, 12 tweets, 5 min read
My Authors
Read all threads
JAWI SEBAGAI SENJATA INGGERIS

Sempena Hari Jawi hari ini, aku kongsikan "Malay Grammar" ditulis oleh Windstedt, ketika menjadi DO Kuala Pilah pada 1913.

Ini bebenang. 1/12
British sedar yang orang Melayu tidak boleh dikuasai dengan kekerasan dan senjata kerana orang Melayu tidak gemar dan amat benci disuruh-suruh dan dipaksa.

Maka untuk memenangi hati orang Melayu, British tidak ada jalan lain melainkan dengan menguasai Bahasa Melayu. 2/12
Jadi untuk seorang pegawai British berkhidmat di Tanah Melayu, mereka wajib lulus peperiksaan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi bagi urustadbir kerajaan kolonial di Tanah Melayu ketika itu.

Hanya pegawai British yang elit sahaja yang dihantar ke Tanah Melayu. 3/12
Di bawah ialah tawaran perkhidmatan kerajaan yang disampaikan dalam Warta Kerajaan Negeri-negeri Selat yang meletakkan syarat ketat berkenaan penguasaan Bahasa Melayu dan Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu di kalangan kakitangan awam mereka ketika itu. 4/12
Windstedt kemudiannya menulis buku panduan ini untuk memudahkan pegawai British yang datang ke Tanah Melayu untuk fasih bertutur Bahasa Melayu dan menulis dalam Jawi.

Tanah Melayu ketika itu dianggap sebagai koloni istimewa. Hanya pegawai elit sahaja yang terpilih ke sini. 5/12
Ia merupakan panduan awal piawai dan diedarkan kepada semua pegawai British Malaya semasa Pra dan Pasca Jepun yang ditugaskan sebagai penjawat awam di Tanah Melayu. Ia adalah panduan bahasa rasmi British Malaya. 6/12
Ia mengajar tatabahasa Melayu, etimologi dan evolusi Jawi-Rumi merangkumi ejaan, nahu sebutan, dan hukum penulisan, sapaan dan lain-lain dalam Bahasa Melayu dengan ejaan Jawi dan Rumi. Ia dipermudahkan dengan struktur buku yang sepadan dengan hukum tatabahasa dalam Inggeris. 7/12
Lebih menarik, buku panduan oleh Windstedt ini turut memberi panduan menulis surat kepada pembesar dan juga surat cinta! 8/12
Contoh-contoh ayat yang digunakan di dalam handbook ini selain diambil dari buku panduan terdahulu, ia turut menggunakan ayat-ayat dari hikayat-hikayat Melayu terkenal seperti Hikayat Hang Tuah, Sulalatus Salatin, Hikayat Awang Sulong Merah Muda dan Bustan As-Salatin. 9/12
Namun, ada pegawai British lain yang telah lebih awal lagu menulis buku panduan dengan fungsi yang sama. Misalnya di bawah, "Dictionary of the Malay Tounge" oleh James Howison M.D. 1801. 10/12
Dulu, berebut mat salleh belajar Bahasa Melayu dan Jawi ni. Sanggup tersimpul-simpul lidah dia.

Sekarang kau cuha baca pantun di bawah ni. Berbelit kan?😅 11/12
Sememangnya, Bahasa Melayu dan tulisan Jawi adalah salah satu "senjata" penting British bagi memenangi hati dan fikiran orang Melayu menerima kehadiran mereka ke Tanah Melayu.

Jadi tanyalah kepada diri sendiri, sejauh manakah kita menguasai Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi? 12/12
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Ashraf

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!