1. Anak kena cabul dgn ahli keluarga sendiri, apa yang parents lakukan; report polis, hospital, turun naik mahkamah, dibuang keluarga sbb buat family bergaduh, kecederaan emosi, rawatan pemulihan trauma, pesalah dihukum, mangsa pulih, sertai NGO bantu mangsa lain.
2. Anak perempuan hamil luar nikah, lahirkan bayi dalam bilik. Ceritakan mcm mana parents handle, talian kasih 15999, baby hatch, sokongan emosi pd anak, rawatan di hospital, konfliks mendaftar anak di JPN, stigma masyarakat, akhirnya berjuang bantu remaja di luar sana.
3. Parents ajar anak apa itu safe touch bad touch, private part, namun anak lelakinya tetap jadi mangsa oral sex, liwat dll. Ceritakan kesukaran family ini menghadapi ujian berkenaan. Turun naik mahkamah, fight hak anak, rujuk psikiatris & akhirnya berjuang bantu mangsa lain.
Sebenarnya terlalu banyak permasalahan semasa yang boleh dipaparkan dalam drama/filem.
Beri penyelesaian, ikuti kes sebegini yang sentiasa dibicarakan di mahkamah, paling penting rujuklah aktivis kanak-kanak mcm Tuan Syed Azmi.
Ia mampu beri inspirasi kpd ramai orang.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Tahun ke 3 dan 4 perkahwinan, saya dan isteri benar-benar struggle. Anak dah masuk 2 orang, duduk pula di KL. Masuk je gaji, sehari dua lepas tu mesti cemas dok fikir celah mana nak cekau duit beli pampers dan susu anak.
Pinjamlah duit kawan2, juga ada ketika terpaksa tebalkan muka minta belas ihsan dari keluarga sendiri. Syukur Alhamdulillah, keluarga sentiasa faham & doakan kami dimurahkan rezeki.
Akhirnya, isteri cadangkan untuk buat lunchbox. Kebetulan beliau pandai masak & suka memasak.
Saya pun buatlah poster dan buat hebahan di facebook. Nak kata dapat sambutan tu tak juga, tapi Alhamdulillah ramai kenalan fb yang order.
Sehari sebelum, kami awal-awal lagi dah ke NSK Selayang cari barang. Kadang tu awal-awal pagi ke Pasar Borong Selayang atau Pasar Borong KL.
Bila buku Dr @anayasminazmi berjudul Our Eyes Are A Gift From Allah sampai kat rumah, saya terus belek-belek isi kandungannya.
Tajuk nampak biasa, namun isi ceritanya luar biasa! Kisah dalam buku bermula bila si anak kecil masuk ke bilik ibunya tanpa minta izin.
Jadi, ibunya terus cakap, lain kali nak masuk bilik parents, ketuk pintu dulu. Kemudian minta izin untuk masuk.
Bila anak bertanya kenapa kena buat macam tu, si ibu terus jawab bilik tidur ini adalah ruang privacy di rumah.
Ia adalah tempat untuk berehat, salin pakaian, kadang-kadang ternampak aurat individu yang lain, jadi nak taknak kena minta izin dulu. Khuatir mata ni tengok hal yang tak sepatutnya.