50 tahun dahulu pada hari ini satu visi telah dilancarkan. Ianya dipanggil RUKUNEGARA.
Visi ini mengandungi dua bahagian: Matlamat2 dan Prinsip2 utk mencapai Matlamat2 tersebut.
Apakah matlamat2nya?
2. Memelihara cara hidup demokratik
3. Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
(Bersambung)
5. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
Setelah 50 tahun, adakah matlamat2 ini tercapai, atau terkapai-kapai?
Bak kata omputeh, stay tuned!
“Adakah prinsip2 ini menjejaskan matlamat?”
Jawapannya, Ya dan Tidak.
Tidak, sebab prinsip2 ini adalah peralatan (bukan pegangan mutlak).
Serupalah juga dengan prinsip2 Rukunegara.
Pada saya ini tanggapan yg sama sekali salah. 5 ini bukan RUKUN tapi prinsip
Pertama, bahasanya neutral dari segi etnik dan ugama. Bermakna ianya INKLUSIF nutuk SEMUA rakyat Malaysia.
Kedua, bahasanya flexible dari segi waktu, DENGAN SYARAT ianya tak disalahtafsir.
Kita beralih kepada Matlamat Rukunegara Malaysia.
Seperti yg telah saya katakan awal hari ini, setiap matlamat masih belum dapat dicapai. Mari kita lihat satu persatu...
Sungguhpun Rukunegara itu neutral dari segi kaum, politik berlandaskan kaumlah (pada hemat saya) yang menjadi antara penghalang utama mencapai matlamat pertama ini.
Tapi jgn salah faham - DEB ada baik dan ada buruknya, dan relevan untuk situasi tahun 1970an.
Hasil dari DEB jugalah institusi eksklusif Bumiputra terbit, dan masih ada hingga hari ini.
Mungkin 50 tahun selepas 1970 sudah sampai masa yang dasar2 k’jaan berpusat kepada KEPERLUAN dan bukan kaum
Kalau Ya, kenapa?
Mungkin setelah sekian lama, untuk bergerak kehadapan sebagai SATU NEGARA, politik negara harus berasaskan ideologi dan bukan lagi kaum.
Dari sudutpandang sayalah...
Satu tanggapan yang tak betul tentang demokrasi adalah demokrasi itu cuma digunapakai semasa pilihanraya.
Satu lagi tanggapan ialah parti/perikatan yang dipilih majoriti mesti mementingkan kepentingan majoriti itu, dan lantaklah yg lain
Malaysia mengamalkan bentuk pemerintahan kerajaan berperlembagaan, di bawah naungan sistem berparlimen Westminster. Sebagai satu persekutuan, kuasa memerintah itu terbahagi kepada beberapa pihak
Ahli yang dipilih di setiap peringkat berlainan tugasnya.
Malangnya ada yang tak mahu faham, ada yang faham tapi sengaja buat-buat tak faham dan ada juga yg enggan menerima hakikat demokrasi
Apa itu ‘adil’ dan apa itu ‘saksama’ - ini masih dipersoalkan, justeru menjadi sebab utama kenapa matlamat ini susah dicapai.
Dan berterusan sehingga hari ini.
Hari ini perkataan “liberal” itu sendiri telah menjadi jijik, malah dipandang jijik oleh sesetengah pihak pemerintah itu sendiri. Entahlah samada faham atau tidak maknanya.
Fikirkan sendiri...
Tapi hari ini kebencian tentang konsep “liberal” itu menjadi amat ketara.
Maka mencapai matlamat keempat ini hampir mustahil
Juga dengan perkataan “progresif” - mungkin tidak dibenci setahap dengan ‘liberal’, tapi juga satu konsep yang hampir tak diingini.
Mujurlah majoriti orang di Malaysia tidak lagi berfikiran sebegitu.
Sehinggalah kita menerima hakikat hal terpenting terkandung dalam Rukunegara itu bukan “5 Rukun” dipenghujung, tetapi matlamat2 yang direncanakan.
[TAMAT]