#Bebenang Sempena Merdeka
Saya punya kawan dari luar negara. Kadang bila mereka datang ke Malaysia, sudah pasti banyak perkara yang mereka ingin pelajari, tentang sosio-budaya masyarakat setempat, tentang keadaan politik dan sebagainya.
“Why did you use English with your fellow Malaysian?”
Ini di antara soalan yang biasa. Kadang bila malas untuk membahaskan perkara ini, aku cuma sekadar menjawab;
“Because I want to be respectful”
Dalam ilmu linguistik, tatabahasa bukan faktor untuk mengukur kejayaan dalam berkomunikasi. Yang utama, adalah apabila kita saling memahami apa yang ingin disampaikan.
Hal ini, sehingga tahap, ramai yang takut untuk memecahkan persoalan penting pembentukan negara-bangsa ini, kerana takut dilabel rasis.
Kita wajib sama-sama mengangkat bahasa kebangsaan. Kita juga wajib menghormati dan menggalakkan ‘bahasa ibunda’ yang lain, yakni bahasa Mandarin, Tamil dan lainnya. Sudah pasti kita mesti meningkatkan kebolehupayaan berbahasa Inggeris; bahasa dunia.
Salam Merdeka.
Bahasa jiwa bangsa.