, 11 tweets, 5 min read
My Authors
Read all threads
VIKING OF THE EAST

Dokumentari Astro Prima ni mengisahkan tentang ilmu pembuatan pinisi, bedar dan jong serta sejarah, teknik dan keanggunan pembuatan kapal termasuk juga ilmu kelautan oleh orang Melayu di segenap Alam Melayu.

Ini bebenang. 1/11
Ia menceritakan bagaimana orang Melayu telah mula mencipta pengangkutan laut yang efisien dan mampu membelah ombak dan laut seawal tamadun manusia mula mencipta roda untuk pengangkutan darat. Orang Melayu adalah bangsa pelayar, Viking of the East. 2/11
Lebih menakjubkan, pembuatan kapal Melayu tidak menggunakan sebarang rekabentuk pelan atau cetak biru sepanjang proses membinanya.

Ini adalah wanita kelahiran Perancis bernama Christine Rohani Longuet yang berkahwin dengan pembuat kapal di Pulau Duyong, Terengganu... 3/11
...memetik satu ciri unik dalam pembuatan kapal oleh orang Melayu, iaitu penggunaan 'pasak'.

أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا

"Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak?" (An Naba', 78: 6-7)

4/11
'Pasak' adalah satu bentuk baji kayu, digunakan sebagai penghubung antara papan yang digunakan untuk membuat badan kapal oleh orang Melayu. Pasak adalah yang aku labelkan dalam lukisan keratan rentas dinding kapal ni. 5/11
Sebelum satu papan dinding kapal diletakkan di atas kepingan papan badan kapal yang lain, pada pasak ini akan diletakkan kulit kayu gelam, yang warna merah ni. Sorry lukisan aku buruk. Harap kau dapat faham lukisan aku ni. 6/11
Kulit kayu gelam akan berada di antara papan dinding kapal mengisi ruang antara dua papan itu, yang dihubungkan dengan pasak macam dalam gambar kat bawah ni. 7/11
Kulit kayu gelam bertindak sebagai penyendal ruang kecil antara papan tersebut. Ia berfungsi sedemikian rupa kerana sifat semulajadi kulit kayu gelam akan mengembang apabila terkena air, dan menyumbat semua ruang dan akan menghalang air dari masuk ke bahagian dalam kapal. 8/11
Sifat semulajadi kulit kayu gelam akan mengembang bila terkena air, menyumbat semua ruang dan akan halang air dari masuk ke bahagian dalam kapal.

Pasak (gambar sebenar di bawah) sememangnya adalah satu keunikan dalam seni pertukangan dan pembuatan kapal di Alam Melayu. 9/11
Ini contoh kapal Melayu yang sedang dalam pembinaan di Pulau Duyong. Buatannya yang halus dan berseni namun memiliki ketahanan dan kuat membelah lautan menjadi pilihan ramai peminat dan pemilik kapal dari seluruh dunia. Reputasi kapal Melayu bukan calang-calang. 10/11
Namun, seorang Perancis yang pernah menempah kapal Melayu dengan nama Naga Pelangi di Pulau Duyung amat terkejut kerana sekitar 70an, semasa Naha Pelangi dibina, ada 44 orang pembuat kapal di Pulau Duyung. Kini pembuat kapal Melayu di situ hanya tinggal empat orang sahaja. 11/11
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Ashraf

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!