Selain memastikan usaha mengembalikan mandat rakyat terlaksana.. penglibatan Rafizi Ramli untuk bersama-masa mengemudi parti adalah amat diperlukan..
Benar, hari ini Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengetuai parti. menjadi harapan untuk diangkat sebagai bakal Perdana Menteri seterusnya supaya agenda Reformasi dapat digerakkan dalam kerajaan..tapi barisan yang benar utuh untuk berdiri bersama menyokong dan mengemudi parti
bersama DSAI perlu dikembalikan
Sejarah kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 lalu jangan dilupakan.
Peranan dan sumbangan Rafizi Ramli terlalu besar untuk dinafikan.
Namun banyak persoalan yg timbul.. dimana Rafizi Ramli kini?
Adakah beliau akan lakukan 'comeback' bila tiba masanya atau benar seperti desas desus yg mengatakan bahawa beliau benar-benar akan bersara dari politik..
Jika benar, ini merupakan satu kehilangan besar bukan saja kepada Parti Keadilan Rakyat..tapi juga negara.
Tapi perlu diingat, jasa dan pengorbanan Rafizi adalah terlalu besar.. Bermula dari Free Anwar Campaign (FAC) di Eropah, beliau bertanggungjawab menjalankan kempen dengan Parlimen United Kingdom, Kementerian Luar UK dan Suruhanjaya Eropah antara tahun (1999 – 2002)
dan turut berperanan sebagai Pengasas Keadilan Antarabangsa Eropah .
Malah jangan dilupa, Rafizi Ramli juga bertanggungjawab menyusun langkah ke arah penubuhan Pakatan Harapan dalam tahun 2015.
Apabila dilihat kurangnya keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik yang ada dapat menyelesaikan perbezaan untuk bersatu menghadapi Umno/Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-14, Rafizi Ramli mengambil inisiatif untuk membentuk sebuah badan yang dinamakan INVOKE .
Beliau (Rafizi) menyumbangkan ratusan ribu wang simpanannya sendiri untuk membantu menggerakkan inisiatif baru ini secara profesional bagi menjadi platform menggerakkan rakyat di negara ini.
Ini disusuli dgn gerak kerja beliau membentuk pasukan sukarelawan serta mengendalikan kursus bagi mnghadapi pilihanraya. malah Rafizi Ramli sendiri membentuk satu team bagi turun berkempen bersamanya menjelajah ke seluruh negara
khususnya dikawasan-kawasan parlimen yang sebelum ini sukar kita tembusi.
Ini akhirnya membuahkan hasil yang cukup besar bagi memenangkan Pakatan Harapan pada PRU14 yang lalu... ini FAKTA.. !!!
Adalah diharap, biar apapun perbezaan pendapat antara beliau dgn pimpinan lain dalam organisasi parti atau Pakatan Harapan..satu usaha bagi kembalikan kerjasama erat diperkukuhkan kembali demi mengembalikan MANDAT RAKYAT.
Sejarah merakamkan bahawa manifestasi gerakan reformasi 1998 ialah demonstrasi. Manakala ikon reformasi ialah @anwaribrahim.
Sosok yang dipanggil Anwar Ibrahim ini menjadi simbol yang paling ampuh. Ikon dan wajah Anwar Ibrahim telah berjaya membawa orang ramai ke jalan raya.
Kepada penyokong dan simpatisan Reformasi - pemenjaraan Anwar memberi makna masa depan mereka telah punah ranah - hancur berderai. Mereka meletakkan harapan kepada sosok bernama Anwar.
Bayangkan bagaimana kecewa melanda apabila Anwar dipenjara. Justeru mereka sanggup bertempur dengan FRU di jalan raya.
Peristiwa ini berlaku beberapa bulan lalu sebelum episod pengkhianatan berlaku apabila Tun Mahathir meminta Muhyiddin mengharamkan UMNO.
Tindakan mengharamkan UMNO adalah strategi akhir Tun Mahathir bilamana beliau mendapati tidak ramai Ahli Parlimen UMNO menyeberang dan menyertai Bersatu. Matlamat akhir Tun Mahathir ialah untuk membina Parti Bersatu sebagai pengganti UMNO.
Muhyiddin bersetuju dan turut menyokong langkah ini. Fail dan dokumen untuk membatalkan pendaftaran UMNO telah disediakan dan sudah pun berada di atas mejanya.
Sokongan harus dari MP yang jujur mahu selamatkan negara
Sebarang sokongan daripada mana-mana Ahli Parlimen harus datang dari keinginan jujur yang mahu menyelamatkan negara, demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul.
Terutama, katanya mahu menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi serta COVID-19 yang memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, dinamik dan kuat.
Jelas beliau lagi, komitmen terhadap keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan memelihara integriti kerajaan yang baharu tidak akan dikompromi sama-sekali.
Ahli-ahli Parlimen KEADILAN telah mengadakan perbincangan pada hari ini tentang kedudukan terkini Kerajaan Persekutuan berikutan pengumuman Presiden KEADILAN Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 23 September 2020.
Kami memanjatkan doa agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diberikan kesembuhan yang segera dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN memberi sokongan penuh kepada langkah yang diambil untuk mengembalikan mandat rakyat pada 9 Mei 2018 dengan memberi tumpuan ke arah memacu pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kesenjangan miskin dan kaya.
Aku bukan org Otai atau Ngo yg sewaktu dgnnya.. sejak dari mula hingga hari ini aku lebih selesa bergerak sdri..
Aku aktif di media sosial pun atas kapasiti sbg rakyat dan sebagai hak aku sbg pengundi..
Kalau rasa apa yg aku kongsikan bermanfaat, itu dh memadai bagi aku..
Sebab aku tak payah nak berkomplot dgn itu ini..dgn Ngo itu ini yang disebaliknya ada agenda tersembunyi.
Aku tak sebut atau jaja kononnya aku dari ranting atau cabang sana sini... sbb majoriti yg mgkn kenal aku pun mgkn sekadar dari nama Aman Shah ll atau melalui apa yg aku kongsikan..
Kata Muhyiddin beliau tidak kemaruk kuasa. Katanya kalau dakwaan Anwar yang beliau sudah hilang majoriti dan jika dipanggil Agong beliau akan letak jawatan. Tindakan itu dibuat kerana beliau tidak kemaruk kuasa.
“Kalaulah disebabkan saya sudah tidak mendapat majoriti yang disebutkan oleh Anwar dan saya pun dititahkan untuk menghadap Agong, yang belum lagi dititahkan, perkara pertama (saya akan melakukan) ialah memaklumkan (Agong) bahawa kalau dah begitu keadaannya,
maka saya akan mengosongkan kerusi (saya),” katanya dalam satu klip video KiniTV dipetik.