dengan kerajaan, tak saja2 ubah.

Undian popular PAP naik balik dari 60% kepada 70% dalam PRU 2015. Pembangkang tak berjaya menambah kerusi, malah hilang Punggol East SMC yang dimenangi semasa PRK 2013.
PAP walaupun ada masalah imej sebab dah lama sangat memerintah, tapi ia masih dilihat sebagai kerajaan yang berwibawa.

Parti2 pembangkang tak nampak ready untuk memerintah malah ketandusan idea. Balik2 isu gaji minima & lambatkan kenaikan kadar GST yang recycle bertahun-tahun.
Malah parti-parti pembangkang sampai sekarang tak ada satu pakatan (coalition). Undi yang berpecah-pecah menguntungkan PAP.
Chiam See Tong pernah menubuhkan Singapore Democratic Alliance (SDA) pada tahun 2001, tapi hanya melibatkan SPP, National Solidarity Party (NSP), Singapore Justice Party (SJP) dan PKMS. WP dan SDP yang lebih berpengaruh dikecualikan.
Malah Chiam See Tong selaku pengasas pun kena sailang: dia dan partinya SPP kena tendang keluar pada 2011, tinggal SJP dan PKMS je dalam SDA.
So kali ini peluang PAP untuk sambung memerintah adalah cerah. Pembangkang seperti WP cuba untuk meluaskan sayap selain Hougang & Aljunied dengan mensasarkan East Coast GRC di mana Nicole Seah yang sangat popular di kalangan orang muda diletak sebagai calon.
Cabaran WP disahut oleh Timbalan PM Heng Swee Keat yang bertanding di East Coast instead of kawasan lamanya Tampines GRC.

Heng adalah PM-in-waiting. Kalau menang, maka Lee Hsien Loong lega untuk pass jawatan PM sebelum 2022 (waktu LHL umur 70). Kalau kalah, kacau plan LHL.
Selagi isu bread and butter menjadi fokus, Singapura tak akan mengalami perubahan politik sebab PAP adalah pemerintah yang cekap. Hanya politik identiti mampu goyang PAP. Dan Singapura masih kekurangan ahli politik karismatik yang boleh "weaponize" identiti.
Yang paling dekat pun Low Thia Khiang yang pegang kawasan Hougang dari 1991-2011.

Sebagai anak suku Teochew, Low berucap dalam dialek Teochew sebagai tanda protes pemaksaan Inggeris dan Mandarin oleh LKY, dan itu berjaya menawan hati orang Hougang yang majoriti Teochew.
Isu imigran pun akan backfire kat PAP yang mengamalkan dasar pro-imigran untuk menambah populasi Singapura. Sentimen anti-imigran tu ada, cuma tak kuat. Ada parti Singaporeans First, tapi sambutan so-so, parti pun dah bubar.
Orang Singapura masih terlalu pragmatik dan praktikal, belum sampai masa untuk mempersoalkan naratif identiti kebangsaan yang dibentuk oleh LKY/PAP selama ini. Belum ada trigger lagi.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!