My Authors
Read all threads
King Salman dari Arab Saudi telah ditahan di hospital untuk rawatan penyakit beliau.

Bagaimana sejarah Arab Saudi tertubuh, cmner King Salman mencatur politik diraja Arab Saudi sehingga mampu mempurkukuhkan kedudukan beliau dikalangan 4000 putera raja yang berkonflik?

-Thread- Image
First masuk sejarah Arab Saudi dulu. Sebelum adanya Saudi ni, kawasan semenanjung arab terbahagi dua lah mudahnya. Iaitu Hijaz yang bersempadan dengan laut merah dan Najd. Image
Pada kurun ke 16, Uthmaniyyah melihat betapa pentingnya Laut Merah ni sebagai laluan perdagangan yang menyambung dari Terusan Suez hingga ke pelabuhan di Asia melalui Laut Hindi. Image
So Uthmaniyyah pun nak kawal laluan ni iaitu dengan menguasai tanah Hijaz. Beberapa ekspedisi ketenteraan dihantar ke sana dan gagal kerana banyak faktor termasuk kosnya yang tinggi. So instead of perang, Uthmaniyyah buat perjanjian dengan kabilah di sana.
Antara kabilah yang terkenal adalah Rashidi di Bandar Ha'il. Mereka mengawal laluan hijaz hingga ke Mekah. Mereka berniaga dan mengambil cukai ke atas jemaah haji. Dari sini mereka mampu menguatkan kedudukan dan kuasa mereka. Image
Puak kedua adalah puak Hashimiyyah yang bertanggungjawab menjaga Mekah dan Madinah masa tu. So dari sini kedua puak menyatakan sokongan dan bersama dengan Uthmaniyyah. Image
Dari sebelah Najd pula adalah kabilah Saud yang berada di Riyadh. Mereka melihat Rashidi dan Hashimi agak menonjol dan berkuasa di wilayah masing masing. Kemudiannya Saud melancarkan serangan terhadap Hashimite dan Rashidite. Image
Hashemite dan Rashidi bergabung membentuk angkatan tentera untuk mempertahankan wilayah mereka dari serangan puak Saud.

Pada 1726, di Dariya, Muhammad B Saud dilantik menjadi ketua kabilah mereka.
Muhammad Ibn Saud kemudian menubuhkan Dinasti Saud di sana. Namun kemudiannya perang antara kabilah Saud dan kabilah lain terjadi sebab mereka berasa terancam dengan kekuasaan Dinasti Saud. Perang ini berlanjutan lama. Image
Pada 1700 di tengah kecamuk perang, pulanglah seorang agamawan bernama Muhammad B Abdul Wahab dari pengajian beliau di serata tanah arab, Mesir, Iraq dan Syria. Image
Beliau dikatakan membawa ajaran reformis dari tradisi Islam sunni iaitu dengan idea dan doktrin baharu dinamai dengan Wahhabism iaitu ultrakonservatif.

Sehingga doktrin beliau ini tidak disukai oleh keluarga dan masyarakat di kampung beliau sendiri.
So, beliau merantau dan dari kampung ke kampung, kabilah ke kabilah mendakwah doktrin baru beliau ini. Sehinggalah bertemu dengan Muhammad Ibn Saud yang kemudiannya telah mengambil doktrin beliau menjadi asas dalam Dinasti Saudi.
Pada 1744 persefahaman Saud dan Wahhabism semakin ketara apabila Muhammad Ibn Saud mengahwinkan anaknya dengan anak Muhammad Ibn Abd Wahhab.

Dari sinilah lahir keturunan Al Syeikh, keturunan beragama dalam keluarga diraja Arab Saudi.
Kemudian doktrin Wahhabism tersebar ke seluruh tanah Hijaz di antara kabilah arab.

Pada 1808, seluruh kawasan Hijaz dan Najd berjaya dikuasai oleh Dinasti Saud dan ketika inilah First State Saudi berjaya ditubuhkan. Image
Tapi tak lama sebab lepas tu, wizurai Mesir, Muhammad Ali Pasha menghantar bala tentera bergabung dengan Rashidi dan Hashemite menakluk semula Hijaz dan menghalau keluarga Saud. Image
Saudi kemudiannya dari 'Kuwait' telah mengumpul bala tentera dan sekali lagi menyerang kawasan Hijaz. Pada 1824, Turki Bin Abdullah telah menakluk kembali Dariyah, Riyadh dan menjadikan ia sebagai pusat kuasa Dinasti Saud. Ini kemudiannya dikenali sebagai Second Saudi State. Image
Tapi tak lama jugak sebab kerajaan ni tak kukuh dan berpecah belah dari dalam. Rashidi kemudian menyerang dan pada 1891,mengambil Riyadh dan keluarga Saud dihalau ke kawasan yang sekarang dikenali sebagai Kuwait. Image
Dari Kuwait, Dinasti Saud diambil oleh Abdul Aziz(Ibn Saud). Beliau telah mengatur strategi untuk merampas kembali Riyadh dari Rashidi. Dia ni bijak dalam strategi.
So pada 1902 dengan 40 orang pengikut pada waktu malam, beliau berjaya merebut kembali Kota Riyadh dari Rashidi dengan membunuh gabenor ketika itu.

Ibn Saud tahu dia tak kuat lagi, so dia tak pilih nak berkonfrontasi dengan Uthmaniyyah.
Dia main tarik tali dengan Uthmaniyyah. Dia tak lawan Hashemite dan Rashidi di Hijaz. Dia panjangkan masa perdamaian untuk kumpul pengikut dan bala tentera.

Sampai berlaku WWII, Uthmaniyah melemah dan dipecah menjadi negara kecil.
British memecahkan Rashidi di kawasan Hijaz dan Rashidi di Hayel. So mereka sukar nak bergabung.

Masa ni, Ibn Saud lancarkan seruan jihad dan berperang dengan Rashidi/Hashemite. British cuba jadi orang tengah untuk mendamaikan, tapi Hashemite tolak. Image
Pergeseran antara Hashemite dan British membuka peluang kat Ibn Saud untuk menyerang Hashemite. Kemudian Hashemite kalah dan British bagi Iraq dan Transjordan kepada keluarga Hashemite untuk memerintah. Image
Ibn Saud kemudiannya mengambil peluang berbaik dengan British untuk memudahkan urusan beliau. Maka termaktublah Treaty of Jeddah 1927 di mana British mengiktiraf kerajaan Ibn Saud tapi dengan syarat, Ibn Saud menghentikan perluasan kuasa ke Iraq, Jordan. Image
Kemudian Ibn Saud bersekutu dengan Barat. Protes dalaman timbul di kalangan ulama dan tentera yang berdoktrin Wahhabism. Ibn Saud dilihat terlalu mesra dengan barat dan tidak mahu lagi berjihad memperluaskan kuasa dan sebar doktrin Wahhabism.
Melihat ada unsur pemberontakan dalaman, Ibn Saud membeli senjata dari British dan kemudian melancarkan perang kepada putera kabilah yang bersekongkol juga menghenyak Ikhwan dalam perang Sabilla. Pada 1930, Ibn Saud berjaya melawan pemberontakan dalaman. Image
So lepas tiada perang saudara, Mekah dan Madinah pun dalam genggaman Ibn Saud, keabsahan beliau sebagai pemerintah tak ditentang lagi.

Pada 1932, Hijaz dimasukkan dalam Najd dan tertubuhlah Third Saudi State bernama "Kingdom of Saudi Arabia" Image
Kemudian supaya tiada protes dalam kalangan ulama Saudi seperti sebelum ni, Ibn Saud telah melaksanakan undang undang berdasarkan doktrin Wahhabism dan melarang sebarang bentuk budaya yang menonjolkan kebaratan.
Untuk menjaga hubungan dengan kabilah lain, Ibn Saud telah mengahwini 22 orang wanita dan kemudian memperoleh 45 orang anak lelaki.

Ini penting untuk menjaga legitimasi beliau. Tapi masa akan datang ada timbul konflik sebenarnya. Image
Pada 1938, telaga minyak dijumpai di Saudi. Tepat pada masanya untuk Saudi membangunkan ekonomi dan menstabilkan negara Saudi memandang ini adalah kali ke 3 negara Saudi ditubuhkan.

Pada1953, Ibn Saud meninggal dan digantikan dengan Saud Abd Aziz dan kemudian King Faisal. Image
Sebelum Saudi berkonfrontasi dengan Iran sekarang, Saudi pernah berkonflik dengan negara seberang laut iaitu Mesir.

Selepas Jamal Abd Nasser naik menajdi presiden, beliau telah menyeru kepada penyatuan negara arab. Image
Ketika inilah terjadi perang dingin negara arab. Di mana pihak Mesir disokong oleh Soviet Union mengadaptasi idea sosialis, sekular dan nasionalis. Mesir diikuti oleh Alegria, Sudan, Libya, Tunisia, Iraq bahkan membentuk United Arab Republic bersama Syria. Image
Blok Saudi pulak disokong oleh US dengan mengekalkan monarki. Saudi diikuti oleh Jordan, Morocooc, Bahrain, Oman dan negara arab monarki yang lain.

Saudi kemudiannya menjadi hub kepada Salafi dan Ikhwan Muslimin dari Mesir yang ditekan di bawah Jamal Abd Naser. Image
So boleh dikatakan antara tiang atau resepi kejayaan sebuah negara dan stabil macam Saudi ada 3 poin utama:

- Kesatuan pemimpin dan puak/kabilah
- Sumber tenaga/minyak
- Hubungan erat antara pemerintah dan badan agama
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Anakinra Kahnwald

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!