Bergenang air mata baca kisah Cikgu Fadli Salleh ni.
*****
Aku ni cikgu Matematik. Garang ya ampunnn.
Memang gitu biasanya cikgu Matematik kat mana-mana sekolah. Kena garang. Kena tegas. Sebab perlu 'paksa' murid hafal sifir, hafal formula, rajin buat kerja.
Masa belajar memang murid tumpu perhatian
Takut kena marah. Buku Matematik tak pernah mereka tinggal, kerja rumah jarang yang tak siap.
Pernah beberapa ada murid tertinggal buku, sebaik sampai di sekolah cepat-cepat mereka cari aku.
Belum cakap apa-apa mereka dah menangis. Aku dah agak, mesti tinggal buku teks atau buku tulis. Dengan air mata dipipi minta maaf sebab tertinggal buku.
Garang kan?
Terutama bab kerja rumah, buku dan tumpuan dalam kelas. Memang aku tegas. Namun entah kenapa budak-budak tak takut walau aku garang dan tegas masa mengajar.
Mereka hanya takut bila buat salah. Tu pun beranikan diri datang jumpa dan bagitahu, sebab aku selalu pesan supaya mereka berterus terang dan tidak berbohong.
Biasanya yang datang berterus terang aku akan maafkan lah. Kebiasaannya begitu.
Kalau masuk kelas Tahun 1 Tahun 2, dari jauh aku berjalan mereka dah tunggu kat pintu siap jerit-jerit nama aku. Baru sampai kat pintu kelas, murid berebut ambil buku dan marker pen dari tangan aku. Nak tolong katanya. Yang pimpin tangan masuk kelas pun ada.
Banyak kali berlaku pada murid yang berbeza lelaki dan perempuan; ada yang tak segan datang mengaku kat kawan-kawan mereka "Cikgu Fadli ayah saya".
Iya, ada yang mengaku ayah. Aku senyum sajalah. Kalau salah tetap kena. Ayah tak ayah. Haha.
Mengaku ayah tak apa lagi. Jangan suruh kahwin dengan mak awak sudah. Bini cikgu jauh lebih garang okeh. Bukan setakat cikgu, dengan awak, dengan mak awak boleh cedera parah tahu? 😝
Biasanya bila aku selidik, yang suka mengaku ayah ni samada mereka anak yatim kematian ayah atau anak dari keluarga bercerai.
Mereka hilang satu rasa yang sepatutnya mereka ada. Maka mereka mencari pada orang yang boleh dijadikan ganti.
Walau hanya sekejap. Walau hanya di sekolah. Walau hanya sejam masa dalam kelas, mereka hendak perasaan itu hadir.
Tidak hairan bila berderet murid datang jumpa hanya untuk minta tolong aku buka botol air dan Tupperware makanan.
Padahal kawan mereka ada tawarkan bantuan nak buka, mereka tolak dan tetap mencari aku.
Acap kali berlaku waktu rehat murid, ada segelintir datang membuka pintu bilik guru.
Berpuluh org guru yg ada di dalam bilik itu, mereka tetap ke meja aku yg tersorok dihujung sana hanya untuk meminta tolong aku membuka bekal makanan atau penutup botol mineral sahaja.
Pada aku, ini satu penghormatan. Ini satu penghargaan. Ini satu anugerah menjadi seorang guru.
Anugerah ini tidak lah gah sepertimana anugerah oleh pihak atasan yang diraikan di hotel terkemuka dengan hadirin yang melimpah ruah. Tidak se-gah anugerah yang diraikan gilang gemilang di pesta makan malam.
Namun pada aku, anugerah ini jauh lebih mahal dan berharga. Kerana anugerah ini lahir dari hati tulus anak-anak didik tanpa dosa.
Membesarlah kalian menjadi anak yang berguna dan berjasa. Doa cikgu sentiasa mengiringi.
Dan cikgu mengharap kalian juga mendoakan cikgu saat cikgu tidak lagi mampu berdoa suatu hari nanti.
Tahun ke 3 dan 4 perkahwinan, saya dan isteri benar-benar struggle. Anak dah masuk 2 orang, duduk pula di KL. Masuk je gaji, sehari dua lepas tu mesti cemas dok fikir celah mana nak cekau duit beli pampers dan susu anak.
Pinjamlah duit kawan2, juga ada ketika terpaksa tebalkan muka minta belas ihsan dari keluarga sendiri. Syukur Alhamdulillah, keluarga sentiasa faham & doakan kami dimurahkan rezeki.
Akhirnya, isteri cadangkan untuk buat lunchbox. Kebetulan beliau pandai masak & suka memasak.
Saya pun buatlah poster dan buat hebahan di facebook. Nak kata dapat sambutan tu tak juga, tapi Alhamdulillah ramai kenalan fb yang order.
Sehari sebelum, kami awal-awal lagi dah ke NSK Selayang cari barang. Kadang tu awal-awal pagi ke Pasar Borong Selayang atau Pasar Borong KL.
Bila buku Dr @anayasminazmi berjudul Our Eyes Are A Gift From Allah sampai kat rumah, saya terus belek-belek isi kandungannya.
Tajuk nampak biasa, namun isi ceritanya luar biasa! Kisah dalam buku bermula bila si anak kecil masuk ke bilik ibunya tanpa minta izin.
Jadi, ibunya terus cakap, lain kali nak masuk bilik parents, ketuk pintu dulu. Kemudian minta izin untuk masuk.
Bila anak bertanya kenapa kena buat macam tu, si ibu terus jawab bilik tidur ini adalah ruang privacy di rumah.
Ia adalah tempat untuk berehat, salin pakaian, kadang-kadang ternampak aurat individu yang lain, jadi nak taknak kena minta izin dulu. Khuatir mata ni tengok hal yang tak sepatutnya.