My Authors
Read all threads
Kisah Tragis Pengasas Bank Melayu Pertama Kelahiran Negeri Sembilan

[Ini adalah bebenang]
Maarof Zakaria adalah merupakan seorang pengasas bank pertama untuk orang Melayu iaitu Malay National Bank. Namanya diabadikan pada sebatang jalan di Bangsar, Kuala Lumpur iaitu Jalan Maarof.
Individu hebat yang semakin dilupakan generasi hari ini adalah merupakan bapa kandung kepada seorang pelakon veteran terkenal iaitu Allahyarham Datuk Mustapha Maarof.
Maarof adalah merupakan anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan. Beliau antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad yang digelar Pendeta Zaaba (16 September 1895 – 23 Oktober 1973).
Antara yang lain adalah seperti bekas peguam serta pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 November 1909 – 7 November 1991).
Uniknya perjuangan Maarof Zakaria ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, beliau memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu.
Bank Kebangsaan Melayu (Malay National Bank) adalah merupakan bank pertama khusus untuk orang Melayu ini terletak di Klang Street, Kuala Lumpur. Bank ini ditubuh dengan bermodalkan 27 ekar tanah dan mempunyai 2 juta saham yang hanya dibuka kepada orang Melayu.
Semasa penubuhannya, bank asing yang beroperasi adalah The Chartered Bank (milik British) dan Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC). Kedua-dua bank ini tidak memberikan perkhidmatan pinjaman wang kepada orang Melayu.
Oleh yang demikian, orang-orang Melayu pada waktu itu terpaksa berurusan dengan ceti-ceti untuk mendapatkan pinjaman wang dan dikenakan kadar faedah yang tinggi.
Kita dapat lihat dengan cukup jelas akan niat beliau iaitu jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya adalah melalui sistem perbankan yang sistematik.
Pemikiran dan tindakan Maarof Zakaria yang begitu futuristik itu telah mencemaskan The Chartered Bank milik penjajah Inggeris dan Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC).
Terdapat beberapa pihak tertentu yang masih belum dikenal pasti menerusi proses siasatan telah merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Maarof Zakaria supaya kemaraan ekonomi orang Melayu dapat disekat serta-merta.
Sekitar tahun 1947, Maarof Zakaria pernah cuba dibunuh oleh sekumpulan lelaki bersenjata api ketika mereka berpindah ke kediaman baru di Taman Seputeh, Jalan Klang Lama.
Malangnya, 10 bulan kemudian Maarof Zakaria ditemui mati digantung pada sebatang pokok di hutan berhampiran Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Pahang pada 4 Disember 1947.
Maarof Zakaria pada waktu itu berumur 43 tahun dikatakan hilang selama 2 hari selepas keluar dari rumah menuju ke Kampung Baru, Kuala Lumpur. Jam tangan jenama Rolex dan wang dalam dompetnya tidak diambil oleh pembunuhnya.
Sebelum kejadian itu berlaku, beliau baru membeli sebidang tanah dusun yang dianggarkan seluas 0.8 hektar di kawasan bukit yang mempunyai dua unit rumah setingkat, terletak berhampiran Sekolah Melayu Seputeh (kini SK Taman Bukit Desa).
Ketika pembunuhan itu berlaku, anaknya Mustafa Maarof masih bersekolah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Sehingga kini, dalang kes bunuh Maarof, motif dan sosok pembunuh upahan tidak pernah dapat dirungkaikan
Ketika akhbar Berita Harian merancang untuk menulis laporan susulan menjelang genap 67 tahun kematian bapanya, pelakon veteran itu tenat dan akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir. Al-Fatihah.
Selepas menyiapkan laporan bersiri sebanyak tujuh episod, wartawan Berita Harian berkenaan berasakan masih berhutang dengan Allahyarham Mustapha kerana gagal membantu menunaikan hasratnya untuk melihat kes pembunuhan bapanya dirungkaikan.
Allahyarham mahu kematian bapanya dibela dan pihak yang bertanggungjawab diadili sekali gus membersihkan nama tokoh Melayu itu kerana ada tuduhan liar mengatakan beliau membunuh diri.
Beberapa fail dan rekod lama berjaya dikumpul, termasuk daripada Arkib Negara dan mereka sempat mengunjungi sanak saudara Maarof di kampung kelahirannya di Seri Menanti, Negeri Sembilan untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Mustapha pernah meluahkan rasa hatinya mahu melantik peguam berwibawa untuk menyemak dan mengkaji semula kes itu tetapi menghadapi kekangan kewangan dan kes itu dilihat agak rumit kerana berlaku sebelum zaman merdeka.
Bahkan, cubaan untuk mendapatkan rekod lama di balai polis Bentong juga gagal kerana dimaklumkan, fail lama yang disimpan di dalam stor musnah selepas dua kali terbakar.
Mustapha cukup yakin bapanya menjadi mangsa komplot pihak tertentu yang tidak mahu melihat tokoh Melayu bangkit terutama dalam bidang ekonomi.
Hal ini kerana penubuhan Malay National Bank itu dilihat bakal menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik China iaitu Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC).
Keluarganya percaya pihak yang cemburu dengan langkah berani Maarof mengambil tindakan drastik dengan menculik dan membunuh Maarof. Sewaktu hidupnya, arwah pelakon veteran itu juga pernah meluahkan isinya pada seorang wartawan MStar.
“Saya ni hilang kasih sayang. Kasih sayang isteri dan kasih sayang seorang ayah,” ujarnya.

Penulis bertanya, semasa kejadian, adakah apa-apa perasaan yang beliau rasakan?
Dengan pantas Mustapha berkata, dia tidak begitu merasai apa-apa kehilangan kerana usia yang masih kecil ketika itu.

Namun ketika sedang membesar, baharulah Mustapha merasai beliau sebenarnya kehilangan seorang ayah yang hebat iaitu pengasas sebuah bank.
“Tahu atau tidak, apabila saya sudah besar, baru saya tahu nama Jalan Maarof (di Bangsar) itu diberikan sempena nama ayah saya… sebelum itu saya langsung tidak tahu mengenainya,” kata Allahyarham.
Menurut beliau, selepas diceritakan semula mengenai kematian arwah ayahnya itu, Mustapha mengakui beliau benar-benar sedih apatah lagi pembunuhan itu berlaku.
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kematian pengasas Malay National Bank, Maarof Zakaria, sebagai tragik dan sangat menyedihkan kerana ia berlaku ketika peguam itu berusaha membantu orang Melayu keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi penubuhan bank.
Tun Dr Mahathir Mohamad juga berkata, “Jasa Maarof sangat besar dan beliau orang Melayu yang berani menubuhkan bank untuk membantu kaumnya, ketika itu. Ketika itu, orang Melayu jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan hidup dalam kemiskinan.
Bank yang ada ketika itu tidak mahu memberi bantuan atau pinjaman modal kepada orang Melayu. Justeru, ada suara yang meminta dan mendesak supaya sesuatu dilakukan untuk membantu orang Melayu”.
Sumber :

1. Sejarah My

2. Berita Harian

Subscribe : t.me/mathadesmelayu
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Mat Hades

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!